Assalamualaikummmm...

Salam Jumaat semua....
ahaaa.. nak wat entry malu malu kucing
beginner DLSR baru nak belajar menembak ha ha ha!
Masa dlm pantang dolu ada la terjumpa voucer groupon ni kan..
Outdoor Photoshoot Class kat Putrajaya gitew..
aku yg masih sebulan jagung berDSLR pun tak lepas
peluang la kononn..
so hari yg di nantikan tiba. 1st April ari tu 
aku register utk attend kelas nih.
So 1 April tu lepas siap masak breakfast & lunch
*syarat SAH utk aku attend outdoor activity*
maka terus la menuju tempat berkumpul iaitu Putrajaya.

*layan gambar2 ala-ala pro la konon.. buwekksss! kekekeekke*

Ahaaaaa.. tapi sebenarnya bila attend kelas ni rupanya baru aku 
tau. Patutnya kelas outdoor ni attend by org yang dah paham 
basic nak guna DLSR nih.. walopon dlm Voucher tu 
kata for 'BEGINNER' tapi rupanya masa kelas
tak pun ajar teori2 DLSR nih.. cettttttttttttt!!!
Aku dah le ilmu DLSR ni 0.1% jekkk.. mmg hampeh laaa...
Ada ke sampai2 sana berkumpul, lepas tu 
briefing lebih kurang terus suh ambik gambar.
Pastu instructor ada alat utk detect setting Shutter Speed & apeture
suh set kat Camera memasing...
penyudahnya aku banyak belajar dari peserta2 yang lainnn..
saborrrrrrrr je lakannnnnnnnnnn!!!!

Yang instructor pulak suh amek gambar pas tu tak paham tanya.
Aku yg tak berapa paham ni nak tanya apa pun tak tauu..! cesssss!!
Penyudahnya ntah hapa2 la aku amek gambarr.. akakkakaka
Korang nak gelak gelak laa.. sebab aku pun dah gelak
kat diri sendiri.. ekkekekekeke


Ni antara yg try snap. Baru aku tau rupanya camera aku ada minimum
zoom.. kalo dekat lagik mmg gambar blur terus uhuhuhuh


owh menu lunch kat tepi tasik Putrajaya.. nasi arab


Sessi petang pi taman Botani.. belajar amek gambar bokeh hehehehe



Antara peserta yg hadirrr

kawan kepada instructor

Ni antara hasil rembatan aku.. tak de seni pun aku tengok! akakakkak







Bermain ngan White  Balance setting (gambar atas & bawah)



Bermain2 dengan shutter speed & apeture setting...


Sekian je lah.. overall mmg tak puas hati ngan 'kualiti' instructor pada hari tu.
Peserta lain pun komplen.. isk isk iskkk

Mujur ada participant2 lain yg sudi berkongsi ilmu.
At least ada la jugak ilmu bawak balik especially 
nak gune few function kat camera aku tuh.
Malas belek manual punya pasall.. ha ha ha.
Anway.. practice make perfect!


Assalamualaikum...
Harap semua sihat2..
8hb April yang lepas Bufday Danish yang ke-7.
Sempat potong kek kat kampung ngan sepupu2
Danish dan cucu2 jiran sebelah.

Dah 7 tahun dah Danish.
Mama & Papa doakan semoga Danish 
terus membesar menjadi insan cemerlang dunia
dan akhiratt.. InsyaAllah...!!
Yang paling penting Mama nak Danish 
tau yang kami semua sayangggggggggggkan Danish tauu!
*layan gambar*









Bacaan Doa oleh Atuk





 P/S : Sebenarnya lately mood nak berblogging menurun skett.. 
sorry lah tak sempat kadang nak BW ke blog kengkawan jugakk.. sibukk ? 
entah lahh.....emosi agak terganggu sikit.
Abah baru di diagnose menghidap kanser Limfoma tahap 2. 
Last week balik pergi melawat Abah kat Hospital Sultanah Aminah.
 Last week tu Abah undergo 1st treatment kimoterapi.
ada 5 sessi lagi untuk habiskan.... 
Apapun kami doakan semoga Abah segera sembuh.
Abah dah discharge hari Ahad tu. 
Kena kuarantin kat rumah buat sementara waktu  sebab lepas kimo
antibodi badan akan jadi sangat lemah. Lepas ni Abah kena repeat 
kimoterapi every 3 weeks sampai habiskan 6 sessi kesemuanya. 


Kadang2 bila teringat Abah sebak dada.. air mata senang jek mengalir. 
Selama ni tak pernah tengok Abah sakit teruk2... tiba2 tau ada kanser. 
Paling perit sebab kampung ku jauh... 400km.. tak dapat nak balik selalu since 
Danish pun sekolah. Last month dah ponteng 2 hari balik masa Abah kena 
operate buang ketumbuhan. Ikut hati time2 macam ni kalau boleh 
nak selalu dekat ngan Abah... Tak sanggup nak tengok orang yang kita
sayang sakit teruk2 macam ni.....(T_T);
Budfay Danish pun kali ni sambut simple je.. itupun nasib baik sempat cari kedai kek lepas balik melawat Abah kat HSA hari Sabtu malam tuh. Yang penting Mama & Papa ingat bufday Danish ye sayang. 

Abah dah discharge dari hospital lepas 1st session kimoterapi 

Apapun.... sama-sama doakan semoga Abah ku segera pulih seperti sediakala yek,
InsyaAllah. Aminnnnnnnnn..........!

Assalamualaikum...

Selamat berMonday Blues semuaa..
jom layan gambar Dhiya menjelang 3 bulan.
Sekarang dah riuh ajak bersembangg..
minum susu EBM pun dah cecah 15~20 oz sehari.
Check up 3 bulan lum pergi lagi..
tapi masa 2 bulan ari tuh 5.8 kg sudah uhuhu


Ceria kalau di ajak bersembanggg


buweksss!! kikikikiki


Main dengan Abanggg


Abang rajim ajak sembanggg... baa cakkkk!!!  he he he


 Assalamualaikum....

Alhamdulillah... Refund LHDN dah dapatt Jumaat lepas.
Sebelum RM RM tu hilang di tiup anginn lebih baik aku 'sumpah'
menjadi sesuatu dan rembatan ku ialah.. ......


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Kakak dah dapat adik ekekekeke


Dan yang tak hangatnyaa... kena bayar sama PDRM uhuk uhukkk!!!!
Kali terakhir kena saman 8 tahun lepasss sudahh isk isk iskkk
Pagi-pagi dah pergi IPD  buat rayuan ahahahah.
Melepas wrislet coach satu cesssssssssss...!


Moralnya jangan bazirkan duit dengan saman okehhh.
Seb baik la ada gak refund wat rolling ahahahaha


Sekian al kisah ....


Bank Rakyat umum dividen 20 peratus


KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya. 



Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.


"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA


Lagi berita: Utusan Malaysia


P/S: Dapat SMS dari Abang pasal BR dah declare dividen 20122.
Mak oiii.. banyak tuhh. Pemurah sungguh Bank Rakyat. Aku baru dapat masuk tahun ni lepas dapat 
offer letter dari  BR hujung tahun lepasss. Harap2 tahun depan pun manten  rate dividen macam tahun ni jugakk.. aminnnnnnnn

Assalamualaikum...

Hari Khamis sudaaa.. uhuhuh
Ahaaa.. masa cuti habis pantang jalan2 Mines
tengok2 ada pulak DAISO baru bukak.
DAISO ni kedai yang menjual barang keperluan harian 
yang di teknologikan di Jepun dan di kilangkan di China
dengan harga pukul rata RM5 sahaja. Cuma kat DAISO Mines
ni ada gak la barang2 High value yg berharga lebih RM5. 
So kena tengok tag harga okehh.

Anyway aku biasala kalo ni gi DAISO ni ada
je ntah hapa2 barang aku beli. Aku suka DAISO ni 
sebab ada barang2 dia yg inovatif tauu.. benda simple tapi 
kalo ada memudahkan kerja gitew..!
Memang kalo pergi tak sah lah kalo tak habis berpuluh RM uhuhu.


So kali ni aku sambar Training Chopstik untuk kanak-kanak.
Balik tu singgah plak Carefour jumpa lak Ayamas Kids Choice
Ready To Eat Bolognese ni kan. Sambar 2 pek utk 
Danish & Dania khas utk menu Dinner derang masa
Anniversarry aku ari tu sbb kompem aku nak kuar dating ngan Abang ahahahah.


Ok.. ni rupa bentuk Training Chopstik utk kanak2 tuh.
Memang saiz budak2 dan ada penahan jari *yg kaler oren*
supaya jari budak2 bleh grip elok sket chopstik nih.


Dan sebagai bahan training nyer, aku belikan Makizushi gakk


Ahaa.. baek punya plan. So balik tu apalagi,  masing-masing
excited la test chopstik masing2.. makan ngan sushi plak 
memang berantu laaaa.. kekekeke


Danish dah pandai jugak pakai chopstik sebenarnya.. 
ni aku dok candid Dania...



Akhirnya dapat jugak cepit chopstik tu wakakakkakak.. LULUSS!!


So on the date Anniversarry, balik berdating untuk Dinner malam tu 
aku serve lah Ayamas Disney Ready To Eat Bolognese kat derang.


Cuma buka pelekat dan panaskan selama 7 minit.
Aku panaskan lebih dari 7 minit ekekekkekeek


Hasilnyaa... taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!


Dah siap dan READY TO EAT by 2 beradik nih hehehehe


Tu dia Danish.. memang hantu segala jenis meee...!


Nyumm nyummm!!!


Sampai pejam2 mata kesedapannnn


Dania pun pejam2 mata kesedapann.. ekkekekek


Overall memang OK set ni kalo nak simpan dlm freezer.
Ada spaghetti, jagung manis &roasted  ayam ayamas.
Memang boleh tahan sedappnyerr..! 
Hingga menjilat chopstik laa! kekekeke
*Eh orang makan spaghetti ngan garpu laa bukan chopstikk haha*

So kepada yang berminat bleh la dapatkan di pasaraya2 
berdekatan okehh!!