Assalamualaikum...


Ada berita baik kepada sesiapa yang ingin melabur. Kini pencarum KWSP dah di benarkan utk mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 setiap 3 bulan untuk di laburkan ke dana Amanah Saham 1Malaysia. Sebelum ni Pencarum dah di benarkan untuk melabur dalam Saham Amanah.. aku pun ada la jugak melabur dlm Public Mutual..ada la sket buat geli geli kann..


So apalagi.. segeralah melabur sekarangg.. ingat.. peruntukan utk masyarakat Cina 30% dah pun habis di langgan..! Bab labur melabur ni memang cepat betul diaorang kan..! Kita bila lagi..?


Sumber : Malaysia Kini


Mulai 25 Julai, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan masing-masing di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

NONEAS 1Malaysia, iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB), kini disenaraikan sebagai Skim PelaburanAhli KWSP.

Dalam satu kenyataan hari ini, Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata, jumlah pengeluaran itu bergantung kepada pengekalan simpanan paras minimum oleh para pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur masing-masing oleh KWSP.

Katanya, tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani oleh para pelabur.

AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.

Peruntukan yang direzabkan bagi masyarakat Cina telah dilanggani sepenuhnya.

4 sweet comments:

Aleyn said...

Bagus tak?..laju tak?...ekekek...profit nyer lah...

Aku n Azmi pun so far carum kat PM jer....

Eh..nak tanya..kalau kuar ke AS 1 Malaysia ni kena charge gak ker?...kalau PM kena 3%...yg ni?

lieyalatif said...

bagus tu....pelaburan yg bijak dan menguntungkan....ape lagi...cepat2 bertindak ekeekekek...kite kwsp dah kuar kan dah lepas sah taraf berpencen tahun lepas huhuhuhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Aleyn:
Ahaa... dari segi performance tak tau nak cakap la.. agent PM aku pun dah senyap sunyi sekarangg.. aku nak je continue kat PM tu lagii... uhuhuh

*∽ IZAN ∽* said...

re Lieya Latif :
Dah keluarkan lieya..? masyukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Untung la ada duit pencen for life time wehhhh