Salam hujung minggu...
Wah wah wah.. hujung minggu ni ramai yang tak melekat kat rumah. Maklumla minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan. Ada yang ambil kesempatan hujung minggu ni shopping raya.. ada yang ambil kesempatan gi makan-makan kat luar..

Aku hari ni lepak kat rumah je. Cuaca pun mendung sepanjang hari.. sejukkk je. Sambil masak-masak kat rumah... layan TV.. layan Danish buat homework. moralnya melepekkk sepanjang hari ha ha. Ehh... jauh plak melerett..  ni sebenar nak share, sekarang ni kan kerajaan tengah buat Banci Penduduk 2010. Korang dah di banci ke belum..? Kitaorang dah settle la sebulan lepas rasanya. Tu pun akak yang duk buat banci tu 3 kali datang rumah kitaorang. Kali ke-3 baru lah kitaorang ada kat rumah. Kalau tak dia datang bibik je yg sambut. Ye la.. masing-masing kerja kan.


Banci penduduk kali ni makin advance soalan-soalan nya. Soalan-soalan lazim tu macam biasalah, berapa orang anak, rumah beli ke sewa, pendapatan isi rumah, berapa kereta pakai and so on.

Soalan-soalan yang terlebih dari lazim termasuk lah - ada subscribe kemudahan jalur lebar ? Memiliki digital kamera ? Memiliki iPod? Mempunyai pembantu rumah ? Mempunyai water filter kat rumah ? Haaa.. cam tu la lebih kurang.

So lepas ni kerajaan boleh buat lebih banyak statistik tentang keadaan sosio ekonomi masyarakat di Malaysia ni sambil untuk mengetahui tahap pencapaian ICT di negara kita.

Apapun kepada yang belum berkesempatan menjayakan Banci Penduduk 2010 ni sila lah luang-luangkan masa yek demi faedah bersama. Biasanya kalau tukang banci tu dah datang tapi kita tiada di rumah, mungkin ada nota untuk tuan rumah. Kalau tak boleh nak attend onsite boleh jugak buat online melalui e-cencus. Kalau nak tahu lebih detail boleh layari laman rasminya di


Akhir kata, selamat berhujung minggu semua...!!!

3 sweet comments:

Ayu Firzara said...

Hai kak, saya pun dah dibanci hehehe tu pun kali kedua dia datang...first time nih kena banci...

Salam singgah...
http://firzarafairyland.blogspot.com

*∽ IZAN ∽* said...

Salam Ayu :

Thanks singgah. Tu laaa, sian gak kat Akak yg buat banci tu.. terpaksa berulang 2-3 nak banci tuan rumah. Seb baik la gaji depa pun masyukkkk... ! Dengarnya RM1000 ++ gakkk hu hu

cikgu ib said...

Ha.. saya pun hairan b ajaib kenapa ditanya soalan2 PELIK tu. apa kaitannya dengan digi cam, tv, dll ? dia nak tengok tahap kemampuan orang kot...