Anak Sulung Sosilawati Ditemuramah Radio24 Bernama Petang Isnin
 
Salam Raya.. 
Akhirnya Anak sulung Datuk Sosilawati muncul untuk di termuramah oleh Radio 24 Bernama @Kerusi Panas. Malam tadi keluar di TV , Bernama. Sepanjang siasatan ke atas Datuk Sosilawati, Erni sentiasa kelihatan tenang.. tak pernah nampak dia terlalu bersedih walaupun dalam hati Tuhan saje yang tahu. Siapalah yang tidak bersedih kehilangan Ibu tercinta beberapa hari sebelum Aidilfitri. Namun sebagai anak Sulung, Erni sedar dia harus cukup 'Kuat & Tabah' demi adik-adiknya. 

Malam tadi ketika keluar di kaca TV Erni menyatakan plan masa depan Syarikat yang akan bukan saja akan memberi tumpuan pada bidang kosmetik dan kecantikan, tapi juga untuk melebarkan sayap ke bidang-bidang lain seperti hartanah  dan sebagainya. Erni yang mempunyai ijazah dari sebuah University luar negara tambil lebih bersedia dan matang . Kini Erni , pewaris empayar NV dan sudah pun bergelar Pengarah Urusan, sudah pun bersedia untuk meneruskan empayar NV ke persada antarabangsa.

Selamat maju jaya Erni...!

KUALA LUMPUR: Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, akan ditemuramah oleh Radio24 Bernama (93.9FM) menerusi programnya "Kerusi Panas" mulai pukul 6.30 petang Isnin.
Jurucakap stesen radio itu berkata beliau dijangka ditemuramah mengenai rancangan masa depannya serta syarikat kosmetik itu yang diasaskan oleh ibunya yang meninggal dunia secara mengejut.
Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Allahyarham Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini, Noorhisham Mohammad, 38 dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas setelah ke Banting, Selangor kerana urusan penjualan tanah.
Pada 13 September lepas, polis mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga yang lain dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, yang dikatakan milik suspek utama kes pembunuhan kejam itu, yang juga seorang peguam.-BERNAMA

0 sweet comments: