Salam,
Last week dapat sampul surat dari Japan.Kawan baik aku, KUMI Chan telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya! Majlis bertempat di salah sebuah hotel Sekitar Kusyu pada hujung bulan May yang lepas. Pada waktu tu Abang pulak di tugaskan ke Hangzou, China,  kira-kira seminggu, makanya aku dan family tidak dapat hadir ke Majlis perkahwinan Kumi. Cuma sempat berkirim salam dan hantar hadiah je uhuk uhuk!

Anyway, gambar-gambar perkahwinan kawan baik aku, KUMI Chan.






Menyorot kembali kali pertama aku dan Kumi berkenalan, kira-kira 13 tahun lepas! Masih ingatla sekitar tahun 1997 di dewan Kuliah. Aku di Fakulti kejuruteraan dan Kumi pula Fakulti Perikanan tapi ada beberapa subjek teras yang membuatkan kami bertemu di kuliah yang sama. Tak silap aku Kuliah Sejarah Dunia.
Pada satu hari Kumi meninggalkan nota di atas meja aku... masih aku simpan Nota yang berusia 13 tahun ni sehingga hari ni...



Maksudnya lebih kurang begini :
Nama saya Soejima Kumi. Teman-teman rapat panggil saya KUMI sahaja. Norizan pun boleh panggil saya KUMI juga. Apakah panggilan mesra Norizan di kalangan teman2 rapat Norizan pula..? Saya pun akan panggil Norizan dengan panggilan mesra juga. Ada banyak lagi perkara yang saya ingin pelajari dan tahu dari Norizan. Saya harap Norizan dapat meluangkan masa bersama saya.. waktu habis Kuliah pun tak kisah...

Silalah hunbungi saya bila-bila je. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan beritahu dan kongsikan dengan saya. Saya berbesar hati kalau dapat membantu. Tak lupa jemput la datang ke bilik(rumah) saya. Saya pun teringin nak pergi bilik (rumah) Izan.

Berapa lama Izan akan ada di Jepun ? Tentu sunyi dan sekali sekali mesti balik Malaysia kan? Saya berminat sangat dengan Malaysia dan teringin jugak nak ke sana. Nanti ceritalah lagi macam-macam pasal Malaysia ye.
Kat Jepun pun mesti Norizan akan harungi macam-macam pengalaman. Kampung saya di Osaka, dekat sahaja dengan Tokyo. Nanti bila-bila kita ke sana yer!

Haaa.. macam tu la lebih kurang 'surat cinta' pertama dari Kumi he he. Ayat-ayat remaja berusia 18 tahun he he. Sejak tu aku jadi akrab dengan Kumi Chan dan AI Chan (teman rapat Kumi gak). Kadang-kadang diaorang lepak bilik (rumah) aku, kekadang aku lepak rumah diaorang. Pergi Karaoke sama-sama... kadang gi jalan sama-sama. 

Kumi Chan & AI Chan memang sangat-sangat baik hati dan banyak membantu kehidupan aku jugak di sana. Diaorang pun pernah beberapa kali datang Malaysia. Pernah lepak kat kampung aku kat Johor. 

Aku pun pernah lepak ngan family diaorang kat Osaka... Mak & ayah nyer pun pernah bawa aku jalan-jalan. Dah jadi macam keluarga angkat aku gak.

Tahun 2004, beberapa bulan selepas Majlis perkahwinan aku,  Kumi & Family sekali lagi datang Malaysia. Tidur kat rumah aku.. dan ronda-ronda sekitar KL ngan aku dan Abang.
Kini Kumi pun dah ada Family. Semoga ikatan persahabatan ini terus mekar selamanya dan semoga mahligai yang di bina beliau akan terus berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat...

久美へ、
13年前、初めてあってからいろいろお世話になりました。嬉しいことや、悲しいことや、悩みことや、いろいろ相談相手になって、いろんあことを一生にすごしました。
本当の本当にいろいろお世話になりました。

今組みも家族ができて、私に本当にうれしいなことです。
これからも、久美も旦那さんもずっとずっと幸せでいられるように祈ってます。
それから、早く可愛い赤ちゃんを作らなきゃ!ふふ!
またマレーシャへ遊びに来てくださいね!

イザンより


11 sweet comments:

Unknown said...

wow..nota 13 tahun yg dulu pun masih simapn...dasyatt lah izan ni...hehehe..

btw bagus gak dapat kenalan from others country kan...banyak budaya diaorg yg boleh kita share2...keep it up ok...

tiefazatie said...

wah..bestnye sis..sgt sweet la..ade lg surat 13thn lepas???mmg best kn ade best friend from other country sis...=)

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

wah bestnya ada family angkat orang jepun.. senang2 boleh la izan lawat dorang balik kat sana ka.. bawak anak2 jalan2.

tabik mimi sebab izan masih boleh ingat lagi bahasa jepun.. ajar leh tak??

ACOI said...

姉さん、くみさんのプレーゼント忘れないよ。住所教えてくださいね!!

e.l.i.z.@ said...

bestnyeee...nk kawan ngan nobita lah :P

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ayu : Tu laa.. valuable memoriess tuhhh!!! Simpan baekkk punyerr hik hik!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Tiefa :
Tu laa.. ada la close contact dengan berapa keratt jee... padahal masa kat sane ramai gak kawan. Tapi bila dah jauh ni tak sempat2 dah nak bertanya kabarr hu hu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mimi :
Tu la Mimi.. selalu berangan bila la dapat gi sana bawak family. Tapi tau dah kalau pergi dengan mata wang 3.5 kali ganda kita.. kalau tak dapat durian runtuh lum tentu leh merasa.. hu hu

Bleh je he he. Kita mulakan dengan 'Arigatou!' ~ terima kasih ! he he

*∽ IZAN ∽* said...

Re Acoi,

ごめんな。なかなかいい言葉が見つからなくて、すいすいおそくなってしまった!すぐ連絡するからね。よろしく!

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eliza,
He he. Tu laa.. dulu nak salam Doraemon pun tak dapat. Dapat makan pau kacang doraemon jekkk ha ha

ambrynaa said...

Tsugoi... Kandou plak aku baca.. Hehehe.. Aku x penah pun dpt "surat cinta" cam ni.. Huhuhu