Assalamualaikumm...

Ahaa... dah hujung-hujung ni dapur aku kat rumah dah kurang berasapp..
bak kata Abang " Perut wife dah berlaga dengan dapur" huhuhuhuh.
Sekarang ni pun gi kerja balik kerja Abang yang ambik.. 
dah tak bagi aku drive. Kadang Abang balik kerja terus ambik
budak-budak dulu, ambik aku kat Ofis terus lajak gi makan kat kedaii..

Ahaa.. lately plak setelah semakin byk kompeni & staffnya
berhijrah ke Cyberjaya, malam-malam makin meriah 
dengan kedai-kedai makan...! Bersepah2 dah especially 
area2 DOMAIN tuh.

Dulu masa kedai2 makan (kedai nasi campur) tu start
bertambah, kalau pergi malam pun tutup.. yang buka 
cuma kedai2 mamak.. tapi sekarang ni aku rasa lebih dari 10
kedai makan/restaurant buka pada waktu malam..
antaranya
Restoran Mat Ayam Kampung, Restoran Dapur Kami,
Restoran Mak Teh (Dah tukar nama baru tapi tak hingat namanya).
Frutti Tutti, Little Penang, 'Kedai Mamak' ada 4 buah, 
Hailam Kopitiam, Restoran Arab ada 2-3 buah... dan lain2
yang aku tak ingat semuanya..  pendek kata memang meriah laa..
tu kat area DOMAIN sahaja tauuu..! Depan je dengan Ofis aku tu huhuhuh.


So kelmarin, lepas pick up aku Abang terus pusing ke Domain dan berhenti 
kat satu Restoran ARAB ~ SANA'A RESTAURANT.
Teringat tahun lepas masa mula-mula nak pindah kerja kat Cyberjaya..
sebulan dua sebelum pindah kerja Abang dengar pasal kat Cyberjaya
ada Restoran Arab best... 
So satu malam tu kitaorg pergi la test cari Restoran Arab kat Cyberjaya ni.
Banyak sebenarnya restoran Arab @ Timur tengah kat Cyberjaya nih.
Bila cari thru GPS@Garmin , SANA'A ni lah yg appear so ni lah restoran Arab 
pertama yg kitaorg jejakk.. not bad jugak makan kat situ.. sedapp!
Later on baru tau rupanya Restoran yg di maksudkan ialah 
Restoran SABA. Lepas tu baru kitaorg try gi SABA pulak uhuhuh

So kelmarin pergi lagi SANA'A ni..
Macam biasa order Kabshah Chicken & Mandi Chicken.
Kat SANA'A ni dia bagi sambal pedas dia & sup.
Kalau kat SABA dia kasi sambal & kuah sayur ala kari gitu.



Memang sedapp la kannn.. nasinya lembut, kalau masuk ke tekak
tak terasa sangkut pun walopon di makan begitu sahaja ehehheh.
Ayamnya memang kalo masuk mulut, keluar tinggal tulang je..
memang empukk sungguh!!

   
Danish yg excited


Dania pun suka sangat makan nasi Arab. 
Tak yah paksa2 suh makan memang boleh habis sepinggan..!!



Ahaa.. makanan ringan ni Abang kata, masa singgah Mart Pak Arab 
kat sebelah tu beli jajan derang, tokey kedai kasi FREE jajan Arab ni 
kat Dania.. berkenan tengok Dania.. ngahahahahah..!!


Ahaaa... semalam pulak balik kerja masuk kereta tengok ada 
jagung.. tanya mana dapat jagung ni..
Abang kata kirim kat ofis-mate yg baru balik dari Cameron Highland!!
Waaaaaaaaaaaa... bersinar-sinar terus mataa... ehehheh
Aku memang HANTU JAGUNG. Dapat pulak
jagung Cameron.. memang terBAEKKKKK lahh!!!
Abang kata saje tak nak bagitau awal takut aku tertunggu2 nanti ehehhe.
Balik terus rebus.. bakar skett.. memanggg marvellousss..!!!

Terima kasih Abang..!! muah muahhh muahhh!!

4 sweet comments:

Nur Sakinah Ahmad said...

sy prnh gak g sanaa b4 pindah cyber..rasa lebih kurang saba' je cuma sanaa takde service tax..hehe

~izan~ said...

cara penceritaan nasi itu sgt la membuatkan perut bernyanyi2 haha!

tang jagung tu pun best.anak2 izan pun suka jagung =)

kurus said...

nama nasi pelik2 .. tapi tgk macam biasa ada di mesia kan dik :)

sedap nampak jagung tuu , nampak menarik :)

eelobor said...

saya dari ke cyberjaya kerana makan cuma sekali jer iaitu ke saba'. mcm mana ok tak makanan kat situ? ok dari segi harga & rasa ?