Assalamualaikum...

"Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan permohonan syarikat Lynas Corporation Ltd  untuk membina sebuah kilang memproses dan penapisan ‘rare earth’ yang diimport daripada Australia di Gebeng, Pahang. Tindakan ini telah menimbulkan bantahan daripada penduduk setempat terhadap projek ini kerana bahan ‘rare earth’ yang bakal diimpot dari Australia itu dikatakan mengandungi bahan radioaktif"


Itu adalah antara petikan dari artikel yang di terbitkan dalam laman web KONSUMERKINI.
Korang pun tentu dah beberapa kali dengar di kaca TV tentang kes pembinaan 
kilang memproses dan menapis 'rare earth' kerana isu ini semakin kerap di ulas 
oleh pihak-pihak yang terlibat berikutan sentimen masyarakat setempat
yang semakin bimbang tentang bahaya sisa bahan berradioaktif ekoran tragedi 
kebocoran bahan radioaktif Loji Nuklear Fukushima akibat gempa bumi baru-baru ini.

Aku pun tak dapat nak mengulas lanjut kerana aku sendiri pun 
bukan pakar dalam bidang ini. Cuma aku nak berkongsi 
sedikit informasi dengan korang supaya sedikit sebanyak
boleh memberi pengetahuan dan kesedaran tentang risiko sisa radioaktif ini.
Aku pun tak sangka Malaysia begitu 'berani' mengambil risiko seperti ini..!!
Klik LINK2 di bawah untuk maklumat lanjut









Secara logiknya, kalau la 'selamat' sangat untuk bina kilang pemprosesan 
dan penapisan 'rare earth' ni, kenapa Mitshubishi Chemical & Lynas
 tak bukak je kilang tu kat negara mereka sendiri...? 
Kenapa susah payah pulak nak bina kat Malaysia dan susah payah jugak 
nak import bahan 'rare earth' tu dari Australia, susah payah 
nak merentas laut China Selatan sedangkan boleh je diaorang 
bina kilang & process di Australia sendiri.. betul tak..?

Yang pasti bila projek ni berjalan, ada lah pihak yang 
'kembung poket', 'rabun mata$$' dan macam biasa, 
akhirnya rakyat dan orang awam jugalah yang dapat 'sisa' 
yang boleh mengancam nyawa dan kesihatan...


0 sweet comments: