This weekend melepek kat rumah je. Cuma sabtu Malam tu aku attend Annual Dinner ALEPS and the next night Abang plak attend Dinner Amal dgn Sultan Perak (of course together dgn office-mate & boss Abang lah). Dania plak demam so aku & Abang pergi pun on single basis je la.. huhuhu!. Dinner dah la aku sampai sedikit lewat duk mencari lokasi hotel sampai2 terus la kena paksa rela duduk kat meja VIP maka dengan segan silu malu2 kucing aku pun duk gak la kat meja VIP sambil dengan terpaksa rela jugak melayan tetamu2 dimeja tuh hu hu. Yang menarik masa dinner ialah persembahan koir dari sekumpulan warga Jepun yang menetap di Malaysia dibawah program - Malaysia my second home yang mana kebanyakannya dah retire plus few teahers. Yang lebih menariknya lagi ialah kebanyakan lagu koir yang disampaikan ialah didalam bahasa Malaysia! Memang dapat tepukan gemuruh dari penonton! Acara-acara menarik lain antaranya persembahan dari ALEPS idol, lucky draw & Jan ken!

Anyway hari minggu cam biasa, masak for my hubby & kids.. tengok kerja sekolah Danish.. layan Danish & Dania main kat umah balas utang few last weekends yg duk kena kerja jek. Cuma on Monday since aku mmg cuti, Abang pun ambik cuti and we all out for a date!
Tempat yang di tuju.. One Utama! (lepas ni tak leh pergi selalu2 dah public area lah since virus khinzir dah detect kat Mesia arrghhh tidakk!!!). Agenda.. lunchh, dating-dating, tengok Movie - Wolverine. Pas tu ronda2 kids branded boutique Oshkosh, Guess, GAP, mother care - checking cam biasalah he he he. Lepas tu lepak kat secret recipe minum2 makan2 and terus balik rumahh..Wolverine best gak jalan citer dia.. kira ada gak lah sene yg buat aku mengalir air mata.. tapi aku bagi 3.5/5 bintang jek sebab banyak sangat unsur2 science fiction.. bila banyak sangat science fiction kekadang citer tu jadik cam tak real kan! huhuhu. Nampak gaya aku pun dah terikut2 selera Abang yang gemarkan action movie untuk rate 5 bintang! jeng jeng jeng! Last but not least, terima kaseh bebanyak Abang sbb sudi luangkan masa celebrate mothers day dengan mama... muaaaahhh!!!



Malamnya Abang dah kekenyangan, so masak ikut selera aku laaahh.. entah apa la yang aku capai sedar2 yang siap dalam mangkuk.... taraaaaa!! Ala-ala oyakodon - ekspress tapi tak buh ayam. Tak tengok resepi dan tak pernah buat pun. Main campak-campak je ikut apa bahan yg ada kat dapur. Yang pasti - Danish paling berselera makann.. licin tak tinggal sebutir nasi pun! Komen Danish - Sedaaaapp betulll la mama masakkk! *He he he (wink!)*

Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua wanita yang bergelar IBU diseluruh dunia! Terutama sekali buat Ibu yang dikasihi - Hajah Kutip bt Sulaiman diatas segala kesabaran, kasih sayang, bakti dan pengorbanan yang tidak ternilai ertinya. Juga yang sentiasa dalam ingatan, Allahyarhamah ibu mertuaku, Hamidah Md Jadi diatas jasa dan pengorbanann melahirkan, membesarkan dan mendidik dengan sempurna suami yang aku kasihi. Semua roh beliau sentiasa ditempatkan di kalangan orang-orang yang beruntung. Al-fatihah.
http://sweetomoide.blogspot.com/2007/01/hilangnya-sebutir-berlian.html



Tentang Emak :-


+ Ketika aku disekolah tadika, Emak yang pernah berjalan kaki sejauh 20 minit perjalanan sehala dibawah panas terik semata2 kerana mengambil aku pulang dari tadika kalau Abah sibuk berniaga atau ke kebun.
+ Masakan special Emak yang aku hampir tak pernah jumpa orang lain masak
- Kulit ayam sira sambal
- Lempuk durian
+ Yang paling aku suka dan WAJIB emak buatkan ketika hari lebaran
- Lepat (Beras yg sicampur kelapa parut, udang kering & kacang).
- Even masa aku further ke Japan pun Emak tak pernah miss hantar!
+ Dari aku Form 1 masuk asrama diKuantan, hinggalah ke AAJ-UM dan ke Japan, Emak tak pernah gagal hantar 'parcel' untuk aku hampir setiap bulan selama lebih 10 tahun lamanya... Dalam parcel tu biasanya akan terkandung makanan kegemaran aku disertai ingatan dan kasih sayang Emak...
Banyak lagi jasa dan pengorbanan emak yang tak mampu nak aku huraikan disini sebab terlalu banyak. Yang pasti Emak sentiasa ada ketika aku memerlukan.. Emak sentiasa disisi tanpa jemu mendidik dan memberi pesanan. Jasa dan pergobanan emak tak mungkin dapat aku balas.. Terima kasih emakk....

Untuk diriku sendiri, aku berdoa semoga aku sentiasa diberikan hidayah dan pedoman agar sentiasa dapat menjadi ibu/isteri yang sentiasa mengasihi dan dikasihi oleh suami dan anak-anak tercinta. Aminn....
At lastttt.... seumur hidup inilah kali pertama aku masak rendang daging. Apsal tah selama ni segan2 je nak cuba sbb rasa cam susah nak buat & takut tak jadik! hu hu!

Anyway, Abang yang pernah masak rendang dulu! Masih aku ingat 3 tahun lepas. Hari tu aku balik kerja lambat.. sampai rumah tengok ada 3 lauk terhidang atas meja dan salah satunya Rendang air tangan Abang! Masa tu memang aku rasa kagummm & tabik springggggggg abes kat Abang sebab aku sendiri pun tak pernah/berani masak rendang!

Anyway, ni pun upon my dearest Abang punya request sempena berakhirnye minggu2 kerjaku yang superb busy. Abang punya pasal petik jari aku tunaikannn.. heheheh. Resepi aku refer kat http://www.myresipi.com/top/detail/133 (thank you dear) and for my version for my future reference is as per below:

Bahan-Bahan:
1/2 kilo daging - Dihiris dan direbus selama setengah jam

Bahan Kisar :
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 5 ulas
Lada kering 10 biji (2 sudu yg dah kisar)
Serai 3 batang
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci

Bahan2 lain :

Rempah kurma 1 paket
Santan pekat 1/2 biji
Air asam jawa
Gula/ gula merah
Garam & kerisik
Daun kunyit ( dimayang)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan yg telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rempah kurma dan tumis hingga wangi. Masukkan daging yang telah direbus tadi bersama air rebusannya sedikit. Bila daging sudah sebati dengan rempah masukkan pula santan. Setelah lembut masukkan pula air asam jawa, gula & garam secukup rasa. Bila siap masukkan kerisik dan gaul hingga sebati. Taburkan daun kunyit yang telah dimayang, gaul rata dan sedia untuk dihidangkan!

Rating dari Abang : 10 bintangggg!!!!!! HE HE HE.

So hari tu aku masak - Rendang daging, ayam goreng, terung masak sambal dan sayur masak lemak... Rebus nasi impit sket buat cecah dgn rendang utk tea-time :). Memangg bestt giller lahh!