Assalamualaikum.....

Ahaa... baru nak update pasal lawatan kitaorang ke Pusat Sains Negara.
Sebelum tu ada tengok blog update dari blogger Aleyn
so kitaorg pun terus la usha2 gi sana gak.


2 different types of Dinasours.


Sekarang ni tengah ada pameran DINASOUR LIVE.
So sempena cuti sekolah yang akan datang ni sesuai sangatlah kalau
nak bawak anak-anak gi jenjalan kat sana okeh!


Pameran ni sampai May 2011.


Yang kelakar Dania takut dengan Dinasour tuh! Nampak tak riak muka takut dia tuh..?


Ni masa nak naik tingkat satu. Lalu sebelah dinasour yang bergerak2 tuh.


Lagi Dinasour di ruang legar. Full view.


Then kat tingkat satu pun ada lagi Dinasour ikut kategori.
Tapi tak hingat dua punya kategori sudahh heheheh


Uiksss.. mau tak terkejut Mak Limah tengok. Tetiba terjulur kepala..




Dania yang menangis2 ketakutan tgk dinasour tuh. Dah la bergerak-gerak
dinasournya.. siap keluar bunyi lagi.

Habis round 2 ruang pameran dinasour tuh sampai la ke ruangan sains.



Baru la excited sket anak dara sorang nih


Hands on ujikaji menghasilkan tenaga. 

Ada tempat permainan utk kids jugak



masa kat sini Danish bertarung Mind Games dgn Papanya

Tolak bola guna kekuatan minda.



Aha nak tau siapa menang.. leh KLIK SINI he he

2 dwafts


Konsep macam kat Petrosains gak


Okeh dah habis ronda. Nak balik dahh..


Dari jauh baru la Dania boleh sengeh nak bergambar dgn dinasour.
tadi nanges tak hingatt hik hik

Lalu aquarium turnel untuk keluar.

Ada aquarium bleh sentuh..!


Balik sempat singgah jalan-jalan kat Jusco.
Sekian...

10 sweet comments:

eelobor said...

memang tak rugi bawak anak ke tempat cam gini. saya pun dah pegi juga beberapa bulan lepas. banyak ilmu yang boleh kita pelajari kat pusat sains ni

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
Ya betul tuhhh!! Especially bila tengok sejarah komputer mula-mula di cipta..!

☆ lieya latif ☆ said...

bagus2...dari bawak pi tempat2 yg bukan2 baik gi sini kan...ilmu dpt, fun pun dapat....tapi aku rase kalo aku pergi mesti senasib mcm ko....sebab aku kene bersedia utk mia n mija melalak takut hahahahaahahah.........

Aleyn said...

Ha...dah update pun....

Miqhail pun mula2 bukan main takut....nyorok jer belakang Abahnyer...time ko pegi ni x ramai org ek...bleh posing sorang2 depan T-Rex...time aku gi crowded....posing tepi2 jer...huhu

Ps : Cam biasa, aku dah klik ko nyer Nuff n HB, jom klik2 kay

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

wah dah macam masuk jurasic park plak. leh gerak2 ek. ntah2 kalau aku masuk, aku pun takut agaknya kat dalam tu.

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya :
Ha ha.. gegirl memang camtuu.. pantang sket keriau lebih! huhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya :
Ha ha.. gegirl memang camtuu.. pantang sket keriau lebih! huhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Aleyn:
kitaorng sampai pagi.. orang tak ramai lagi.. nak balik tu baru start ramai dalam tu huhu

*∽ IZAN ∽* said...

Re Mimi :
elok la tu.. mak eh & anak eh 2 x 5 hehe

CS @ Mama AA's said...

teringin nak p, tp takut anak2 menjerit nak balik nampak dino huhuhu