Sumber : Kosmo

KUALA LUMPUR - Hampir 800,000 pengguna di beberapa kawasan kediaman dan komersial penting di sekitar Lembah Klang terputus bekalan air selama 48 jam bermula pagi ini hingga pagi Jumaat ekoran kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor.
Penutupan loji yang terletak di Bukit Badong, Ijok itu dijangka menjejaskan beberapa kawasan di pinggir ibu negara, Daerah Petaling, Gombak dan Hulu Selangor.
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, penutupan loji tersebut dilakukan ekoran kerja-kerja penggantian injap Sluice Valve di rumah pam air bersih dan pencucian kolam imbangan.
"Ini adalah kerja-kerja penyelenggaraan biasa, sebab itu kita telah keluarkan notis lebih awal bagi membolehkan orang ramai bersiap sedia.
"Kita menjangkakan sebanyak 139,000 akaun akan terjejas dengan gangguan bekalan ini," katanya ketika dihubungi semalam.

NOTE : Naseb baik kawasan Puchong tak terjejas.... worst case mandi kat bilik mandi Multi Purpose hall kat office ler.. uhuhuhu

7 sweet comments:

CS @ Mama AA's said...

sgt tensen klu xde air... huhuhu

Gieyana said...

kalau x der electrik ok sket than x da air nie kan..susah sgt2 woo..

eelobor said...

alamak....termasuk jugak la kawasan yang terlibat

monalea said...

paling tak suka bila air takda. serba tak kena dibuatnya.....

*∽ IZAN ∽* said...

RE MamaAA & Gieyana: Memang tensen kalo tak ada airr.. serba serbi tak kena

*∽ IZAN ∽* said...

RE Eelobor :
Alamakkk... mandi kat R&R la jawabnyer he he

*∽ IZAN ∽* said...

mOnAIeA: Betul tuu.. serba serbi tak kenaa.. mula la nak hangin sebadann uhuhuhu