sumber : Malaysia kini

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. 

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawahkanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.











P/S: Tiba-tiba teringat potongan PCB yang selalu tertera kat Payslip... duit aku.. oh tidakkkkkk!!!!!!

3 sweet comments:

~izan~ said...

nak beli cincin emas skrg ni pun pk lg hehe..sbb harga emas naik kemain huhu

smpai skrg tak terjawab lg kisah nie..

eelobor said...

pelaburan terbaek untuk yang tak berapa mampu sekarang adalah membeli emas. jika ada duit lebih baik beli tanah @ rumah. apapun, saya semuanya tak mampu nak milik lagi. Insya Allah.... rezeki Allah luas

lieyalatif said...

kalo laa aku dpt cincin tu...mesti idop dlm ketakutan...takut kene rompak wakakakaaka