Salam...

Wah Dr Harlina, Isteri Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar 
dah bersalin rupanya..! Tahniah di ucapkan kepada mereka.!

page sendiri.

Tengok tu.. dah pandai kenyit kenyit mata..!
Comelllll sangattt kan...!!!




 Credit : Kosmo
KUALA LUMPUR - Kereta Myvi baharu edisi 2011 yang dilancarkan pada 16 Jun lalu menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan lalu. Jurucakap Google Malaysia berkata, kereta kompak yang cukup popular di pasaran negara itu mencuri tumpuan bagi pelayar internet menggunakan perkhidmatan Google untuk memperoleh maklumat lanjut mengenainya.
"Menduduki tempat kedua carian paling kerap ialah filem Super 8 arahan J.J Abrams mengisahkan tentang beberapa orang remaja dan makhluk asing yang mula ditayangkan di pawagam pada 9 Jun lalu," Filem seram arahan Yusri KRU, Karak yang ditayangkan pada hujung bulan Mei lalu menduduki tangga ketiga.
p/s: Ada ke keyword dalam list ni yang korang search..?


Assalamualaikum...

Aha.. hari ni sambung balik citer acara melebur duit
di Bandung ehehehehe. Kalau korang pergi pun confirm agenda utama
masing-masing nak 'melebur' punya!
So hari ni aku citer ke manakah destinasi leburan kitaorang.

Hari ke-3..! Hari ni je ada satu hari je untuk acara SHOPPING..!!
Esok dah nak balik flight kul 3 petang so tinggal pagi je kan.


Ni dia antara ahli rombongan Cik Kiah.
4 couple ofis mate Abang he he. Habis kosong ofiss..
balik2 Bandung bos warning ~ Next time jangan buat lagi
Rombongan Cik Kiah ! hik hik hik!

Untuk pengetahuan korang, kami menggunakan 
supir bernama Rudy dengan harga Rp 350,000 sehari.
Transport muat utk 6-7 orang naik.
Kalau nak contact no leh mintak kat aku yekk

1st Spot : CIBADUYUT ~ Barangan kulit


Ahaa.. golongan pria mmg tak sah la tak ke sini..! Semua misi
mencari jaket kulitt..!! Tak pasal2 En Hubby pun terjebat
jadi Carmen Ryder ha ha.
Kat sini barangan kulit memang ori dan berkualiti.
Hand made.. guna kulit lembu, kambing or biri.
Harga memang nangis aaa.. separuh murah dari Mesia huhu.


Testing testing..!! he he. Ada satu lagi kedai namanya Heryandi terletak sebelah GRUTTI.
Wallet & purse kulit, sling bag kulit.. ada jual kat sini. 
Kalau korang ke sana, leh la jejak kedai ni okehh..!


 Okeh tu dia rembatan pagi kat Cibaduyut sahaja..! Habis 'juta-juta' rp dah 
kat sini uhuhuhuhu. Tak pasal2 stroller tu jadi trolli barang... 
seb baik tak terbalik bila Dania bangun.. ekekekeke.


Dania pun sempat pau mama bantal strawberry kat sini. Layankan aje lah huhu

2nd SPOT : TAMAN KOPO  ~ KAIN PASANG, SULAM MANIK 


Ahaaa.. 2nd spot untuk kaum Ibu2 pulak ehehehehe. Kain pasang..!
Ni memang dari kilang tau diaorang packing kat sini. Memang rambang mata nengok!
Sebenarnya port ni tak de dalam itenerary.. tetiba pagi tu time breakfast sembang2
ngan satu group yg dari Mesia gak.. dah 5 kali turun Bandung ni ha..
kakak tu yg dok promote tempat ni. Memang tak rugi pergi..!
Kain sulam manik kat Mesia ni ratus ratus RM..
kat sana ratus ribu RP jekk... uhuhuhuhu.
Confirm korang nanges guling2 gak kalo tau harga nihh.. he he


Pilih jangan tak pilih!! rambang mata wehhh..!
Aku sambar 5 pasang jek kat sini.. tu pun tahun depan 
baru tempah.. tahun ni kalo tempah kalu memang sekali 
je la pakai.. confirm buat saiz XXL kan.. tu pun 
tak sempat dah nak tempah ehehehehe.


Mana pergi ada je tempat budak-budak ni 'hiburkan' hati ehehehehe.
Bagus baguss.. baru kyusyuk nak shopping he he.
Budget nak singgah 15 min.. sedar-sedar nak dekat 2 jam dah..!
Oh tidakkk... ..!!! banyak lagi tempat nak pergi ni uhuhuhu 


Sempat snap ngan tokey.. namanya pun Rudy gak.
Suker betul diaorang nama Rudy ni kan he he.

Lepas ni pergi lunch pulak.. on the way pergi tu leh terserempak 
ngan kereta kuda tengah2 jalan tu eehehehehe.
Ada satu benda yg aku agak kagum kat sini.. 
Jalan kat Bandung ni agak sesak.. tapi tak jem!
Kenderaan sentiasa bertali arus tapi tetap 
bergerakk..! diaorang ni memang bawak kereta sipi sipi je.
Kadang beza kereta ngan kereta baper inci je
tapi tak pulak excident.. heran aku eheheheh.
Kat jalan ni lagi best.. kereta, motor, beca, keta kuda bleh je share 
satu jalan eheheheheh


So lunch kat satu warung makan Masakan Sunda ni.



Pemilik warung ni sedara dgn si Rudy nih.


Kira konsep nasi campur laa.. banyak jenis pilihan lauk kat sini.
Kira boleh la nak rasa taste sebenar masakan Sunda.


Layanan tuan kedai sangat lah mesra. Dania lena pulak tetengahari ni..
siap tumpang tidur kat sini. Kira ni aka rumah tuan kedai jugak.
Siap tumpang solat dan di beri tuala bersih.
Kat Bandung ni menurut kata supir bab makan 
InsyaAllah 99% HALAL. Majoriti Islam.. pergi mana2 pun
InsyaAllah ada tempat solat (Musolla). 


  
Soto Bandung. Abang masa mula-mula sampai 
dok komen.. Nama je Bandung.. tapi tak jumpa pulak 
menu Mee Bandung ke Sirap Bandung ke.. ehehehehe.
Ni baru jumpa SOTO BANDUNG he he.

  
3rd SPOT : PASAR BARU ~ TELEKUNG, KAIN PASANG


Lepas selesai lunch kitaorang terus ke Pasar Baru. Jalan agak sesak 
area nih. Nak masuk parking pun amek masa. Kat parking dia siap 
ada Parking Khusus Pengunjung Wanita! Bagus..!
Kat Mesia belum pernah jumpa lagi cam ni.. so far kita baru ada coach wanita kan.

Kat Pasar Baru ni  budak-budak dah start meragam uhuhuhu.
Kat sini agak macam Pasar Payang gakk.. sesak sket.. 
memang tak larat la budak2 nih. Si Danish asal aku berenti nak shopping je
mengomel mulutnya.. 
"Mama ni jangan la beli-beli. Nanti 
duit Mama habis.. Mama ada duit ke..?"
Amboi.. tak agak2 warning Mamanya eheheheheh.
So kat sini tak banyak la snap gambar.
Danish & Dania last melepak kat dalam kereta je.

So kat sini aku sempat cari beberapa pasang Telekung jek. Kitaorg sampai 
dalam kul 3:30 ptg dan Pasar Baru tutup kul 5:00 petang.
Ingat ye puan puan kalau nak gi.. leh arrange itenerary he he.

4th PORT : TOKO TIGA ~ Barangan Jeans

Ahaa... dari Pasar baru terus ke TOKO TIGA ni.
Kat sini terkenal dengan barang Jeans.. of course la 
original.. especially Levi's Jeans. Cuma bila harga ikut 
market price rupiah, convert duit Mesia murah la skett..




Satu perkara yang aku suka shopping kat Bandung ni ialah.. kedai2 ni selalunya ada 
interior design yang cantek-cantek termasuk la Toko Tiga ni.


Danish dan Dania yang ralit dok main kura2 dalam kolam.
Selamba je dia celup tangan main kura-kura tuh..! penat kura2
tu naik jap lagi dia tolak balik ke bawah. Lepas tu pakat gelak 
2 beradikk...! sian kura2 tu.. isk isk isk!
Habis basah baju Danish dok main air kat situ.
Tak pasal2 kena beli baju lagi uhuhuhu!


Siap ada burung kakak tua lagi.. ralit gak budak2 main kat sini.


Deco dalaman dia. Aku tak sambar jeans pun.. cari maternity jeans tak de plak uhuhu.

5th PORT : RUMAH MODE ~ SHOPPING BAJU JALAN..!!

Haaaa.. akhirnya sampai jugak ke Rumah Mode Factory Outlet (FO).
Rumah MODE ni pun WAJIB korang pergi kalau datang sini okehh...! 


FO kat bandung ni rata-rata 
buka pukul 9:00 pagi dan  tutup pukul 9:00 malam.



Sampai-sampai budak2 dah kelaparann..Terus pergi isi perut dulu.
Masa tu dah pukul 7:30 malam..
 Pukul 6 tu dah start gelap.



Sambil diaorang isi perut aku terus masuk FO. Masa pun terhad.
Memang excited terlebih bila aku tengok baju-baju budak kat sini..
terus rambang mata dan lupa diri..!! Uwaaaa....!!
Tak hingat dah diri sendiri.. ingat 2 beradik ni jekk uhuhuh.
Siap aku pilih baju2 derang.. panggil Danish & Dania
test baju masing-masing. Ngam-ngam lepas test baju tu 
tinggal 10 min lagi FO nak tutup! ha ha.
Lampu pun dah padam separuh!! Aku antara orang terakhir 
yang masih kat kaunter.. hik hik hik!


Dan tanpa ku duga.... ter'noda' juga card credit ku kat sini
dengan goresan jutaan rupiahh.. uhuhuhuhuhuh!

6th PORT : Restoran Pak Cik Met 

FO dah tutupp... baru teringat perut lapar! ha ha.
Nak singgah Kartika beli brownies pun tak sempat.. 
punya la crash schedulee.. pack wehh.. tak cukup sehari..!
tapi ku gagahkan juga huhuhuhu.


Sambil tunggu order.. sempat posing dolu. 


Interior design dia macam biasa.. ada taman2..
ada bunyi pancur airr.. damai dan tenang je jiwa...


Jus air yang best..! Jus Jeruk + Apple..! sedap banget..! 


Ini aku punya order.. Gurame Goreng Garing.
Gara-gara terliur dengan menu yg Lieya promote kat blog dia he he.
Thanks Lieya.. kalo tak tak tau nak order apa.. eheheh


Menu nasi goreng pak supir.. kitaorang belanja.
Memula dia segan2 nak join makan.. last2 di pujuk2 makan 
sekali baru la dia nak ikut he he.



Menu diaorang ni satu je lahh.. .kering.. tak de sup or kuah..
tapi Sambal power..! 


Masa untuk membayar... kachin kachinn..!!


Tengok Dania punya girangg.. happy kemain! 


Kul 10:30 malam baru sampai Hotel.
Sampai2 hotel terus check barang shopping masing masing ehehehehe


Rembatan hari ni sahaja.. penuh katill uhuhuhuhu.

So kesimpulannya
1. CIBADUYUT : Barangan kulit
2. TAMAN KOPO : Kain pasang/sulam
3. PASAR BARU : Telekung sulam/kain pasang
4. TOKO TIGA : Seluar Jeans
5. RUMAH MODE : Factory Outlet ~ Baju jalan!

Sebenarnya banyak lagi FO yg best best tapi
tak sempat nak terjah sebab kesuntukan masa. Especially
kat Jalan Riau dan Jalan Dago. Cihampelas pun kitaorg tak
sempat nak jejak huhu.

Okeh.. sekain review hari ke-3. Ada satu lagi review hari ke-4 yang kitaorang
sempat jejak. FO ni baru je open officially March tahun ni.
Memang aku pun nak nangis guling2 kat FO nihh..!! seriesss...!!
Okeh.. nak tau lanjut.. tungguuuuuuuuuuuu!!!!

To be continue PART 4 ! ~ Last entry