Salam... dengan lafaz Bismillah...

Sebagai mengakhiri tirai 2010, dengan penuh rasa terujanya me menjoinkan diri dalam contest 

yang di anjurkan oleh 
sempena
 Birthday Balqis Yang ke 3 tahun

 Gambar yang di pertaruhkan, gambar di bawah. 
Dania yang bergaun putih sebagai 
flower girl ketika majlis kenduri kahwin
Mak saudaranya, Mak Teh pada 5hb Disember yang lepas.


Nama : Dania Aliesya
Umur : 3 tahun
Tarikh lahir : 1hb September 2007

Ucapan  untuk Birthday Girl, Damia yang comel lagi cute :

Happy birthday Damia...!! Semoga terus di beri keberkatan kesihatan , kecerdikan dan  kecomelan yang berterusann... semoga membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan hati Ibu Ayah Damia ...
dan semoga suatu hari nanti menjadi insan yang pandai menghormati dan di hormati oleh masyarakat...! 
Happy 3rd birthday Damia...!!!

Photo : Credit Damiaqish

Berikut ialah senarai penaja-penaja yang bermurah hati untuk contest ni. 
Nak tahu lebih lanjut tentang maklumat penaja KLIK SINI

http://biqclozet.blogspot.com/


Kepada yang berminat, cepat layari 


http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/11/baby-in-black-white-contest-by.html
Salam..

Wah wah hari ni ni semua bersenang lenang kat rumah menikmati hari cuti umum 
sempena kemenangan Skuad bola sepak negara yee..
Esok dah masuk tahun baru 2011.

Aku pun nak mengakhiri tahun 2010 ni dengan meng-cashoutkan akaun Nuffnang aku yang tak seberapa nih.. huhu.


Ada lah RM 107.24 yang boleh di cashoutkan. Sikit je tapi berpadan le dengan blog picisan yang tak berapa nak semenggah ni huhuhu.. apapun tetap syukur Alhamdulillahh..!


Aku pun firsttime nak cash outt.. so tabung dah kembali ke RM 0 semulaa..

Selamat tahun baru 2011 semuaa.. terima kasih kepada semua yang sudi singgah teratak kerdil saya nihh..peacee!!!
Dan kepada blogger lain yang turut cashout.. selamat 'menabung' semula untuk sessi 2011..!!
Yeaaahaaa..!!
Salam..

Sepanjang perlawanan FINAL Bola Sepak Piala Suzuki 2010, tiba-tiba rasa ada bakat-bakat yang tiba-tiba terus bersinar kerana menunjukkan aksi-aksi yang begitu cemerlang sehingga skuad negara mampu meraih kemenangan sebagai JUARA.


kredit : jejariruncing

Antara bakat pemain muda yang sangat menonjol ialah MOHD SAFFE ALI (Stricker) dan juga KHAIRUL FAHMI (Penjaga Gol) yang mampu menangkap bola setangkas spiderman ketika perlawan Final ke dua di Stadium Bung Karno semalam.


Kepada yang nak mengenali Khairul Fahmi lebih dekat, jom singgah blog Awek K.Fahmi. FAHMI of course lah tak sempat nak berblogging.. so boleh terjah-terjah blog aweknya,
ELIA 
di
Jejariruncing.

Happy surfing!

PM ishtihar 31 Disember Cuti Umum Sempena  Meraikan
 Kejayaan Skuad Harimau Rangkul Piala Suzuki AFF

kredit : kbs

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Rabu mengisytiharkan hari Jumaat, 31 Disember 2010, sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki malam tadi.
-BERNAMA. Sumber : MyStar
NOTA KAKI : Seriuosly kegembiraan berganda............!!!!!!
MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI 2010 !!!!

Sekalung TAHNIAH buat Skuad bola sepak (muda) negara...!!
Aku cukup berbangga dengan kemenangan kali ini.
Tahniah kepada semua pemain dan juga jurulatih, Rajagopal kerana mampu
menyusun strategi kemenangan untuk negara sekaligus menghilangkan kemarau Piala Suzuki 
selama 14 tahun lamanyerrr..!


Saksikan rembatan gol ~ counter attack oleh Mohd Safee Ali malam ni sekaligus menggondol award Penjaring Gol terbanyak Piala Suzuki 2010.


Antara pemain yang menyerlah, penjaga gol Khairul Fahmi dengan prestasi dan ketangkasan yang begitu baik menepis serangan dan jaringan bola bertubi-tubi ke gawang gol dari pihak lawan termasuk tendangan penalti, tendangan sudut.. macam-macam lagi laa... memang puas hati dengan persembahan permainan dia.

Secara keseluruhan, perlawanan berjalan lancar.. hanya pada minit-minit awal nampak cahaya laser hijau di tujukan kepada penjaga gol, Fahmi. Walaubagaimanapun 'serangan' itu lansung tidak memberi sebarang impak kepada penjaga gol dan barisan pertahanan Malaysia sebaliknya terus konsisten memperkuatkan pertahanan negara..!
Dan akhirnya pasukan Malaysia muncul juara dengan kemenangan secara agregat 4-2.

Tahniah sekali lagi buat pasukan Malaysia, Jurulatih, pegawai dan semua penyokong bola sepak
tanah air..!!

Rasanya semangat penyokong Malaysia kini lebih membara dari biasa... 
MALAYSIA SEMEMANGNYA BOLEH..!!


Next..? Sukan ASIA...!! InsyaAllah..!

Nota kaki : Err... PM tak nak istihar Public Holiday ke esok nih...???

Salam..
Ada-ada je cerita lawak@lucu sempena Final kedua Piala Suzuki 2010 antara Malaysia & Indonesia malam ni. Yang paling hangat di perkatakan ialah isu laser melaser nihh..!


credit : obefiend hosted Beautifulnara

Entry yg kelakar lagi imiginasi yang mengatakan skuad Malaysia sudah pun bersedia dengan cermin mata hitam untuk menangkis serangan laser hijau di Indonesia nanti..! Lagi kelakar bila terbaca laporan Harian Metro pasal ugutan artis Indonesia, Julia Perez yang akan mengenakan coli khas untuk me'laser' skuad  Malaysia..! Baca ulasan dari blogger terkenal, beautifulnara. Memang sengal betul laa...
Salam..
Gelihati dengan semangat penyokong TIMNAS (INDON) yang mati-mati masih tak boleh terima kenyataan tentang KEKALAHAN 3-0  menentang Malaysia di Stadium Bukit Jalil tempohari.
Rata-rata menyalahkan 'laser merah' sebagai punca kekalahan! HA HA HA..!
Lebih memalukan rupanya taktik laser melaser ni dah dimulakan oleh penyokong mereka sendiri ketika perlawanan liga pada 1 Dec lalu.. gambar-gambar menunjukkan penjaga gol Malaysia turut menerima 'serangan' laser hijau ketika kekalahan 5-1 tempohari. Itu pun lansung penyokong Malaysia tak havoc pasal laser-laser nih... even Ragagopal sendiri menerima kekalahan sebagai kelemahan dalam strategi perlawanan dan lansung tak menjadikan isu laser hijau sebagai alasann!! 
Sokong dengan tindakan Rajagopal. Tabik skuad Malaysia...!!!
Semoga skuad negara akan terus mengondol kemenangan malam ni..
 MALAYSIA BOLEH!!




PEMAIN Malaysia perlu bersedia dengan tindak balas penyokong fanatik Indonesia yang mungkin menyuluh pancaran laser ke arah mereka ketika beraksi di padang untuk mengganggu permainan.
Situasi itu tidak mustahil kerana ia sudah dilakukan penyokong Garuda itu ketika perlawanan pembukaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang berkesudahan skuad kebangsaan kecundang 5-1.

Namun rata-rata pemain kebangsaan, termasuk ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal tidak menyalahkan pancaran laser sebaliknya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.
Malah penjaga gol kebangsaan Mohd Sharbinee Allawee Ramli mengakui memang ada pancaran laser yang disuluh ke arahnya, namun dia tidak menjadikan ia sebagai alasan walaupun bolos lima gol pada perlawanan pembukaan Kumpulan A.

“Memang ada pancaran laser, kita tidak perlu memandang tepat ke arahnya kerana ia tidak mengganggu,” nasihatnya kepada rakan sepasukan yang lain terutamanya penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yang bakal beraksi malam ini.

Tambahnya lagi, tiga gol Malaysia yang dijaringkan Malaysia pada perlawanan akhir pertama bukannya berpunca daripada bola mati seperti sepakan sudut dan percuma, sebaliknya gerakan lincah beberapa pemain kebangsaan.
“Adalah mustahil pancaran laser dapat ditujukan tepat ke arah pemain ketika mereka sedang bergerak,” katanya sambil menambah Indonesia mungkin sengaja memperbesarkan isu itu bagi menutup kelemahan mereka akibat kekalahan besar di Bukit Jalil, Ahad lalu.
Salam..

Okehh.. ni takde kaitan dengan sambutan Krismas 25 hb yg lepas yerr.. hi hi.
Sebenarnya, hari Ahad tu tengah lepak-lepak tengok TV dengan Abang tetiba Danish datang dekat aku dan berkata
"Mama, Danish nak main Salji...!"
Aku pandang Abang, Abang pandang aku.
Terus terhingat kat album-album usang aku atas rakk.. 
aku ambil dan tunjuk pada Danish

Winter 2001, Nigata, Japan

Ni antara gambar-gambar yang di rakam pada Musim Sejuk 2001,  
ketika aku berjalan2 ke Nigata, Japan tempat roomate aku, 
NITA  masa buat course RPKJ  2 tahun kat UM.


01.01.01..! Tahun baru, aku bersama student2 Nigata yang lain pergi main Ski.
Pergi 4 buah kereta masa tu.

Ni gambar masa tengah kesejukan melayan suhu bawah paras minus degree....
dengan salji yang turun agak lebat juga... grrrrrrRRrrRrrrRrrr...!!
Memang best je zaman student nihh.. enjoy manjangg ha ha ha.

Bila tengok gambar kat atas ni lagi la Danish mengomel...
"Danish tak dapat pun main salji macam mama..!"
Melepekk je dia kat sebelah dengan muka frusttt ...! hu hu hu

"Danish, kat negara kita ni tak ada salji. Kalau Danish nak main salji, 
Danish kena belajar pandai-pandai okeh!"
sebab Mama & Papa tak cukup duit nak bawak Danish gi jalan-jalan main salji.

Ntah faham entah tidak Danish dengan kata-kata aku huhu. 
Itupun di masa akan datang, belum tentu ada lagi ke tidak tajaan & biasiswa belajar ke peringkat ijazah dalam/luar negara. Entah-entah 10 tahun dari sekarang semua kos belajar pun kena guna scholar PAMA (PApa + MAma ) jugakk.. so nak tak nak sekarang ni aku rasa Ibu bapa terpaksa dah ambil education plan (insuran) untuk anak-anak. Manalah tau ada rezeki anak-anak kita belajar ke puncak menara gading.. insyaAllah !

Jap lagi Danish pergi masuk bilik main computer.. tak lama tu dia panggil..
"Mama.. mama..! Tengok ni Danish main SALJI!"


Danish memang suka main online game kat Miniclip nih.

Aduhaii.. 'cerdik' betul anak aku ni. Ingatkan jadi motivasi tengok gambar tu.. rupenya dia cari alternatif lain..
tak dapat main salji ONSITE.. dapat main ONLINE pun jadik laa.. saborrr je laaa...!! HA HA HA

Nota kaki : Best gak mengimbau balik kenangan silam nih.. cuti seminggu ni nampak gaya nyer leh le merajinkan diri scan gambar2 lama nihh.. hi hi hi
Salam...

TAHNIAH MALAYSIA...!!
Permainan yang sekian lama di nanti-nantikan oleh semua penyokong bola sepak..!





Baca juga : Malaysia belasah Indonesia 3-0
Salam...

Tahniah kepada skuad bola sepak kebangsaan di atas kejayaan cemerlang 'membelasah' Indonesia
dengan jaring GOL 3-0 pada pusingan final pertama..!!!



Ketiga-tiga gol di sumbat pasukan negara pada separuh masa kedua, 2 GOL oleh pemain barisan penyerang, SAFEE dan 1 lagi gol keemasan oleh ASHARI dengan susun atur serangan dan hantaran bola kemas oleh NORSHARUL IDLAN. 
Memang ke semua jaringan di buat CANTEKKK...!!

Tapi ada juga insiden 'laser melaser' mata penjaga gol Indonesia tadi sehingga menyebabkan permainan tergendala sebentar.. isk isk iskk..
Jangan la buat kes haru biru camni kot ye punnn

Apapun.. TAHNIAH buat semua pemain skuad bola sepak negara terutamanya 
ketua jurulatih, Raja Gopal 
dan juga semua para penyokong di stadium,
di kedai mamak, di rumah mahupun di FB yang memberi sokongan padu ...!!


Tahniah MALAYSIA..! Kami doakan kemenangan berganda pada Final pusingan ke-2 di Indonesia nanti..!
'Belasah' lagi cukup cukupp okehh!!
Salam...

Cuti sekolah dah nak berakhirr.. aku plak CUTI kerja year end shutdown baru bermulaa... 
padahal baru masuk kerja.. isk isk. So untuk acara sempena cuti cuti ni
Abang propose buat acara makan-makan/bakar-bakar/sembang-sembang kat umah. Tengah orang sibuk layan Anugerah Skrin.. kitaorang layan ikan bakar cecah sambal kicappp... fuhhhh!
Lagipun adik ipar bongsu, si Iwan pun cuti sem.. so leh la berkumpul semua adik-beradik belah Abang.
Aku lak terpaksa postpone hasrat balik Johor sementelah Mak pun tak de gi hantar rombongan pengantin Cik Kiah ke Perak huhu.

Okeh aku tepek la acara makan-makan tu kat bawah ni. 


Ni dia AJK bakar-membakar... sorang je yg wat kerja.. yang lain posing je lebihhh keh keh keh...

Menu-menu BBQ
antaranya...

 Cuaca hujan.. harus ada SUP TULANG.. resepi Mak Long. Alamak baru terhingatt.. pernah berjanji ngan Suzie nak update resepi.. terlupa sudahh... lepas nih InsyaAllah aku hapdetkan yek. Sendiri pun takut lupa gak nihh huhu

 Salad.. pun resepi Mak Long. Best gillerrr aaaaa.. aku suka sangattt..!!


Ni hasilnya bila dah buh dressingg... memang besttt gillerrr.. 


 Kepak Ayam

 Udang galah. Stok terhad nihhh.. sape cepat dia dapat.. biar terhingat hingatt..! ha ha ha.. sabor je laa.
Sotong bakar pun tak sempat snap dah licinn!!

Kuah/sambal cicah yang meletopsss...!!

 Beef & Lamb BBQ

 Aku yang di kapit oleh anak saudara kembar ku.. along dan angah... baru darjah 3 tu.
 Terasa 'kecik' plak Mak Ngahh.. ngeeeeeeeeeeeee

 Okeh.. bermula sudah acara makan makan

 BAEK punya taktik.. buh je ikann pas tu tuannya sambung makan. Jap lagi KIPAS sambung 'kerja' ha ha/

Terubuk bakar yang di bakar ganazzz...

Terubuk dah siap bakar. Siakap tengah bakar...

 Semua muka ceriaaa...acara melantakkkk bermula.. 
Peace lagii.. bila nak kenyang nihh.. he he


 Acara 'makan damai' dek tuan rumah... cameraman lambat btol nak snapp..
 dah penat sengih ni haaa.. ha ha 

 Jemput makan yerrr

Masih rancak mentekedaghahh lagi masing-masingg

 Sian anak sedara aku sorang nih.. semua orang ralit makan.. dia sorang-sorang duk melayan cawan sampai koyak rabakkk.. ha ha ha

Danish yang comot-comot makan kepala sotong bakar.. isk isk isk

 Ni anak dara sorang nih... mainnnnnnnnnn jee.. tak nak makan pun. Sebanyak2 makanan tu sosej je di makannya. tu pun tak sampai separuh.. isk isk iskk


Rombongan terakhir.. Pak Lang. Kebetulan ada pulak rakan sekerja yang Meninggal gara gara kemalangan jalan raya. Al-fatihah. Sempat tengok jenazah katanya. Last2 Pak Lang sampai rumah kitaorang pun dah lewat gakk.. seb baikk kedai tak tutup lagiii... maklum la plan buka sampai subuh! Sempat lagi buat nescafe tarik panas-panas tuhh...! ha ha ha.
Anyway Alhamdulillahh.. semua berjalan lancar.. perut pun kenyang sampai lapar balik duk ralit bersembangg.. huhu

Sekian lah updara acara BBQ sempena cuti sekolah di rumah ku... al kisahhh


Salam...
Tadi berakhirnya siaran lansung Anugerah Skrin 2010 dengan penuh gilang gemilang..
Artis-astis pun mengayakan baju yang cukup anggun.. ada gak yg seksi meksii..


Aku pun tengok sikit-sikit... malam tadi buat makan-makan, bakar-bakar kat rumah so tengok TV pun ON OFF ON OFF jek.. banyak bersembang je kat luarr. Esok-esok baru hapdet kan event ni okehh

Anyway utk tau keputusan penuh ASK 2010 malam ni boleh usha-usha kat blog sharinginfoz. 
Antara blog yang paling pantas zoom ala ka zoommmmmm menghapdet kan keputusan penuh 
acara Anugerah Skrin 2010 malam ni... cayala tuan umah!

apalagii.. jommm ZoooOOooooOooommmmmmmmmMmMMmM....!! 

Salam..

Start hari ni aku start COTI SEMINGGU.........!!! HorayyyyyyyyyYYyyyyYYY.........!!
Anak-anak pun dah sihatt.. alhamdulilllahhh... syukur sangat-sangattt...!!

Bila dah sihat tu tengok la 2 beradik ni dah start buka 'KLINIK KESIHATAN'.
Si Abang jadi DOKTOR, si adik jadi PESAKIT..! Padahal masa Dania demam tu masa beli mainan je excitedd. lepas tu langsung tak lalu nak main huhu

Doktor tengah ambik keterangan pesakit

Check nafas kat dada.. tu dia sampai camtu sekalii..!! he he

Dokter check tekanan darah pesakit pulakk

Tengok berapa tekanan

Jap lagi check suhu badan pulak guna ala2 termometer


Doktor bagi penerangan 
Doktor Danish : Awak ni sakit batuk.. ada kahak sikit

Doktor tengah siapkan ubat untuk pesakit


Doktor bagi ubat. Siap suapkan dalam mulut pesakit dan tunjuk cara-cara makan ubatt.. 
baekkk punyer service Dokter nihh! HE HE HE..!
Mamanya duk tepi pakat gelakknya gelihatii...! HE HE HE


Okeh dah siappp. 
Doktor pesan : " Balik jangan lupa makan ubat ya..!"



PUTRAJAYA: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.
Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.
Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.

Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.

Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.
Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.

FAKTA PENTING..!!
Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding 3 peratus pada tahun 2000.

"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya. 


- BERNAMA




NOTA : Sape yang masih tak cukup quorta saiz isu rumah cepat-cepat lah penuhkan yekkk

Maklumat lanjut : statistic.gov.my

Salam..

Keputusan PMR dah keluar hari ni. Lebih 30 ribu calon dapat staright A...!

Tahniah kepada semua calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang..! 


23/12/2010 12:01pm

PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.
Abdul Ghafar berkata, bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.
Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93, manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya. – Bernama

Anak gemilang ceria terima keputusan PMR by Kosmo


WAJAH ANAK GEMILANG. Semalam merupakan detik paling menggembirakan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.



Mereka yang merupakan antara 472,060 calon yang telah menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara pada 13 hingga 17 Oktober lalu bersorak gembira apabila menerima slip keputusan peperiksaan masing-masing.



Dalam peperiksaan tersebut, seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5.65 peratus pada tahun lalu dan 4.83 peratus pada tahun 2006.
PELAJAR Sekolah Menengah Alam Shah di Putrajaya menunjukkan slip
peperiksaan masing-masing dengan penuh rasa bangga dan puas.

PARA pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur bersorak
gembira setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur meraikan
kejayaan selepas mendapat 8A semalam.

Sebahagian pelajar Sekolah Menengah King George V (KGV), Seremban yang berjaya memperoleh 8A dalam PMR bersorak gembira sambil menunjukkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.