Welcome to the world Fahim Luqman! Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah. Tahniah kepada Ma & Ijad (my BIL/SIL).. akhirnya
dapat jugak Danish sepupu boy out of 11! Setakat ni ada sorang sepupu sulung Danish yg boy itupun beza umur 7 tahun dah!
Date of birth : 5th Feb 2009
Day of birth : Thursday
Time : 7:40pm
weight : 3.2kg

Anyway, Fahim dilahirkan di Hospital Batu Pahat... Mama Fahim pelatih PLKN yg sepatutnya dibawa balik ke Jengka oleh Atuk n nenek pada 6hb Feb (Friday).
Papa Fahim berada diIpoh dalam program kursus Air Crew Team untuk MARITIM yg dalam T&C nya tidak dibenarkan berada diluar kawasan lebih 20KM radius! (Kejam sungguh)
Pelepasan hanya diberi dgn surat pengesahan kelahiran anak dari hospital.

Tenghari tu Aku dan Abang dapat call yang mengatakan Ma (Mak Lang) dah dimasukkan ke Wad. Aku & Abang terus bergegas sehelai sepinggang dari ofis menuju ke batu Pahat mengenangkan Ma tak ada saudara terdekat yg menemankan..
Bertolak dari Shah Alam kul 2:30, pick up Abang kat Serdang n sampai kat Hospital Batu Pahat kira-kira kul 6:00ptg. Ma dah masuk bilik bersalin setengah jam sebelum...
tunggu punya tunggu akhirnya pukul 8:20 baru diberitahu yang Ma dah bersalin pukul 7:40maghrib tadi dan dapat baby boy! Bila nurse bawak keluar baby, berebut2 la orang nak azankan baby menwakili papanya termasuk la Abang... dapat la Papa Fahim bervideo call 3G tgk wajah comel Fahim on phone! Sampai bukakkan pampers nak compemkan jantina..hu! hu!

Malam tu pukul 10:00mlm baru parents Ma sampai dari Jengka.. keesokan hari semua
datang ke Puchong. Ijad yg dapat perlepasan 2 hari sabtu Ahad sempat la jumpa baby
kat Puchong gak... sian Ma & Fahim.. lepas ni terpaksa berjauhan 9 bulan ngan papanya demi tugassss..

Anyway, semoga Fahim membesar sebagai anak yg soleh dan sentiasa menggembirakan hati papa & Mama!
Lepas makan, masa untuk berehat sambil menonton seisi keluarga...
Rancangan di Astro - Bong
Danish & Dania asyik melayan mainan blocks yang dah berterabur depan TV.
Danish pulak dok lempar2 block yg berterabur kat atas lantai ke dalam bekas block
menghasilkan bunyi yg agak membingitkan telinga
Aku : Danish jangan la baling-baling macam tu.. bising la
Danish buat tak endah dan still baling blok tu mcm nak golkan dalam bekas dari jauh
Aku : Danish.. bisingla. Kalau Danish buat lagi nanti mama simpan terus mainan Danish.
Danish : Aaayok.. Nanti Polis tangkap Mama sebab mama marah je.
Danish : Nanti masuk penjara Sambung Danish lagi bersahaja sambil layan block2 tu.
Aku pandang ABANG nak tergelakk..
Aku : Ehh.. mana ada. Polis tangkap orang jahat je
Danish : Aaaaaaaaa...! Mama cakap jahat! warning Danish pulak
Aku : *Alamak tersilap sebut le pulak*. Bukann.. Polis tangkap budak nakal.
Siapa tak dengar cakap mama dia nanti polis tangkap la
balas aku cover line
Danish : Alaaaaa.... tak nak laaa. Nanti Danish nangis
Abang : Kenapa Danish nak menangis pulak ? sampuk ABANG
Danish : Nanti Danish masuk penjara..
Aku & ABANG tergelak.. sapa la ajar pasal kena tangkap polis ngan masuk penjara nii..huhuhuh!
Hari Isnin..
Hari aku ber'aerobik' lepas waktu kerja kat office.
Hari ni hari pertama bekerja semula selepas cuti panjang
sempena CNY 9 hari! Masa kelas aerobik, setelah 9 hari tak jumpa ada gak
ofismate aku yg tegur aku dah nampak 'berisi' skett..?? ohok! ohokkkk!!!!
Cam tak cayer jek aku dengarrrr...
Balik rumah dah maghrib. Lepas maghrib cam biasa menyinsing lengan
kat dapur melayan Danish yg request 'Nasi Goreng'.
Sambil bibik tolong apa yg patut kat dapur sempat bibik melapor :
Bibik : Tadi ada orang datang pulangkan baju Dania *ex-ofis mate aku*,
katanya Dania sudah berisi sikit!

warrghhhh..!!! Bukan aku je yg kena tegur dah makin nampak berisi, Dania pun!!!
Abang pun ada gak cakap benda yang sama semalam...
Moralnyaaaaa... errr.. penangan aku yang makin rajin masak ke atau sebab bibik yang kerja 'bagus' nih? Jeng! Jeng! Jenggg!!!
Baru aku sedar yang selama ni kerja-kerja rumah tu sebenarnya adalah salah satu bentuk exercise utk kesihatann.. huhuhuhu!