Assalamualaikum...
Malam semalam ada terdengar kat berita pasal Jimmy yang
memfailkan saman tuntut taat & nusyuz kepada isterinya.
Agak terkejut jugak masa mula-mula tahu.
Hmm..... memang perkahwinan ni orang kata ibarat pepatah,
untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
kadangkala kita tak tau apa yg boleh berlaku setelah mahligai itu di bina..
Yang penting sikap persefahaman & saling menerima antara pasangan.
Apa pun kita doakan yang terbaik utk Jimmy. Dia buat macam tu pun sebab
masih sayangkan isterinya. Semoga kebahagiaan tetap menjadi milik mereka especially
bila Jimmy dan isterinya pun bakal menjadi ibu & ayah.. aminnnn...

sumber : Harian Metro

SHAH ALAM: “Doakan yang terbaik buat saya. Apa yang saya lakukan ini demi anak (yang bakal lahir) dan keluarga,” kata pengacara Jimmy Shanley selepas Mahkamah Rendah Syariah di sini, menangguhkan kes permohonan perintah kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 4 April depan.

Terdahulu, Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas mahkamah mendapati penyerahan saman untuk kedua-dua permohonan dikemukakan Jimmy kepada Nursuhaila tidak sempurna.
Saharuddin berkata, tindakan Nursuhaila melantik peguam juga bukan bukti dia menerima saman berkenaan.

“Mahkamah memberi peluang kepada Nursuhaila hadir di mahkamah bagi memfailkan pembelaan dalam kes itu,” katanya.

Jimmy, 31, atau nama sebenarnya Jimmy Norjahan Salleh memfailkan perintah kembali taat diikuti permohonan nusyuz terhadap Nursuhaila, 25, di Mahkamah Rendah Syariah di sini, masing-masing pada 3 dan 27 Januari lalu.

Pengacara Akademi Fantasia ke-8 itu dan isterinya tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010 atau hanya 20 hari selepas bernikah di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dekat sini.
Nursuhaila yang juga anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, kini dilaporkan hamil lima bulan dan tinggal di rumah keluarganya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Jimmy, Mohd Noor Aizan Md Idrus ketika ditemui berkata, butiran lanjut berhubung permohonan perintah kembali taat dan nusyuz hanya akan diketahui apabila kes berkenaan dibicarakan.

“Permohonan ini bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya isteri kembali mentaati suami. Secara tersirat ada beberapa perkara yang suami arahkan kepada isterinya untuk dipatuhi,” katanya.
Pada prosiding semalam, Jimmy hadir memakai kemeja merah dan bersongkok, manakala Nursuhaila tidak kelihatan sehingga prosiding sebutan selesai.

Desas-desus keretakan perkahwinan pasangan itu mula diperkatakan akhir tahun lalu apabila media melaporkan pengacara program Itu Dia di Astro Ria berdepan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, keesokan harinya Jimmy menafikan berita itu dan menyifatkan gosip semata-mata.Jimmy memberitahu, mereka masih dalam keadaan berbulan madu dan Nursuhaila ketika itu disahkan mengandung empat minggu.

Bagaimanapun, kelibat Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, 11 Januari lalu, sekali lagi menimbulkan spekulasi mengenai perkahwinannya.

Artis itu yang dihubungi memberitahu dia enggan mengulas lanjut bagi menjaga hati keluarga mentua di samping mengharapkan peminat mendoakan kebahagiaan mereka.

4 sweet comments:

eelobor said...

ada hikmah tuh....

*∽ IZAN ∽* said...

Re Eelobor :
Mudah mudahann

Aleyn said...

sian aku tengok Jimmy ..ramai sangat yg cucuk jarum kat bini dia ni.....

Apa2 pun ....aku pun doakan kebahagiaan dioroang, semoga bininyer balik ke pangkuan suami...

Ps : Cam biasa, aku dah klik konyer nuff n HB, jom klik2 kay

CS @ Mama AA's said...

sya dah follow cni, jemput follow n jenguk2 blog sya pulak :)
mcm2 dunia perkahwinan ni...