Assalamualaikum..

Beli Metro semalam terpampang iklan satu page
iPAD 2 bernilai RM1,499.00 PERCUMA!!
dengan hanya beberapa KLIK KLIK dan KLIK!!


Caranya mudah je.. layari

Daftar sebagai ahli kemudian klik je button 'BELI SEKARANG'
dan teruskan isi beberapa maklumat sampai langkah 4.
Siap..!!!


Ni lah rupa bentuk bila dah selesai buat 'tempahan'
iPAD2 tanpa harga @ PERCUMA ..! Ehehehehe.

So apa lagi kawan-kawan.. cepat lah terjah..!
Mana la tau ada rezeki masing-masing kali nih..!
Gud Luck ehh..!

Sebenarnya banyak lagi gadget@barangan yg di jual
dengan diskaun kat MyMetroMall nih.. 
rajin2 la terjah yekkk *wink*
Assalamualaikum...

Mencabar jugak orang-orang yg pakai kereta brand import nihh..
potiential jadi mangsa sendikit kereta curi & sindiket seludup cam nihh..
Antara yang laris Honda City....!
iskkk.... yang paling ngeri bila baca statement kat bawah nih,
antara cara camne kereta tu boleh di curi ialah - pakai khidmat Jockey!! 
Uuuuuu.. bahaya....!! Eh.. pernah gak pakai khidmat Jockey nih,
kat Mydin USJ sebab murah, RM2 ehehehhehe.
Kes malas cari parking.. tapi rupanya bleh mendedahkan kereta
kesayangan pada jenayah berupa cam nih.. isk isk isk.
Tapi kereta aku tuh derang pandang sebelah mata je lahh.. ehehehe
Anyway, berhati-hati lah yekk!

sumber : Harian Metro

KLANG: Tindakan licik kumpulan curi kereta mewah yang didalangi sindiket Black Water mengisytiharkan barangan dalam kontena berisi kereta curi sebagai perabot akhirnya tumpas apabila polis merampas 98 kenderaan mewah bernilai kira-kira RM8 juta di sebuah gudang, di Kampung Black Water, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, empat lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun turut ditahan ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Curi Kenderaan (D4) menyerbu gudang di Jalan Black Water off Jalan Klang-Banting, itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, serbuan itu yang terbesar bagi tempoh dua tahun berhubung kes curi kenderaan mewah.

“Serbuan dilakukan polis Bukit Aman dengan kerjasama polis Selangor selepas kami menjalankan risikan selama tiga minggu di gudang terletak di Kampung Black Water apabila mendapat maklumat awam.

“Pemeriksaan lanjut di gudang itu menemui 98 kenderaan pelbagai model jenama Toyota dan Honda termasuk yang sudah disimpan di dalam kontena,” katanya pada sidang akhbar, di lokasi serbuan di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop.

Mohd Bakri berkata, kenderaan model Toyota ialah Hilux 22 buah; Rush (enam) dan sebuah Fortuner, manakala model Honda pula City 59 buah; CRV (tujuh); Civic (dua) dan sebuah model Accord.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap empat suspek warga tempatan mendapati dua daripada suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah dan sindiket bergerak aktif di seluruh negara terutama di Lembah Klang sejak Jun tahun lalu.

Polis turut memecahkan kunci untuk membuka lima kontena berisi 24 kenderaan mewah yang siap untuk dihantar ke Pelabuhan Klang sebelum di seludup keluar.

Sesebuah kontena itu boleh memuatkan empat atau lima kenderaan dengan tayarnya ditanggalkan terlebih dulu dan diisi dalam but kenderaan.

Mohd Bakri berkata, berikutan penemuan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 98 kes curi kereta di sekitar Lembah Klang.

“Sindiket dipercayai mempunyai rangkaian besar mempunyai peranan masing-masing seperti ‘jokey’ atau pencuri, penyimpan, penghantar serta pengedar.

“Siasatan lanjut bersama polis bantuan Pelabuhan Klang turut mendapati sindiket sudah membuat penghantaran ke luar negara sekurang-kurangnya 456 kenderaan curi bernilai kira-kira RM49 juta menggunakan 114 kontena melalui pelabuhan itu dan mengisytihar di borang Kastam (K2) bahawa barangan dalam kontena itu sebagai perabot.

“Kenderaan curi dihantar ke Hong Kong, Thailand, Dubai dan Cyprus. Siasatan mendapati penghantaran terakhir dibuat pada 24 Jun lalu ke Cyprus menerusi Israel membabitkan 25 kereta Honda City,” katanya.

Beliau turut menyatakan ketua sindiket berkenaan sudah dikenal pasti, namun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.
Assalamualaikum...

Hari ni ambil cuti dgn En Hubby menguruskan passport untuk
aku dan anak-anak. 2 minggu lepas pergi kat Putrajaya bleh plak
tertinggal surat beranak budak2 ni.. terus batal projek buat passport
dan di tukar dengan projek bersuka ria cuti sekolah.

Hari ni kitaorang ke JPN Puchong yang terletak di Puchong Utama.
Rupanya baru tau kat situ ada
Jabatan Imegresen sekali so boleh jugak nak buat urusan buat passport
bagai. Bagus baguss.. dekat sket dengan rumah uhuhuhu.


Sampai nak dekat kul 10 pagi. Pergi2 tu terus naik tingkat satu
ambik gambar passport aku & budak2. Aku punya passport dah lama
expired. Danish dan Dania lak first time nak buat.

Pergi ambik gambar 4 keping RM12, 3 minit siap! Express sungguh!
Tambah RM1 derang bleh tolong isi kan borang siap-siap.
Siap cuci gambar dan isi borang, turun balik tingkat bawah.
Pergi kaunter 10 buat pengesahan borang dan dokumen dan
dapat nombor giliran sekali. Dalam setengah jam nama
dah di panggil, terus pergi kaunter dan settlekan pendaftaran maklumat.
Tak lama tu dia panggil untuk buat bayaran.

Untuk orang dewasa :
RM 100 = 2 tahun
RM 300 = 5 tahun

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun :
RM 100 = 2 tahun
RM 150 = 5 tahun

Untuk aku buat 2 tahun je, Danish & Dania buat untuk 5 tahun sekaligus.
Lepas buat bayaran, dapat resit dan tunggu 1 jam
untuk collect passport..! Senang & mudah je urusan! uuhhuh

Keluar-keluar ofis JPN Danis dah sibuk tanya
"Mama kita nak naik Aeroplane ke Mama..? Dania
nak naik Aeroplane..!"
Isk isk iskk.. bukan hari ni la sayanggg....

Lepas settle buat passport gi service kereta. Dah kena wat major
service rupanya... isk isk isk. Lunch kat Mc D Puchong Gateway
sambil budak2 ni tambah koleksi toys Kung Fu Panda 2.
Lepas tu gi Jusco Equine cari cable PS2 Danish yg putus..
dan cari firewire cable utk transfer video.
Si Dania on the nak gi Jusco Taman Equine tu sibuk tanya lagi
"Mama kita nak pergi Airport ke Mama..?"
Aduhaii.. sabor la anak2 ku... 2 minggu lagi okehh...!

Petang dah sampai rumah dan balik
keletihann.. uuhuhuh

P/S: Dari petang tadi tak leh access blogger. BAD REQUEST.
Tengok FB member pun update status cakap blog tak leh update.
Malam try access pun sama gak.. tengok memember ada je
yg update blog 2 hours before.. heran bin ajaibb..
Rupa2nya bila try access dari IE biasa baru bolehh..
Dari Google Chrome keluar error "Bad Request" isk is kisk.