Assalamualaikummmm..

Ahaaa. rentetan dari Hari Raya hari tu. 
mesti ramai Mak Ayah yang sibuk simpan duit raya anak dalam bank tak kira la
bank apa.. mungkin ada yang simpan dalam SSPN.
Kitaorang pun tahun ni simpan kat SSPN sikit & Tabung Haji sikit.
SSPN tu ingatkan leh la claim utk tax relief nanti kan.
Lagi pun Danish pun baru je buka kan akaun SSPN tahun ni,
isinya pun ciput je.. so tambah lagi sikit.
Dania pun baru je bukakan akaun SSPN.

Al kisah Danish & Dania dah ada buku simpanan Tabung Haji.
Kitaorg pun baru-baru ni baru sampai seru untuk buat daftar Tabung Haji.
Korang pun mesti dah tau yang kerajaan dah announce boleh guna penyata akaun 1
KWSP untuk daftar Tabung Haji. Just bawa Salinan penyata EPF & Buku Akaun Tabung Haji,
isi borang dan ambil no giliran untuk pendaftaran. Senangg je...
Melainkan korang dah ada minima RM1,300 dalam akaun Tabung Haji 
then boleh la terus je pergi daftar Tabung Haji.


Selain tu banyak urusan Tabung Haji dah boleh di buat melalui 
bank-bank tersebut seperti di bawah :


Bank Rakyat
Maybank
Bank Islam



Syarat nye sama je macam kat atas tu.
So aku & Abang pun baru je daftar 2-3 minggu lepas
dan nombor giliran kitaorang tahun 2052 nanti! 
40 tahun lagik! ohok ohok!! Dah 75 tahun 
waktu tu.. entah panjang umur lagi ntah tidak gak nyerr uhuhuhu.
Anyway kalau nak buat rayuan orang kata cepat2 penuhkan simpanan
minima RM10,000 dan boleh hantar surat rayuan ke Tabung Haji untuk 
percepatkan giliran. Tapi ikut statistik tahun 2010,
Tabung Haji terima 66,000 surat rayuan percepatkan giliran! uhuhuhu
So apa pun berusaha dan pasanglah niat... kalau ada rezeki InsyaAllah
mudah-mudahan di permudahkan segala urusannnnn.. aminnnnnn



Okeh okeh.. panjang plak melalut. 
Berbalik pada Tabung Haji Danish & Dania...
lepas balik dari daftar untuk aku dan Abang baru la tetiba
ada lampu 'pling!!!!!' kat tepi kepala dapat idea,
apsal tak daftar kan je terus budak2 ni kann.. sementelah kalo register sekarang 
pun kena tunggu 40 tahun lagi baru dapat gilirann... 
So minggu berikutnya aku pun pergilah ke Bank Islam bawa
buku akaun Danish & Dania...
Alhamdulillah setakat ni baki akaun diaorang dah melebihi amaun 
minima yang di perlukan untuk daftar haji iaitu sebanyak RM1,3000.

So berbekalkan buku akaun TH diarorang ni aku pun pergi lah ke Bank Islam cawangan Cyberjaya
yang baru je di buka....  alhamdulillah.. memang tak de halang had umur minima untuk daftar.
So aku pun terus isi borang dan tunggu nombor giliran.
Sampai giliran tak dapat nak register sebab sistem offline.. pulak dah. 
Tapi staff kaunter janji akan call balik kalau system dah ok. So aku pun tunggu je lah call
derang.

Selang beberapa hari dapat call dari Bank Islam kata sistem dah OK dan dah boleh 
buat pendaftaran Haji untuk both kids. Tapi bila try register tak lepas..
last2 staff kaunter mintak nombor IC budak2 ni sebab dalam buku register guna 
No. Surat beranak... tapi bila dah guna No. IC pun still tak boleh register.
Staff kaunter kata baki minima pun cukup untuk daftar haji ni...hmmmmm
Akhirnya baru dapat tahu yang untuk daftar Haji cuma boleh buat dengan No IC je..
so moralnya aku kena pergi update balik info akaun/no IC kat Tabung Haji sendiri 
baru boleh daftar Haji untuk both kids...

Moral of the story yang nak di kongsikan kat sini, dari duit simpanan diaorang berlumut je 
dalam akaun tu ada bagusnya jugak kalau kita daftarkan je diaorang terus. Ada juga manfaatnya
kita simpankan duit diaorang dalam tabung Haji tu kan. Kalau tak kang bila diaorang besar kot emergency
nak sambung belajar ke apa ke kang habis di keluarkan balik duit tu uhuhuhu. Cumanya kalau kita dah daftarkan Haji, RM1,300 akan di bekukan lah means tak boleh di keluarkan ... begitulah seadanya..

Aku pun belum settle lagi nak daftarkan diaorang  cuma pada sapa2 yang terfikir nak registerkan 
Haji untuk anak2 mulai sekarang make sure bila buka buku akaun Tabung Haji tu 
registerkan No IC sebenar diaorang supaya boleh buat registration Haji ...

Sekiann.. Al kisahhhhhh

p/s: Setelah hampir setahun tertangguh akhirnya berjaya jugak 
tukar layout blog ni AHAHAHAHAHAHA!! OK tak...?
gilerr happpyy...!! tercapai satu azam tahun ni hihihihi

baru la ada mood sket nak update blog : D

7 sweet comments:

ambrynaa said...

Thank U utuk info berguna ni Izan..yg penting tukar no IC dan ada RM1,300. Kenapa RM1,300 ek?

Macam masuk taman la datang blog ko Izan. Tak sangka la plak ko minat jugak bunga2 nih..ekekke

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ambrynaa : Tu laa.. lupa lak nak tanya apsal kena ada RM1,300 minima.. tapi kalau nak guna statement EPF pun kena make sure ada lebih dari RM1,300 minima dalam akaun satu kan

Akakakakaka.... tu menunjukkan tuan tanah ' dalam hati ada taman' akakakaka. Template segera wehhh... rembat je lahhh yg penting 2 column boleh x-tra large gambar ahahahahaha

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

eh kena ada 1300 minima ke kalau nk buka tabung hj...kita rasa dl x perlu minima byk tu..hehe...

#layout lawa ...kita dl pakai layout tu..

*∽ IZAN ∽* said...

Re Zura : Pernah pakai ekk? ehehehehee..Izan plak baru terjumpa and terjatuh hati ahahahha

tak perlu ekk.. entahh yek tapi masa budak2 ni tak leh register sbb no ic tu staff kaunter ada confirmkan balik yg baki minima cukup untuk registerr.. means lebih 1.3K.. nanti la kalo berkesempatan ke bank Izan kompemkan semuaa ;)

Cho Zila said...

elok bebenolerkan .. pasang niat yang penting... baruler hasrat tercapai... tulerkan orang indon muda2 dah pergi hajikan.. akakpun terpanggil betoiler haji kali ini...

LiYa HaNiF :: said...

berbunga2 hati singgah blog nie...


salam kenal ye ..

Ayu Zarina said...

ALHAMDULILLAH..
ayu, hubby, aleesya n ayyunie dah daftar baru2 ni..