22nd June 09 adalah hari pertama Danish menduduki peperiksaan dalam seumur hidupnya. Disebabkan umur Danish yang baru 4 tahun makanya aku & Abang tak lah pressure sangat Danish untuk ulangkaji ke lalu mengandaikan peperiksaan kali pertama ini biarlah menjadi kayu ukur sejauhmana tahap pencapaian akedemik Danish di tadika sementelah antara tujuan aku & Abang hantar Danish ke tadika, selain dari faktor akademi ialah untuk memperluaskan komunikasi Danish berkawan since duduk rumah pun cuma ada Dania & bibik je setiap hari takut tak berkembang pulak PR Danish yg memang suka main dengan budak2 besarr. Dan sepanjang minggu exam, setiap hari pada waktu malam mesti aku & Abang akan tanya Danish macamana exam, boleh jawab ke tidak. Itu pun Danish iya tak iye je jawab dan aku fikir agaknya Danish pun tak faham lagi apa erti 'exam' huhuhuh.
Khamis minggu lepas seperti biasa Abang check beg sekolah Danish sebab biasanya Danish akan dapat homework hari Khamis & Jumaat (utk weekend). Balik hari tu Danish tak ada pulak inform apa-apa cuma kata abang bila Abang keluarkan kertas exam tu barulah Danish bersuara 'Papa, Danish dapat hundredd!'
Aku yang tak tahu & tak diberitahu pun malamnyer lepas selesai makan malam check beg sekolah Danish. Demi melihat markah yang tertera dekat kertas peksa Danish aku pun ikut sama terkejut & teruja.. Danish dapat 100% untuk semua paper! Biar betul nii.. Macam tak caya je.. ni Danish buat sendiri ke cikgunye ajar...? hmmm... aku check tiap2 paper tengok ada kesan padam ke tidakk.. iskk iskk iskkk.. Bak kata Abang.. ntah2 budak2 lain pun semua dapat 100% gakk.. heheheh. Anyway tahniah untuk Danish.. dah tentulah aku & Abang yang paling gembira dengan result Danish tu dan Danish la yang paling kembang kuncup di puji2 aku & Abang ha ha ha!Semalam Tadika Danish mengadakan sessi perjumpaan ibu bapa dan jamuan makan. Sebagai 'ibu bapa', aku dan Abang tak melepaskan tanggungjawab sekaligus pengalaman pertama untuk pergi jumpa guru dan ambil report card pertama anak - Danish! *cepatnye masa berlalu..*
Pelajar kelas Danish ( 4 Tahun) tak ramai... cuma 5 orang je. Masa jumpa guru kelas kami diberikan sedikit sebanyak feedback tengan attitude Danish dalam kelas... dalam pada tu kami ditunjukkan jugak dengan prestasi keseluruhan pelajar dalam kelas dan ternyata Danish duduk diranking no. 1! Dan Danishlah satu-satunya pelajar yang dapat perfect 100% untuk semua subjek hu hu hu! Alhamdulillahhh.. syukur ke hadrat Ilahi dan terima kasih kepada guru yang telah memberi tunjuk ajar... Moral of the story :
Catatan ni bukanlah bermaksud utk nak membangga diri sebab aku tau ramai lagi ibu bapa lain yang ada anak2 yang jauh lagi cemerlang. Cuma utk Danish.. Mama coretkan result exam Danish disini adalah semata-mata untuk rujukan Danish satu hari ni... di masa akan datang apabila Danish mula mengerti erti sebenar kehidupan.... Semoga catatan ini akan sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Danish untuk terus berjaya di masa2 akan datang... Danish sayang, Mama & Papa percaya Danish sudah pun memulakannya dengan begitu baik dan sempurna.. Mama & Papa doakan semoga kejayaan akan terus mengiringi setiap langkah Danish dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran ini. Semoga Danish sentiasa cekal kerana mengekalkan kejayaan adalah jauh lebih sukar dari mencapai kejayaan itu sendiri...
Buat permata hati - Danish Aiman, Mama, Papa & Dania sayanggggggggggkan Danish sangat sangattt dan akan sentiasa berada di belakang Danish memberi sokongan! We loves you so much! Muaaahhhhhhhhhhh!!!!

NOTE :
Teringat sewaktu kecil Emak pernah berpesan...
'Kalau nak Mak datang hari penyampaian Hadiah Izan mesti naik pentas ambil hadiah!'
Dan kata2 itulah pendorong & semangat untuk aku terus 'mendapatkan nombor' setiap kali menduduki peperiksaan... Sayanggg Emak dan Abah jugakk!!
Last week dapat FREE Movie Screening tiket movie - Transformer : Revenge of the fallen - dari vendor Cisco & iDeal (Hmm.. tak pre-screen pun ohok!). Dapat 1 invitation utk 2 seats so of course la aku ajak room-mate- Abang gi tengok he he. Location GSC One Utama, 3rd July (Jumaat) kul 9:00mlm. Danish & Dania tinggal la ngan bibik kat umah heheheh.


Dari mula memang plan nak ajak Danish gi tgk movie ni tapi since ter-dapat tiket free moralnya Abang cakap - Danish tengok CD je lahh.. huhuhh. Sebelum movie start sempat la gi makan kat yoshinoya. Ambik yoshinoya beef bowl set and Abang ambik salmon set.. Last aku makan kat Yoshinoya ni kat Mid-valley 4 tahun lepas kot tak silapp. OK. Harga berpatutan.. cuma chawa mushi dia aku bagi 2.5 star out of 5! Kurenggg skett tapi beef bowl dia sedapp gak .. daging pun lembut jeee. Abis makan sempat la meronda jap sebelum masuk ke GSC. Kul 9:00mlm movie startt..... teringat lak kat Danish huhuh


Lepas tengok, conclusion memang best la movie ni kan. Aku rasa lebih banyak action scene compare previous. Cuma bila robot2 tu transformed ada gak la yg berserabut and rasa aikk.. tadi masa jadi keta/lorry kecik je apsal bila dah transformed jadi besar gilerrr..? iskk iskk iskk.. cam biasa ada unsur2 komedi gak.. yg lawaknyer ada plak la transformer tua yg siap berjanggut dan bertongkattt.. waahahah!. Anyway aku bagi rate 4.5 star out of 5. Nak tau kesudahan? Pi la tengok sendiri.. dijamin berbaloiiiiiiiiii..
Movie tamat nak dekat kul 11:30malam.. Sebelum keluar dari OU pi la toilet japp.. tetiba aku terjumpa sesuatuuuuuuuuuuuuuu.. jeng jeng jeng!
NOKIA- N82 cantik je bersandar atas lantai
So apa yg berlegar diminda aku?
- Aikkk... ada handphone...? Biar betulll! Nokia N series plak tuu...
- Hmmm................................ dah la tak ada orang.. ni kira rezeki aku ke ni..? (ha ha tu dia! setan hasut dulu!)
- Iskkkk.... mana bleh. Ni hak oranggg...
- Hmmm....... biar je lahh.. mana la tau tuannya datang balik ambikk
- tapi dah larut malam nih.. mana ada orang dah...???
- Kalau aku tinggal... mesti orang lain yang 'sapu'......
- Nak bagi kat guard pun ntah sape2 guard bangla gak nyer yg tinggal malam2 buta ni.. bukan boleh caya pun.. isk iskk iskk
So cam ni lahh..
Baik aku je lah yang ambikkk..... he he he!
Oppssssss nanti dulu!!!!
Bukan ambik nak buat reta.. ambik tolong simpankan.. so pepandai la tuannya nanti jumpa aku kalau nak hp dia balik dari aku tinggal silap2 langsung jadi macam tricycle Dania! Ha ha ha ha!
So keluar toilet terus la aku bagitau Abang.. Abang pun angguk setuju ngan tindakan aku
Godeh2 hp tu cari call list dia and call satu nombor terakhir dlm rekod kul 10:45 mlm thru HP tu
Aku : Elo.. ni ***** ker..?
F** : haa.. eh bla bla bla bla (aku pun tak berapa dengar dia cakap sbb dia pun cakap laju semacam sbb ingat aku ni member dia - owner hp kot )
Aku : Err.. saya bukan pemilik HP ni.. tapi saya jumpa HP ni kat toilet OU. Awak kenal ke
sesiapa orang yg terdekat dgn dia yg awak rasa ada dgn dia sekarang ni?
F** : Ohhh.. ye kerr.. ada ada! dia dengan husband dia sekarang.
Aku : Boleh bagi nombor dia ke sbb saya cuba gak cari tapi tak tau la.. *sbb aku cari nama kata nama khas yg manja2 tak jumpa plak huhu*
F** : Oh.. nama dia M*** ni nombornyer. Tak pe nanti saya call husband dia suh call you balik yerr.. Err siapa yg bercakap nih
Aku : Izan.. * he he*
F** : Oh ok. Terima kasih ye Izan.. nanti I suruh dia mintak call you balik ok.
Tunggu seminit 2 tak de call pun aku pun terus la call je nomo yg dia bagi. Dah lewat ni malas plak nak tunggu lelamer
Aku : Err.. *** ke ni? Saya ada kat 5th floor OU ni
S** : Ha ahh.. errr. I kat sungai Buluh ni dah on the way balik ke sana. You boleh tunggu kejap ker?
Aku : Okayy.. boleh
S** : Hmm.. tak pun senang I ambik kat rumah you je lah. You duduk mana yer?
Aku : I duduk Puchong. Taman *****
S ** : Oh okayyy.. I pergi rumah you terus
Aku : Tak pun you tunggu kat Jusco IOI je lah.. I pun on the way pergi sane *since Abang parking kereta kat situ*
S** : Okayyy
So moralnya dalam pukul 12:20mlm, 15 minit lepas aku sampai kat Stesen Minyak Esso sebelah Jusco IOI pemilikHP tu pun sampaii.... satu family dng hubby dia & 2 kidss
So dengan senang hatinya aku pun serahkan lah HP tu kat tuan punya badannn..
kebetulan tuan punya badan plak owner spa/saloon boutique kat sungai buloh *jauhnyerr*.
Owner pun ucapla terima kasih sambil pelawa lah datang ke boutique dia utk treatment sambil sempat lagi hulur note RM50! huhuh..
Anway aku ikhlas je dan aku tolak dengan baikk...
So moral of the story 2
Sebenarnya dek terkenangkan rasa terkilan aku kat tricycle pink Dania yg kena rembat orang yg hilang tertinggal kat taman mainan dkt ngan umah bulan lepass... so tak payahla orang lain rasa apa yang aku rasa.. huhuuh!
*NOTE : Teringat 3 tahun lepas buka puasa dgn office mate & vendor kat Blue Wave hotel. Nak balik tu jumpa orang tinggal purse yg tebal giler kat meja sebelah.. cam biasa nak pulang kat guard memang tak caya so kitorg cari name card dlm purse.. call org2 yg dirasakan kenal owner dan alhamdulillah.. dapat pulangkan purse tu ke tangan owner sendiri... huhhu
Just untuk recap balik.. tricycle pink ni ialah bufday present Dania setahun lepas... cam biasa
kalau beli barang tu kalau boleh biarlah boleh pakai 2-3 tahunnn... kalau bleh pakai sampai 5 lagiiii baguss... baru la berbaloii..
Nak jadi cerita, last month di satu petang yang hening cam biasalahhh petang2 bawak Dania jenjalan ambik angin.. sorong naik tricycle sampai taman permainan dekat ngan umah. Tak lama sampai taman, Abang pun sampai dengan Danish naik motor! Wahhh.. mana bleh jadi 2 beranak je naik motor terus la aku ngan Dania pun join sekali Abang & Danish ronda2 naik motor and tricycle Dania terus la tinggal je kat taman tu sbb taman tu pun dah kat luar area rumah kitaorang.. so dengan senang hatinya merayaula berempat naik motor tuhhh...
ronda punya ronda punya ronda... hari pun dah makin gelapp.. dah nak maghrib terus la pusing balik rumah..

Keesokan petang harinya.. balik kerja.. tetiba bibik bertanya
Bibik : Tuann.. basikal Dania dimana ya? Kok ngak ada *slang endon*
Abang - Terusla teringat yang petang semalam tu tak ambik pun tricycle Dania bawak balik rumah!
Apalagi, petang tu tgh aku drive on the way balik umah dapat la call dari Abang
Abang : Dania.. cakap ngan mama nak mintak basikal baru.. ha ha*sambil sua HP kat Dania tergelak2* Aku pun terus teringat kat beskal semalam tapi tak cayalah kalau beskal tu bleh hilang keee..
Sesampaii rumah memang sah beskal tu tak ada!! Pusing kat taman pun tak ada! Pusing kat kawasan kejiranan pun tak dek! Esok paginya aku ronda taman permainan pun tak ada gak! Puas la tanya kat tukang sapu kat situ pun dia kata tak nampak jugakkk.. sah la tricycle Dania dah kena curi! UuuuUuWaaaAaAaA!!!!! Tak ku sangka ada gak penyangak beskal kat kawasan taman perumahan aku nihh!!! Tidaaakkkk!!

So moral of the story : Pagi ni pergi cari hadiah baby sepupu Abang yang mengandung kembar. So Abang & sibling tong2 la belikan stoller utk baby twin *besttnyerrr!!!*. Since Dania pun ikut sekali kitaorg gi cari makanya dengan Dania sekali la dapat presentttt.. NEW TRICYCLE..!! Of course la ditanggung beres oleh aku sbb aku sbb aku la yg bertanggung jawab atas kehilangan beskal tu.. uwaaaaa!!! Memang sungguh kurang hasammmm si penyangak beskal Dania nih. Dengan new tricycle nih aku rasa ada dah 10 beskal/kenderaan bebudak kat umah aku nih yg tak semuanya kitaorg beli pun... ada yg uncle/auntie DA yg kasik.. termasuklah yg kena rembat orang, yg dah rupa cam beskal & dah dibuang dan jugak yg aku belikan nak kasi anak orang tapi yg akhirnya jadi reta anak2 ku sendiri huhuhuh!
Cam biasa.. abangnyer pun tumpang sekaki excitedd
Anyway, yang bestnya setiap pembelian dapat lucky draw form. Kebetulan lepas bayar tu dlm 10 minit ada cabutan lucky draw so tunggu jelah terus. Alhamdulillahh.. nama aku naik gak lepas cabutan ke-6! Hadiah plak pilih nombor sendirii.. aku cabut dapat no 10! Hadiahnya...? Plastic pool & Ball!!! Ok la tuu.. kiranya dah settle la hadiah bufday Dania utk 2nd year bulan 9 ni ! Ha ha ha! opsss! Aci tak?
* Dania & hadiah lucky draw @ pre-bufday present! ha ha