Salam Raya..
Hari ni dah mula beraya sekitar Selangor, ke rumah adik Ipar yang baru berpindah ke rumah baru.
Kenyang perut makan Nasi Tomato + Soto air tangan my SIL he he.

Just nak share sikit pasal produk kecantikan yang sedang aku gunakan so bleh kira macam testimoni lah nih.. he he. Terpanggil nak buat entry ni sebab sepanjang raya ni ada 2 orang dah tegur tanya produk apa yang aku pakaii.. hu hu.

Sebelum ni aku ada buat entry Simply Siti KLIK SINI yang aku tengah cuba trial package. Selepas nekad STOP pakai Loreal setelah 6 tahun atas sentimen anti-Israel, aku masih tercari-cari produk yang sesuwai dengan kulit aku ni ha. Pernah cuba Nuriz Cosmetic tapi aku ngeri sket dengan TONER dia yang macam mengikis/mengelupas kulit. Sepanjang aku pakai NC ofis-mate selalu tanya apsal muka aku selalu merah padam especially bila lepas kena panass.. hmmmmm... Then try plak Simply Siti NEW AGE Trial set. Simply Siti ni dia ada simply 5 cream yang di katakan ada fungsi 5 in 1 termasuk sebagai SPF 20 UV protector, pelembap dan bedak asas (foundation) siap..!

Tapi aku sebenarnya dari dulu tak minat pakai foundation utk asas mekap sebab foundation ni biasa berwarna so aku rasa cam makin 'tebal' je kulit dan akan tinggalkan kesan 'kaler' kat tudung.. hmmmmmmm. Di sebabkan fungsi 5 in 1 tu jugak Simply 5 Cream berbentuk seolah cecair likat dan bukan dalam bentuk krim so menjadikannya tidak terlalu lembap untuk kulit dan mungkin sesuwai untuk orang yang mempunyai kulit berminyak.

Anyway habis trial package SS aku pakai tak rasa apa-apa pun. Mungkin sebab tak 'cukup' tempoh lagi kott.. then terperasan la member aku yang pakai Safi Rania GOLD ada krim pelembap..!! Yessszaa....!! Aku memang gemar pakai krim pelembap ni. Dulu guna Loreal memang 3 produk asas aku wajib pakai , pencuci + penyegar + pelembap. Tapi itu tak bermakna aku kata Simply Siti tak bagus tapi mungkin tak sesuwai dengan kulit aku okeh..

Sebenarnya sebelum pakai Nuriz Cosmetics dulu pun aku dah amek satu set Safi Rania GOLD kat salah sebuah pasaraya tapi masa tu disebabkan queue cashier terlalu panjang aku batalkan niat aku.. so kali ni nampaknya aku jatuh cinta lagi nak cuba SAFI RANIA GOLD dan lantas aku capai 4 produk iaitu Pencuci + Penyegar + Krim Pelembap + Serum. Harganya agak berpatutan berbanding Simply Siti & Nuriz Cosmetics dan SRG lebih mudah di dapati di mana-mana pasaraya dan farmasi seperti Guardian dan Watson macam gak Loreal dulu... So kalau produk-produk ni ada di jual di farmasi ni apa maknanya...? Of course mudah di dapati dan kerap kali jugak ada promotion dan potongan harga..! Lagi berbaloii..!! hu hu.


Dengan menggunakan tag line "Awet muda dan pencerah kulit ", Safi Rania Gold diperkaya dengan formulasi Nano Emas 24K. Nano Emas 24K adalah antioksidan semulajadi yang bertindak menghasilkan kolagen, sekaligus membantu menganjalkan tekstur kulit serta mengurangkan kedalaman kedutan dan tanda penuaan pramatang. Pendek kata produk ni memang paling sesuwai untuk wanita-wanita di luar sana yang sudah pun menjangkau usia 30-an dan keatas. Urutan pakai 
Cuci muka -> pakai penyegar -> sapukan serum -> sapukan krim pelembap.
Then barulah mula tepek compact powder bagai..
Ni kalau waktu siang nak keluar rumah laa.. kalau malam nak tidur biasa aku cuci muka dan pakai penyegar je.. tak tepek apa-apa dah nak tidur. Biarkan 'kulit' berehatt.. hu hu

So far aku berpuas hati dengan produk ni walaupun baru guna sebulan lebih. Kulit kurang berminyak dan tona kulit lebih sekata. Tambah pulak lepas buat facial dan buang semua kulit-kulit mati. Hopefully produk ni sesuwai ngan kulit.. letih nak cuba produk lain sebab nak cuba satu-satu produk tu ambik masa kann... hu hu


Yang paling aku gembira sebab produk ni terjamin kesuciannya. Dulu masa guna Loreal, lepas mandi dan cuci muka, lepas solat baru lah aku tepek penyegar@toner sebab takut mengandungi alkohol atau bahan yang tak boleh di bawa sembahyang tapi dengan penyegar Safi Rania GOLD ni lepas cuci muka terus boleh tepek penyegar yang 'selamat & suci'.


Ada jugak yang bertanya di sebabkan ada unsur 'Emas' dalam produk ni adakan ianya boleh dilihat seolah-olah SUSUK. Ahhaaaa.. ada jawapan pada persoalan tu.. Nak tau lebih lanjut lagi boleh layari 


So kalau berminat nak cuba boleh dapatkan di farmasi dan pasaraya2 terkemuka.
*aku bukan duta produk*
Peaceee....................!!!

NOTE : Perlu diingatkan.. komen product Simply Siti di atas di buat atas dasar munkin product tersebut tidak sesuai dengan jenis kulit tuan blog dan tuan blog mungkin mengambil masa terlalu singkat dalam proses 'test product'. Di tambah tuan blog kurang berminat dengan any product 'foundation base'.
Kepada yang berminat dengan product Simply Siti teruskan usaha anda. Produk Simply Siti ni di hasilkan di Korea yang terkenal dengan kegilaan gadis/wanita disana menjaga kecantikan baik dari segi pemakaian product mahupun kekerapan mereka mengunjungi spa..! Ini berdasarkan pemerhatian tuan blog sendiri semasa melancong ke Korea masa habis belajar dolu dolu (Graduation vacation).
Apapun.. lain kulit lain result okeh..! Peaceee lagi sekalii..! he he

6 sweet comments:

mama zharfan said...

me kulit muka jenis berminyak, so me memang jenis tak pakai pelembab+toner..just guna cleanser,a nd me memang jenis yg pakai foundation...maybe nak try gak simply siti..currently me pakai loreal (foundation) and bedak muka silky white..cleanser fair & lovely ajer :p

*∽ IZAN ∽* said...

re Mama Zharfan.. betul tu. Kalau yang jenis memang tak pakai pelembap tapi pakai foundation memang sesuwai la try produk simply Siti tu.. mana2 produk jadi bagus bila sesuwai ngan kulit kita kann!

qieranna said...

qieranna pun pakai SRG...mcm best..ringan jer kulit muka nih...

mungkin sbb qieranna suka yg simple jer kot...

MrS. F!zA said...

dulu kulit me kering sampai mengelupas..bila dh gna Simplysiti mmg byk perubahan..kuluit dh gebu, licin, jerawat halus pon tk tumbuh dah..

agknya xckup kot dgn trial pack je..kdg kesan lmbt ikut kulit..toner dia best..mmg betol2 segar je.kdg me mls pakai simply 5 me pakai toner then sapu bedak..nampak berseri kilat jgk..husband pon puji ckp kulit dh cntik.haha

*selamat menggunakan safi rania gold!

mamashikin said...

produk simply ct ok jer..ngn kulit muka sy ok la..tp sy masih mencari produk utk hilangkan jeragat..stress ..bnyak jeragat..
ramai juga dgr kwn2 bercerita tntg safi rania gold..diaorg ckp ok juga..

Nieta said...

i pun baru cuba SRG... sblm raya...ms tu nak blk rmh mak mertua ..tertinggal plak pencuci muka (i guna tia masa tu...singgah kat giant...entah mcm mana hati ni tertwn tgk packaging gold tu...terus beli...till now pakai SRG...and tia tu buat pekasam...mmg elok coz muka i yg berjerawat sbb silap pakai produk dah ok...muka rasa bersih...