Perasan tak google menjadikan Pac Man game sebagai google banner sejak kelmarin ? Sebenarnya ianya bersempena sambutan ulangtahun ke-30 Pac Man game pada 22th May 2010 yg lepas ( 1980~ 2010).


Mengikut rekod (Wikipedia), Pac Man kali pertama diperkenalkan pada 22th May 1980. Game ini asalnya di reka oleh Toru Iwatani dan dibangunkan bersama oleh Shigeo Funaki (舟木茂雄) & Toshio Kai (甲斐敏夫) – Muzik latar.


screen shot Pad Man versi asal 

Pac Man adalah salah satu game yang pernah menjadi lagenda dan kegilaan serta melahirkan fenomena sosial pada era 80-an. Seingat aku, merasa jugak main game Pac Man ni ketika di bangku sekolah menengah (awal 90-an). Itu pun main kat Makmal Komputer Asrama. Masa tu zaman-zaman guna 3.5 inc floppy drive dan tak silap mouse pun belum di perkenalkan lagi. Yang paling aku ingat sebab tahun  tu aku & geng2 kumpulan aku bertanding sengit dengan kumpulan Abang sempena Pertandingan Grafik yang di anjurkan oleh pihak Asrama. Buat grafik presentation berkisar tentang masalah alam sekitar secara global dan terpaksa buat program nak jalankan each slide tuh. Waktu tu takde lagi Ms Power Point bagai, teknologi mouse pun belum ada. Semua base pada program semata-mata. Penyudahnya kumpulan Abang muncul JUARA dan kumpulan kitaorang sekadar menduduki tempat ke-2 ! kuyashi!! *keciwa..! ops terinterframe plak* ha ha. 


Seingat aku lagi kali pertama merasa teknologi 'mouse' sekitar tahun 1993/94, zaman-zaman Windows 3.0/3.1 mula diperkenal. Itu pun sebab ada 'komputer baru' dekat perpustakaan asrama! Masa tu memang teruja giler tengok cursor tu sangat dengan mudahnya boleh bergerak sana sini untuk klik menu & icon kat desktop. Kalau tidak, masa zaman-zaman MS-DOS nak ON PC kenalah  insert start up Disk kat Drive A untuk keluarkan A prompt dan kalau ada apa-apa software lain nak run kena pulak insert floppy disk kat Drive B. Lepas tu terpaksa type command untuk setiap action kui kui kui. Ala... zaman-zaman Wordstar, DBase III Plus &  Lotus 1-2-3 dolu-dolu tuh!


Berbanding berbelas tahun dulu, hari ini anak bujang aku si Danish.. seawal umur 4 tahun dah pandai ON komputer, login dan cari game. Sekarang ni sejak rumah dah berinternet 24jam &  PC pun dah ada login account khas untuk dia, pandai dah Danish search online game sendiri. Biasanya Abang akan bagi keyword untuk di search dan Danish pandai search sendiri kat google atau you tube. 


Favourite movie Danish, Tom & Jerry dengan Upin & Ipin. Favourite game, all types of racing game - cars & motobike. Selain tu his favourite education online series ialah Disney Channel & starfall




Dan sebenarnya lagi, aku sendiri pun tak perasan yg banner Pac Man tu rupanya boleh main online kalau tak tengok Danish main! Ha Ha Ha!







2 sweet comments:

☆ lieya latif ☆ said...

ish dulu gile main pac man ni izan...terjerit2 aku main....dah 30 tahun rupenyer yeak......ko wat entry ni baru laaa aku tau...

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya.. Same laaa.. memang kalo main excited gillerr! Aku ingat bebudak sekarang dah tak pandang gak nyer game ni. Nostalgia gilerrr! hu hu