Assalamualaikum..


Hari ni, 26hb April 2011 genap 25 tahun tragedi Letupan Loji Nuklear Cyernobyl.
Kesannya masih di rasakan sehingga kini walaupun setelah berpuluh tahun berlalu.
Seingat aku pernah topik tragedi Chernobyl & Minamata ni di debatkan 
ketika Pertandingan Bahas masa from 4 dulu uhuhu.

Penduduk di Bandar Prypyat yang di katakan mempunyai kepadatan penduduk
 mencecah 50,000 orang di pindahkan beberapa hari selepas letupan berlaku.
 Kini bandar itu terbiar bersama kesan radiasi yang boleh di lihat sehingga kini. 
Ketika tragedi berlaku, pencemaran nuklearnya 100 kali ganda melebihi 
bom nuklear Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia II tahun 1945. 
Sekarang zon sekitar 19 km tidak berpenghuni lagi. 
Dari 1992-2004 terdapat 4000 kes kanser tiroid dikesan di negara Rusia, 
Ukraine dan Belarus. Ini adalah kejadian industri terbesar di dunia.
Info Wikipedia : KLIK SINI


Berdasarkan dokumentari yang aku tonton, ketika pihak berkuasa
menyediakan ratusan bas pengangkut, penduduk hanya di beri arahan untuk
 membawa pakaian dan dokumen mereka bersama. 
Dah itulah kali terakhir mereka berada di bandar tersebut....

Saksikan gambar2 sempena 25 tahun tragedi Letupan Loji Nuklear Chernobyl.
Saksikan juga video rentetan ketika peristiwa itu berlaku.






















Kesan Mutasi radiasi nuklear Chernobyl.





5 sweet comments:

Ummi Eisya&Amani said...

dasyat tul..

eelobor said...

kejadian di chernobyl memang dasyat

*∽ IZAN ∽* said...

Re Ummi & Eelobor :
Memang dasat.. kalau dunia tak ambik pengajaran juga tak tau laa...

azura samsuddin said...

uishhh, mmg dasat ye, tu baru tgk gmbr dah rasa dasat belum tgk real mau laaaagiiii dasat

Farhana Jafri said...

dasyat and mnakutkan! tgk gambar pon dh seram sejuk.. hu3

jemput singgah ANASAURUS :)