credit : Google

Salam...

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 tahun ini...dah 53 tahun rupanya Negara kita mencapai kemerdekaan..! Dan selama itu juga akhirnya negara menikmati erti sebebar 'KEAMANAN'. Bersyukur yang tak terhingga kepada Allah s.w.t. 
Teringat aku.... Abahku lahir pada sekitar tahun 1941. Lahir ketika zaman Perang Dunia ke-2 dan tahun-tahun Jepun sedang menakluki negara..! Betapa susahnya kehidupan pada waktu itu. Abah sempat merasa menyorok di kebun-kebun hutan dengan membawa nyalaan api yang di tutup dengan kuali. Gara-gara kehuru-haraan pada waktu itu jugalah IC Abahku yang pada waktu dulu bewarna biru dan agak lembut macam getah tu tercatat Tarikh Lahir : 1941 tanpa bulan dan haribulan..!

Tak silap aku ketika nak upgradekan IC lama ke IC baru yang berdasarkan tarikh lahir tu Abah terpaksa 'cabut undi' tarikh lahir dan buat akuan bersumpah selepas itu. Setelah berpuluh-puluh tahun aku tak dapat wish ' Selamat Hari Lahir Abah' gara-gara tidak ada tarikh tepat akhirnya dapat jugak kami sambut beberapa tahun kebelakangan ini. Itu pun tarikh Lahir Abah jatuh sehari selepas tarikh lahir Abang kandung ku.. kebetulan kah..?

OK. Sempena Hari Kemerdekaan ni mari kita baca sikit tentang detik sejarah Kemerdekaan Malaysia.
Yang pasti, kemerdekaan tidak di capai 'sekelip mata'. Banyak darah tumpah dan nyawa terkorban.
Semoga dengan KEMERDEKAAN yang telah di kecapi, Malaysia akan terus makmur, aman dah sejahtera...!!! Kalau negara tak aman.. ingat boleh ke kita pergi shopping dan layan SALE sana sini nak dekat-dekat raya ni dengan aman...?

MERDEKA...!!! MERDEKA...!! MERDEKA...!!!!!

**************************************************************

Untuk tonton IKLAN MERDEKA PETRONAS 2010



**************************************************

MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA
credit : i-putra

Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengulukan seruan Merdeka! pada 31 Ogos 1957. 
Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.
Pengistiharan Kemerdekaan

Stadium Merdeka

Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.


Bendera Malaysia buat pertama kali di naikkan pada 31 Ogos 1957

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

                                    

Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.


Salam..
Haaa.. ni la suka shopping last minute..!!! Semalam plan pagi-pagi nak kuar awal-awal cari kasut budak-budak ni. Tup tup dapat call ada network problem lak kat Ofis. So terpaksa la jejak Ofis dulu pagi tu. Lepas settle semua baru gerak gi Sunway Pyramid. Sampai dah nak tengahari.. paham-paham je la nak cari Parking pun dah terpusing-pusing. Seb baik la Sunway ni ada indicator utk parking tu.. so dari jauh pun leh nampak mana parking kosong (hijau) atau penuh(merah). Last2 rezeki kitaorang ada keta nak kuar baru la dapat parking....

So agenda hari ni nak cari kasut budak2 je. Kalau cari baju tu bleh la tinggal diaorang.. tapi bab kasut ni kena test gak kat tuan punya badan.. kang salah saiz naya plak.

Dah la masuk-masuk je dah berebut nak naik strollerr.. macam-macam peelnya tak nak 'jalan'... nak save tenaga.. sabor je la. Sampai la jumpa playground budak-budak lepaskan diaorang kat situ haaaa.. baru la segor 2-2..! Dasar budakkk..!! he he.
 Keluar masuk keluar masuk beberapa kedai gak le.. Abang request tahun ni beli sandal jee.. tahun-tahun sudah beli kasut penyudahnya jadi 'perhiasan' dalam rak kasut.. sedar2 buruk tak pakai sebab leceh pakai kasut  nak pakai stoking. 
Nak cari criteria 'sandal' tu yg jenuh tuhh..!! Rata-rata kasut yang banyak jual.. Sandal pulak tak nak bertali belakangg supaya senang diaorang pakai kasut sendiri tanpa bantuan.. dan Dania punya kena bertumitt ala-ala girl skett..!! wah wah wahh.. bleh tahan gak 'request' Papa untuk anak daranya tahun ni.. ha ha ha


So sambil2 diaorang lepak kat Playground tu sempat la aku rayau kedai japp.. jumpa la satu kedai ni yang jual  kriteria mcm Papa request..! adoii.. seb baik la jumpaa.. jenuh carikkk. Bila dah jumpa bawak la Dania gi kedai tu.... nampak la plak booth kedai mainan yg jual mainan fancy-fancy tu dah salah satu yg di demokan ialah 'KUCING'..! Dania apa lagi.. dah nampak tu terus tak duk diam nak kucing tu.. maklum laaa Dania ni suka sangat kucing. Tadi 2 beradik ni dah pau puzzle sorang satuu.. ni nak mainan plak. Yg di'cari' lom jumpa yg selingan plak bertambah-tambah.

Memula tak peduli pun, dukung je Dania bawak gi kedai kasut tu suh acu saiz kasut. Yang Dania ni dah gelisah teringat kat 'kucing'nyer tu.. Bila try Saiz 28 !! Muattt..!! Terus suh sales promoter tu amek sepasang nak test jalan. Sambil aku tunggu tu  aku tanya kat Dania.. 'cantik tak kasut ni..? Dania suka takk ? '
 'TAK CANTIK PUNN.!!!  Jawab Dania selamberr... Pas tu terus berlari keluar gi kedai mainan tu..
 isk isk iskkk.. sabor je laaa..
Last-last nak kasi diam Papa pun terpaksalah belikan mainan sorang satu.. Danish kereta-Dania kucing.
Dah dapat mainan masuk balik kedai tadi.. bila aku tanya semula.. Dania cantik tak kasut ni...?
Jawab Dania  : Cantik....!!!
Aku : Dania suka takk..?
Dania : Sukerrr...!!
Cehh... jawapan bes'syarat'..! sabor je laa.. 


Lepas settle kasut budak berdua ni gi ruang legar kat Sunway tu. Dasat gak dia nyer replica raya. Stesen keretaapi..!!! Siap ngan rel keretaapi, gerebak kerataapi termasuk la kaunter tiket di pasang kat sana..!! Ramai giler orang bergambarr.. memang suasana macam nak balik kampung raya..!!











Dah settle kasut diaorang terus la balikk rumah. Mission completed..!!



Leka main 'mainan' atas lantai sementara tunggu Papa bayar tiket parking.


Malam.. sambung main bunga api kat rumah.. hu hu

Pagi ni nak gi service kereta.... dan turn aku plak cari barang-barang aku.. berangan gak nak gi buat facial kalau sempat.. he he
Salam..
Hari plan nak gi cari kasut budak-budak. Aku ni kadang nak shoppping awal sangat takut 'TER'pakai sebelum raya.. bila shopping lambat-lambat cam  ni kena hadap je kalau kena beratur panjang, parking penuh dsb  huhu. So pagi ni kena la kuar awal-awal sket.


Sebenarnya nak citer sket pasal KUIH NETBAK.  Sejenis kuih Tradisional Terengganu yang hanya boleh di dapati ketika bulan Ramadhan. AKU TAK PERNAH MAKAN LAGI KUIH NI. Dan sekarang ni memang tengah 'mengidam' gillerrrr nak cuba rasa tapi sayangnyaa kuih ni bukan senang nak cari kat sini. Aku pun tak jumpa-jumpa lagi. Tadi kat Putrajaya pun tak terpandang gak.

Kenapa aku 'mengidam' sangat ni...? oh jangan salah sangka... walaupun Dania dah stop BF tu tak bermakna Dania bakal dapat adik.. NO! NO! NO!!!! Not yetttttttt...................!!

Begini kisahnya.. kira-kira 2 minggu  lepas aku ada la dapat foward E-mail pasal Kuiz Kuih-kuih Tradisional di Malaysia. Korang pun mesti ada dapat gak kann...? dalam tu ada 60 jenis kuih-muih. Kita letak jawapan kalau betul dia akan bagi score. So dalam banyak-banyak kuih ni yg dok jadi sebutan ialah KUIH NETBAK nih. Aku dah la memang tak pernah nampak dan tak pernah jumpa.. tapi jadi TERHINGIN plak sebab diaorang duk cite-citer kann..

So kebetulan masa tu Bos aku datang melepak kat Meja aku... sambil tiba-tiba bersuara "Saya ni teringin betul nak makan kuih NETBAK... susah nak cari kat Bazaar Ramadhan ni... kalau makan sejuk-sejuk sedapppnyerrrrrrrrrrrrrrrrrr....!!!' Sambil buat gaya makanan turun ke tekak macam dalam Upin & Ipin the Movie tuh.

Aku dengar je BOS aku tu sebut kuih Netbak terus "En. Kha***..!! Camana En.Kha*** bleh tersebut pasal kuih Netbak depan saya ni... Saya ni pun memang dalam kepala dok tengah terpikir-pikir pasal Kuih NETBAK nih..!!

Masa tu kebetulan sorang ofis mate aku tengah balik kampung ke Terengganu, apalagi teruslah Bos aku kirim Kuih Netbak tu suruh dia tolong carikan kat kampungnya nanti..!

So hari Isnin berikutnya pagi-pagi lagi aku dah terserempak ofis-mate aku ni jinjing plastik.. bila aku tanya Kuih Netbak ke tu..? 'Ya ' Angguk ofis-mate aku. So ofis-mate aku pun letakkan le bungkusan tu kat Pantry. Tapi yang di belinya Netbak kering maksudnya kena sira gula sendirilah nanti sebab kalau beli yg dah bersira takut tak tahan lama. So aku pun search gak le kat internet cara-cara nak sira NetBak tu ngan gula nanti.

Bos aku plak memang dah berseri-seri dah air muka sepanjang hari tu sebab Kuih Netbak tu dah ada kat pantry. Ofis-mate aku beli50 biji dan Bos aku dah kata dah aku punya 10 biji. Cukup dah tu sebab aku pun saje firsttime nak rasa.

Pukul 5 petang Bos aku masuk lagi ofis.. aku pun tanyala.. 'En Kha*** dah boleh ambik kee.. dah nak balik ni takut lupa pula nanti'. Maklum la, Bos aku yang kirim.. ak ucuma tumpang sekaki je tak kan la aku mandai2 nak amek sendiri kan. Maka Bos aku pun terus jenguk kat pantry... bila keluar balik dia datang kat aku "Izan.. kuih NETBAK tu dah tak ada dah.. DAH KENA BUANGGG...!!!'

Aku  " NgaaaaAaaAaAaAaAaAaAaa...... betul keEn. Kha*** cakap ni..? ke dongeng ni..?'
Aku macam tak percaya sebab aku nampak ngan mata kepala sendiri ofis-mate aku bawak bungkusan kuih NetBak tu..'Iye zann... dah tak ada dahh.. dah kena buang dek QA'

Aku rasa cam ...'UwwwWwwaaAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaAAAaAaaaaaaaaaaaaaa....!!!!!' betul ke apa yang aku dengar nih... terus rasa macam kisah dongeng 'Telur Ikan Tembakull! ha ha ha

Bila di selidik camne belh QA TERbuang tu gara-gara cleark diaorang tengah dok buat 5S - kemaskan pantry. Nampak pulak bungkusan kuih ni yang dinaiki semut.. bila tengok dalamnyer macam kuih bahulu.. so dia terus buat kesimpulan agaknya kuih ni dah lama ditinggal orang, maybe kepunyaan ce nun alip since diaorang tak posa.. terus la DI BUANGNYA KE DALAM TONG SAMPAH..!!!

uuUUuwaaaAAaaaaaAAAA..!! Memang sadis wehh.. aku tengok air muka Bos aku pun terus hilang serii... ohh memang terkilan tak sudahhhh. Dah la kuih tu cuma di jual ketika bulan Ramadhan dan lebih senang di dapati di Terengganu sahaja..!!!

Moral of the story... puasa ada 10 ari lagi ni. Kalau le kengkawan ada info pasal kat mana Kuih ni ada di jual kat Selangor ni bleh la kasi info kat temann... uhukk uhukk uhukkk..!!

Sekian tragedi Kuih Netbak di Ramadhan 2010... uwaaaaaAaAAaaAAaa............!!

Nota Kaki : Bertambah 'Tragedi' bulan Ramadhan aku nih... KLIK SINI
Salamm....
Haaa... tak sempat berblogging lagi hari ni. Selalu lepas sahur dan katam tengok Nur Kasih, baru la start berblogging. Pagi-pagi otak tengah fresh baru ada idea nak berblogging hu hu. Malam semalam plak Dania entah angin apa lewat pukul 1 pagi baru nak tidur. Itu pun di pujuk-pujuk selepas meraung-raung sebab TV dimatikan. Dah tengah malam buta masih cergas buat colouring sambil layan katun kat PHDC.. yg mamanya ni memang dah ngantuk tahap gaban. Tu yang pagi tadi lepas sahur dan subuh, terus sambungggg tidurrr...ZzZzZzzZz.

Bangun-bangun terus siap-siap keluar 'dating'@shopping ngan Abang ikut pintu belakang. Gi shopping baju raya budak-budakk.. Kalau bawak diaorang memang sampai sudah tak terpilih karang. So far Alhamdullillah...dah settle semua hari ni. Balik tadi sempat singgah Bazaar Ramadhan Putrajaya dan sempat le membeli 'Ayam Bara' & Roti John Putrajaya yang sememangnya terkenal tu. Huuuu.. memang letih sungguh hari ni... Papa & budak-budak punya baju dah settle, baju aku pun kira settle kalau tukang jahit siap kan sebelum raya, tinggal aku punya je nak top up sket-sket senin nanti..tudung2 pun lom cari..dah la kain langsir baru hantar jahit pagi tadi je punn... isk isk isk

Yang bestnyer balik tadi terus susun semua baju ikut tema kaler. Terus nak asingkan dan kemas utk bawak balik kampung. Tahun ni orang 'Johor' dah pilihkan kaler OREN.. baju Melayu Danish dan Baju Kurung Dania dah di 'sponsor'kan awal-awall..!  so Abang pun kata Ofisnya suh buat baju Melayu pun kaler OREN supaya sedondon masa diaorang buat Open House company nanti. Dengan confidentnya jugak Abang belikan aku baju kurung OREN jugak masa balik Johor hari tu. Elok-elok balik Ofis, tetengok budak Ofisnya gi beli kain ela kaler COKLAT-GOLD plak dahh... adoyaii.. tak pasal2 jugak aku pun kena cari SATU LAGI baju kurung kaler ikut coklat-ala gold jugakk... Dah la aku pun ada beli Japanese conton kaler peach + hitam plakk.. moralnya tahun ni Tema kaler memang tak lari kaler2 tanah oren-coklat -hitampeach-gold.. isk isk iskk


Hari ni keluar cari la baju budak2 ngikut kaler tema walaupun tak terikut 100%. Masa susun & asing baju tadi tetiba Dania serbu masuk bilik... antara banyak-banyak kaler aku belikan Abang sponsor = hitam + putih + coklat + peach + oren tersesat la selai dua kaler pink.. Kaler pink jugak yang Dania pilih dan terus sibuk nak pakai..!!!! Baju-baju lain yang aku hampar haram tak sentuh punn.. Yang pink tu plak jenuh suh bukak tak nakk.. hatta aku pujuk kalau tak nak tunggu raya pun tunggu la esok bawak diaorang keluar gi cari kasut pun dia tak nak jugak buka baju tuh..!! Yang lagi hampehhnyer.. aku nak suh try baju orenn sebab nampak cam besar.. sampai sudah dia lariii tak nak.. tak nak kaler lain.. tak nakk tak nak tak nakkk...!!! Nak kaler PINK PINK and PINKKKK ONLY!!!! Adeehhhhhhhhh laaaa.. aku dah penah terkena sebelum ni.. aku belikan dress kaler biru.. aku punya la suka dress ni tapi Dania sampai sudah tak mo pakaiii..!!! Heiiii anak dara sorang ni.. baru 3 tahun dah cerewet nak pilih baju sendiri.. 2 minggu lepas bawak gi cari baju tak duk diam satu halll.. ajak gi fitting 3-4 dress aku bawak.. yg aku berkenan belum tentu dia nak pun.. memang cerewettt weiiii......!!

Moralnya, dah la tema tahun ni tak berapa terselit pun kaler pink.. kalaula baju-baju kaler lain yang Mamanya dah pilihkan pas tu Dania tak mo pakai time RAYA karang memang HARU BIRUUUU laaaaaaaaaaaaa weiiiiii..!! Dia dah la jenis tak makan pujuk punya orang.... Ni baru ada anak dara sorangg....!!

Salam..

Tahun ini, hari ini 17 Ramadhan 1431 H adalah sama tarikh ketika Al-Quran mula di turunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Kalau di Johor hari ini pasti ada Majlis Tilawah Al-Quran. Makanya hari ni aku pun nak share serba sedikit info tentang sejarah Nurul Al-Quran untuk bacaan diri sendiri dan kawan-kawan.. :D

Kalau kat ofis.  Nuzul al-Quran setiap tahun ialah hari kitaorang akan berkerja dan company beroperasi seperti biasa. Hari ini jugak hari nak merasa pergi kerja jalan 'lengang' dan langusng tak jammed sebab orang lain semua bercuti.. hu hu hu. Moralnya hari ni aku kena kerja, En Hubby cuti.. Isnin ni aku plak cuti En. Hubby plak kerja macam orang lain.. isk isk isk

*****************************************************************
sumber di petik dari ePondok


Sejarah Nuzul al-Quran

Bulan Ramadhan bulan penuh berkat dan pengampunan dosa bagi umat manusia yang menunaikan segala kewajipan serta diperlengkapkan pula dengan amalan sunat dengan penuh keinsafan dan keikhlasan. Tiada pernah rasa cukup dengan amalan soleh yang telah dilakukan dan tidak pernah senang dengan kesilapan yang dibuat. Sentiasa mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah dalam mencari kebahagiaan hakiki. Tidak pernah tamak pada dunia tetapi tidak pula lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai bekalan untuk ke akhirat. Setiap pekerjaan dunianya ditunaikan kerana Allah serta ia dilakukan dibawah garisan yang telah ditetapkan oleh Islam.Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai golongan yang hanya solat tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan keletihan, golongan yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga, golongan yang banyak membaca al-Quran tetapi al-Quran melaknatnya.
    Dalam meneruskan sisa-sisa Ramadhan yang masih ada ini marilah kita menyoroti suatu peristiwa penting yang telah menjadi pemangkin kepada dakwah Rasulullah s.a.w iaitu Nuzul al-Quran iaitu bermulanya penurunan al-Quran sebagai wahyu kepada kita umat akhir zaman di mana mukjizatnya terus kekal sehingga hari qiamat.Al-Quran merupakan sumber rujukan pertama kepada seluruh umat nabi Muhammad s.a.w dalam menerusi liku-liku kehidupan di dunia fana ini di mana isinya mengandungi pelbagai aspek kehidupan.
KEBANGKITAN SEBAGAI NABI AKHIR ZAMAN
       Kehidupan Rasulullah s.a.w dalam masyarakat sekeliling yang dibelenggu kegelapan jahiliyah, penyembahan berhala dan adat-adat yang sesat. Masyarakat arab sudah lama terpisah dengan zaman kenabian menyebabkan mereka terus hanyut dalam gelora lautan kesesatan yang mengganas. Namun begitu keadaan nabi tetap dijaga dan dikawal oleh Allah agar tidak turut sama terheret dengan amalan hidup yang sesat ini. Keadaan yang semakin hari semakin terhimpit dengan tekanan jahiliyah dan kesesatan ini telah menyebabkan nabi mengambil tindakan untuk bermunajat kepada Allah dengan berkhalwat di Gua Hira’. Baginda bersendirian dengan bekalan makanan selama beberapa malam berturut-turut. Pada 17 Ramadhan dalam usia nabi mencapai 40 tahun bersamaan 6 Ogos 610M maka pada saat inilah turunnya wahyu pertama yang juga sebagai pengiktirafan sebagai nabi akhir zaman.Nabi didatangi oleh malaikat Jibril lalu malaikat berkata : “Bacalah”, baginda menjawab : ” Saya tidak tahu baca”.


Gua Hira. 
credit : zameedheart
        Maksud kisah yang diberitahu sendiri oleh Rasullah s.a.w ketika turunnya wahyu ini dalam suatu hadis yang mafhumnya :”…. lalu malaikat itu memeluk saya dengan kuat sehingga saya tidak mampu bergerak. Kemudian dilepaskannya saya sambil katanya :” Bacalah” lalu saya menjawab :”Saya tidak tahu membaca”. Sekali lagi saya dipeluk sehingga mencemaskan saya, kemudian dilepaskan dan katanya lagi :” Bacalah”, saya tetap menjawab :” Saya tidak tahu membaca”. Kali ketiga dia memeluk saya tetapi dilepaskan lalu membaca ayat 1-5 surah al-’Alaq yang bermaksud:
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta. Dia mencipta manuia daripada segumpal darah. bacalah kerana Tuhanmu itu Amat Mulia yang mengajar dengan perantaraan qalam. Dia telah mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu.
        Keadaan nabi yang ummi atau buta huruf bukanlah menunjukkan kelemahan nabi tetapi sebaliknya untuk menangkis tuduhan liar yang mengatakan bahawa nabi sendiri yang menulis wahyu dengan ilmunya yang ada  hasil daripada pengajiannya dengan cendikiawan dan pendeta yahudi atau Kristian.Wahyu yang pertama ini memberi peringatan kepada umat Islam tentang pentingnya ilmu pengetahuan yang akan menunjukkan secara jelas antara yang benar dan salah. Cara penerimaan wahyu ini menunjukkan bagaimana jalan terbaik dalam menuntut dan menerima ilmu iaitu mesti melalui guru dan juga berhadap serta berjumpa antara murid dan gurunya.


PERANAN SITI KHADIJAH
        Setelah melalui peristiwa yang tidak pernah terfikir dan diketahui olehnya memandangkan umat arab telah begitu lama terpisah dengan kenabian maka nabi terus pulang dalam keadaan terketar-ketar kerana ketakutan. Setelah tiba di rumah lalu baginda meminta agar diselimutkannya. Siti Khadijah sebagai seorang isteri yang cinta dan taat kepada suaminya terus menyelimutkan baginda tanpa banyak bertanya. Setelah keadaan nabi tenang barulah disoal mengenai peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan nabi ketakutan.Siti Khadijah sememangnya seorang wanita yang cerdik dan pernah mendengar tentang kenabian, para nabi dan malaikat melalui sepupunya Waraqah bin Naufal yang menganut agama Nasrani. Disamping itu dia juga mengenali nabi sebagai seorang yang baik dan elok akhlaknya serta disayangi oleh orang ramai. Oleh itu dia terlalu yakin bahawa nabi bukan terkena godaan syaitan atau jin sebaliknya merupakan makhluk pilihan Allah. Dengan suara yang lembut dan penuh hikmat lalu dia memberi semangat kepada nabi dengan katanya : “Demi Allah! Dia tidak akan mengecewakanmu, engkau adalah orang yang sentiasa menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang susah, memenuhi keperluan orang lain, melayan tetamu dan menyampaikan amanah kepada yag berhak”.
        Kata-kata ini memberi semangat baru kepada nabi di mana kita dapat lihat betapa pentingnya peranan isteri dalam menjayakan dakwah suaminya. Nabi berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berusia 25 tahun sedangkan Siti Khadihah merupakan seorang yang telah menjangkau usia 40 tahun namun keadaannya dengan izin Allah bagaikan anak dara berusia 17 tahun. Usia bukan matlamat perkahwinan ini tetapi sifat keibuan dan kematangan yang ada pada Siti Khadijah merupakan aset penting kepada diri Rasulullah s.a.w. Ketenangan Siti Khadijah dalam menghadapi situasi yang mencemaskan ini banyak membantu nabi s.a.w. untuk mengawal situasi yang dihadapi.
BERTEMU WARAQAH BIN NAUFAL
        Siti Khadijah membawa nabi untuk bertemu dengan sepupunya Waraqah bin Naufal bagi mengetahui secara lebih lanjut berkenaan dengan apa yang telah berlaku ke atas nabi itu. Setelah mendengar penjelasan daripada nabi tentang apa yang telah berlaku kepada Waraqah lalu beliau mengatakan : ” Demi Allah yang jiwaku ini ditanganNya! Sesungguhnya engkau ini adalah nabi untuk umat ini, engkau telah didatangi Namus agung(malaikat Jibril) yang pernah mendatangi Musa dan engkau kelak akan dikatakan berbohong, engkau akan mereka sakiti, akan mereka usir dan mereka perangi”.
        Ucapan Waraqah yang mengatakan :” Engkau kelak akan mereka usir” itu sungguh memeranjatkan Rasulullah s.a.w, kerana pada pengetahuan baginda bahawa dirinya mendapat penghargaan di sisi kaum Quraisy sehingga mendapat gelaran ” As-Siddiq” dan “Al-Amin”, lalu kata baginda dengan kehairanan : “Apakah mungkin mereka akan mengusir saya?”.
        Waraqah dengan tegas menjawab :” Ya! Semua yang membawa tugas seperti yang engkau bawa ini tetap dimusuhi dan diperangi oleh manusia, andainya aku masih hidup pada waktu itu, akan aku bantu engkau seboleh-bolehnya”. Namun begitu setelah bermulanya dakwah Rasulullah s.a.w, Waraqah terlebih dahulu pergi menemui Allah di alam baqa.
NOTA KAKI : Untuk lihat/baca Al-Quran versi digital KLIK SINI.
Aarrghhh sudahh...!! tengah best-best layan blog tetiba bila nak buka blog sendiri keluar error kat bawah!


Di sebabkan error mengatakan malware detected sebab ada element yang host malware ni wujud dalam blog aku  iaitu GengBlogger maka dengan kadar segera aku removekan link ke Geng Blogger tu dari blog..!!
Kalau tak sian kat bloggers lain, sure dapat error message ni jugak bila nak klik sweet@omoide nih hu hu


Base pada diagnostic provided by Google,



What is the current listing status for gengblogger.com?
Site is listed as suspicious - visiting this web site may harm your computer.
Part of this site was listed for suspicious activity 2 time(s) over the past 90 days.
What happened when Google visited this site?
Of the 418 pages we tested on the site over the past 90 days, 147 page(s) resulted in malicious software being downloaded and installed without user consent. The last time Google visited this site was on 2010-08-25, and the last time suspicious content was found on this site was on 2010-08-25.Malicious software includes 3 trojan(s), 1 exploit(s). Successful infection resulted in an average of 2 new process(es) on the target machine.
Malicious software is hosted on 1 domain(s), including 74.81.73.0/.
This site was hosted on 1 network(s) including AS2042 (ERX).
Has this site acted as an intermediary resulting in further distribution of malware?
Over the past 90 days, gengblogger.com did not appear to function as an intermediary for the infection of any sites.
Has this site hosted malware?
No, this site has not hosted malicious software over the past 90 days.
How did this happen?
In some cases, third parties can add malicious code to legitimate sites, which would cause us to show the warning message.
Next steps:



Kepada Webmaster Geng Blogger... apa dah jadi ni..? Lastweek down, this week malware detected plakk.. 
Cepat-cepatlah investigate & kasi 'cuci bersih' okehh!! Entry tanpa 'ping' ibarat lauk tanpa garammm.. cewahhh!

Salam..
Mungking ramai yang dah beli tiket balik kampung sempena Aidilfitri tahun ni dah berangan-angan dapat naik bas dengan lebih selesa di stesen Puduraya baru tapi nampaknya hasrat tu tak kesampaian tahun ni... hu hu. Apa nak buat, kontraktor 'tersalah anggar' pulak dah...


credit : google


Cerita pasal Stesen Puduraya ni, aku pun ada gak 'tragedi Raya' kat stesen nih ha ha. Tak silap aku Aidilfitri tahun 1996. Waktu tu aku masih belajar di AAJ, UM.Seingat aku Tiket yang di beli lebih kurang bertarikh 23hb Disember, jam 1 pagi (tak silap di tulis jam 25:00). Makanya sepatutnya aku naik bas pukul 1 pagi  semalam tapi aku datang keesokan malamnyer...!! Dek konfius dengan waktu yang tertera di tiket bas, yang ke'konfius'an tu HANYA di sedari keesokan malamnya bila tersedar yang bas aku dah berlepas malam semalamnyer lagi...!! Adoiiiiiiiiiiiiii...!! Panik kejap aku bila sampai2 stesen bas cek dengan kaunter kata bas tu malam semalam punya. Dah la musim-musim raya ni tiket confirm la dah habis licin semuaa.. siap ada bas tambahan lagi. Aku dah tepon Mak kat kampung... nampak gayanya beraya kat UM je la tahun tu... Dah 'terbayang' dah suasana pagi raya di dewan makan kolej.......uuuuwWwwwaaaaaaaaaaAaaaAaa!!!!!!!!


Apapun aku cuba juga merayu dengan pemandu bas yg di jadualkan bertolak ke destinasi yang sama nak aku tuju malam tu. Aku kata tak kisah, berdiri sepanjang perjalanan pun takpe la janji aku boleh tumpang balik naik bas tu. janji boleh sampai kampung sebelum raya.. bukan aku tak beli tiket... tapi tersilap tengok tarikh dan waktu perjalanan...!!! uhukk uhukkk...!


Masa tu pemandu bas suh aku tunggu kalau-kalau ada penumpang yg tak datang or kansel etc. Maka aku menunggu dengan penuh neves dan paniknya kat tepi platform waktu tu.. duppp dappp duppp dapppp duppp dappppppppppppppppppp jantung aku bergetarrr......!!


Tiba waktu perjalanan, driver kata ada satu seat kosongg..! Alhamdulillahh...!!! syukurr  sangat-sangatttt dapat naik bas balik kampung malam tu..!! Terima kasih bebanyak sangat kat driver bas tu.. Transnasional tak silap. Dah la tu Raya terakhir sebelum aku berangkat ke bumi sakura tahun depannyaa.. kalau dah kat seberang laut tak dapat balik beraya tu faham la kann.. di kalau kat tanahair sendiri pun tak dapat balik beraya memang HARU BIRU la wehh..!! iskk iskk iskk


Sekian kisah 'Tragedi Raya di Puduraya' ku he he he.




************************************************************************


sumber :Malaysia kini


Salah anggaran terhadap struktur binaan tingkat bawah stesen Puduraya menjadi punca projek naik taraf stesen bas itu tidak dapat disiapkan lebih awal, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

NONEBeliau berkata, setelah projek itu bermula, kontraktor yang dilantik oleh UDA Holdings mendapati struktur binaan itu perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan bagi memastikan ia dapat memenuhi keperluan dan keselesaan pengguna.

"UDA Holdings memang ada janji bahawa projek naik taraf ini akan siap dan boleh digunakan seminggu sebelum Hari Raya. Malangnya dua minggu lepas, saya terima pangilan daripada UDA (Holdings) yang mengatakan ia tidak dapat siap seperti yang dijanjikan sebab struktur itu perlu diolah bagi menempatkan lif dan beberapa kemudahan lain," katanya.

Justeru, beliau berkata isu projek tidak siap mengikut jadual juga tidak timbul memandangkan kontrak UDA Holdings bagi menyelesaikan pembinaan itu adalah sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan wang tunai RM300 dan kurma kepada 400 orang daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dengan Pusat Rahmat dan e-kasih, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL bagi meringankan perbelanjaan menghadapi Hari Raya.

NONE"Memang kalau mengikut kontrak, UDA Holdings perlu menyiapkan pembinaan itu menjelang hujung tahun ini, cuma pada mulanya mereka beranggapan struktur di tingkat bawah itu dapat disiapkan lebih awal untuk pengguna, tapi disebabkan kesulitan yang dinyatakan, ia tetap tak boleh digunakan lagi," katanya.

Sebelum ini Pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mengakui kerja pengubahsuaian hentian bas Puduraya tidak sempat disiapkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Beliau berkata, ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan menyebabkan Puduraya hanya boleh beroperasi semula hujung tahun ini.

puduraya bus station 260908 01Ketika ditanya pemberita mengenai penjualan mercun dan bunga api secara terbuka di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang, Raja Nong Chik berkata Dewan Bandaya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah mengeluarkan lesen bagi menjual bahan itu.

"DBKL tidak pernah mengeluarkan lesen untuk menjual mercun dan bunga api dan seperti yang pihak kami maklum, penjualan mercun dan bunga api adalah perkara di bawah kawalan polis.

"Mungkin ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dan menjualnya di tempat terbuka, tetapi hanya polis yang boleh mengambil tindakan dan saya minta jika ada dijual, laporkan segera kepada polis," katanya. 

- Bernama
Salam Ramadhan..
Dan masuk minggu ke-2 dah berpuasa. Suasana Aidilfitri mula terasa.. lagu-lagu raya dah start diputarkan di radio, ringtone etc. Danish pun dah mula menagih dibelikan bunga api..!!



 So inilah sessi pertama Danish & Dania bermain bunga api tahun ni he he. Tapi bunga api sekarang ni, makin kecik, makin sikit dan makin pendek berbanding dengan harganya. Lepas nyalakan api tak sempat lari seround dah padam dah apinyaa. Sampai budak-budak ni pun komen " Dah habis dah... kita baru nak main kan!" . Isk isk iskk...

Nak share sket. Sekarang ni musim panas kat Japan. Masuk musim panas memang meriahlah dengan pek-pek jualan bunga api termasuk la jadual pertandingan Bunga Api besar-besaran. Bunga api di jual merata-rata.. di convenient store, supermarket.. hypermarket..


Biasa di jual dalam pek-pek dan package tertentu dan ada yang mencecah sehingga ratusan ringgit...! Masuk musim panas biasanya aku dan geng-geng pun tak lepaskan peluang bermain bunga api.

Saiz satu pek 


Kalau convert ke Rm dalam RM200 ++ lebih harga pek kat atas nih.


Yang pastinya kenapa rakyat Jepun boleh bermain bunga api dan mercun dengan selamat ialah kerana sejak dari kecil lagi iaitu di sekolah tadika, mereka telah di ajar dan di demonstrasikan cara-cara bermain bunga api dengan betul dan selamat..! Sebab itu di Jepun bila masuk je musim panas, pek bunga api pun laris di jual macam goreng pisang panas tapi jarang pula kedengaran insiden insiden yang tidak di ingini..!

Agak-agak Malaysia boleh laksanakan tak macam ni..? maklum la kita ni tak di berikan sylibus yg betul bab2 main bunga api ni sebab tu masing-masing 'buat sylibus sendiri'! hu hu
Salam..


Pagi-pagi lagi bacer paper dah terpampang berita yang tak sedap di dengar. Berita 'biasa' bila tiba bulan ramadhan. Seingat aku masa kat Jepun dulu bila tiba musim panas bunga apa dan mercun di jual merata-rata... dekat convinient store macam 7-Eleven pun ada. Dalam pack dia tu macam-macam jenis, siap di sediakan plastik sampah, bekas isi air utk matikan mancis etc. Diaoran pun meriah gak main bunga api & mercun time musim panass.. tapi tak ada la sampai punah ranah terbakar sana sini...


Tu la.. rakyat negara kita ni 'kreatif' terlebih. Suker 'oter' itu ini.. tu yang dari bunga api leh jadi meriam tu sampai terpaksa pulak di'haram'kan.. penyudahnya jadi la kes-kes macam ni.. sorok sana sorok sini punya pasall. isk isk iskk.


kisah selanjutnya : Sumber utusan Malaysia.

Budak maut stor mercun meletup





Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memeriksa rumah yang rosak teruk akibat letupan di Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, Kuala Terengganu, semalam.



KUALA TERENGGANU 22 Ogos - Sebuah rumah lama yang dijadikan stor menyimpan mercun dan bunga api di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, di sini hari ini, meletup dan mengorbankan seorang budak lelaki berusia enam tahun yang tercampak dan melambung di atas pokok sejauh kira-kira 15 meter.
Letupan dahsyat pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan mayat mangsa, Khairil Arif Ayub terlekat di celah dahan pokok berhampiran rumah tersebut selain sebahagian kepalanya berkecai.
Dua lagi mangsa berusia 19 dan 20 tahun cedera parah dengan kaki salah seorang daripadanya hancur.
Kedua-duanya yang belum dikenal pasti identiti masing-masing ditemui bergelimpangan di depan halaman rumah itu dalam keadaan berlumuran darah.
Mayat kanak-kanak malang itu hanya dapat dibawa turun oleh penduduk kampung kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Mangsa-mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan kecemasan.
Mayat mangsa yang merupakan anak tunggal kepada pasangan peniaga, Ayub Abd. Rahman, 28, dan Kamariah Suffian, 25, itu turut dibawa ke HSNZ untuk bedah siasat.
Tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian hari ini mendapati, keadaan bahagian depan dan anjung rumah tinggal berkenaan musnah akibat letupan tersebut.
Seorang saksi, Nurshefli Azhar, 36, berkata, letupan itu mengejutkan dirinya yang ketika itu sedang berehat di rumahnya tidak jauh dari tempat kejadian.
Katanya, gegaran itu turut dirasainya dan dia yang menjengah ke luar rumah melihat asap tebal dari arah rumah tinggal terbabit.
Dia terus bergegas ke lokasi kejadian lalu mendapati dua remaja lelaki bergelimpangan di atas tanah di halaman rumah.
"Saya tak pernah dengar bunyi letupan sekuat ini dan saya terus ke tempat kejadian dan terlihat dua remaja cedera parah," katanya.
Katanya, seorang daripadanya, tidak sedarkan diri dengan sebahagian kakinya hancur manakala seorang lagi di bawah timbunan kayu.
"Pemuda yang cedera itu sempat beritahu saya ada seorang lagi budak jadi mangsa lalu saya naik ke atas rumah untuk mencarinya sehinggalah saya jumpa mangsa (Khairil Arif) terlekat di atas pokok dalam keadaan mengerikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui pemberita di tempat kejadian hari ini menyifatkannya sebagai kejadian paling dahsyat di negeri ini yang membabitkan mercun.
Beliau memberi jaminan polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk pemilik bahan-bahan berkenaan.
Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan khas berhubung kejadian itu agar siasatan terperinci dapat dilakukan.
"Kita juga minta bantuan Unit Forensik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk bantu kita jalankan siasatan mengenai kejadian ini.
"Kita harap orang ramai jangan terlalu ghairah mencari keuntungan dengan menjual bahan terlarang dan membiarkan anak-anak bermain mercun," ujarnya.
 Salam..

Dari semalam cuba nak ping blog thru GENG BLOGGER.. tapi tak leh sebab keluar error 
Webpage not available.
Semua orang face problem yang sama kerr..? sk isk isk 




Harap-harap esok leh access dahh..

Hari ni ni aku sefamily pun tak lepak kat rumah. Keluar gi cari baju raya sket. Balik sempat singgah Bazaar Ramadhan Stadium Shah Alam kat seksyen 13 nu. Abang beli rojak Singapore je RM 15 !! Ohok ohok..!! Siap ngan ketam gorengg.. seb baik la sedappp.. hmmm



Balik terus check Nuffnang analytics. Bila view by keyword by untuk hari ni tertera la result kat atas ni. Bulan-bulan posa ni entry resepi la duk hit tertinggi. Entry semalam pun dah ada hit via google. Yang kurang enaknya bila bulan-bulan Ramadhan ni pun ada gak hit macam yang kat 'bawah' sekali tu.. hmmmm... korang bacalah sendiri.. kang aku tulis keyword tu kat sini kang naik lagi hit tang keyword tu.. isk isk iskk..
Ada gak yang sempat lagi nak google 18sx di siang-siang hari bulan-bulan posa ni.. 
..... isk isk iskkk
Salam..
.
Hari ni dah masuk 11 Ramadhan. Kepada yang berkesempatan dan punya kelapangan, rasanya tak terlambat lagi nak share Panduan menunaikan solat sunat tarawih untuk rujukan rakan-rakan dan diri sendiri.


Sumber rujukan : Wikipedia

KELEBIHAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

PANDUAN MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TARAWIH

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.


Untuk panduan lengkap layari MAJLISILMU di sediakan oleh
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (klik gambar).


Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan dari-Nya.. aminnn....
Salam...
Pejam celik pejam celik Ramadhan dah pun masuk minggu ke-2. Sepanjang minggu pertama puas berbuka dengan kuih muih dan lauk pauk 'tunjuk' pasar Ramadhan... kalau sekali pergi tu semua nak di borongnye kann...kata je berpuasa tapi bab jaga nafsu 'nak' makan tu tak berapa nak kuat gakk isk isk iskk..

Masuk minggu ke-2 ni dah kurang ler sket  kadar ke-excited'an nyerr ha ha. Kadang kalau beli lauk kat Bazaar, bring foward untuk Sahur pun tak habis. Kuih muih plak kadang leh 2-3 hari punya ada dalam peti walaupun tau sekali masuk peti tak makan dah.

Lagi satu, sahur ni mesti nak kena ada hidangan panas yang masin, kering & pedas.. betul takk..? kalau kat rumah aku bulan posa wajib la ada ikan kering/masin, cili padi, kicap, bawang besar & ikan bilis banyak-banyak. Kadang duk perangat lauk semalam, ikan bilis & bawang goreng, hatta telur mata kicap panas-panas tu jugak yang lagi sodapp ha ha.Kalau tak, ada la aksi tenung-menenung lauk perangat hu hu hu.

\
So masuk minggu ke-2 ni dah start masak sendiri.. especially untuk sahur. Kalau aku kira masih bernasib baik sebab masih ada Bibik untuk membantu. Tak masak pun at least tolong-tolong sediakan bahan-bahan. 

Biasanya malam sebelum tidur tu aku dah asingkan siap-siap apa yang nak di masak utk keesokan pagi. Sambil tu tinggalkan NOTA UNTUK BIBIK kat fridge tu sekali. Bibik pulak akan bangun lebih awal, sahur dan sediakan barang sebelum naik semula kebilik. Kitaorang pun jarang berselisih ngan Bibik time sahur. 

Dengan bantuan Bibik, kalau aku bangun pukul 4:30 pagi pun masih sempat aku  nak masak yang ringkas-ringkas. Biasa pukul 5 pagi tu dah duduk makan sambil layan NUR KASIH kat TV3 sampai kul 6:00 ! 
Dulu tak follow betul-betul... masa nak catch up pun banyak baca dari foward mail ni. 
Kira bulan Posa ni baru leh katam drama tuh.. hik hik hik
*eh.. aku citer pasal apa tadi nih?!*