Dah 31 haribulan! Hari ni last day untuk redeem FREE Birthday Coupon Treat movie ticket sempena bufday aku bulan ni.. from GSC and exclusive for GSC website members only! he he *wink!* Siang tadi keluar pergi wedding ofis mate Abang n balik tu sempat bawak budak2 gi Mines.
Since hari ni dah last day of oct so planned ngan Abang nak tengok movie malam nanti. Lepas maghrib elok tengah bersiap-siap nak keluar tetiba Abang dapat call dari jiran belakang rumah ajak ke open house rumah diaorang.. memula rasa heran gak nak kata open house raya, raya pun dah habis anyway since dah bersiap-siap terus la kitaorang singgah rumah jiran tu terus.. Danish & Dania dah 'dikaburi' dengan DVD Upin & Ipin - Geng the movie kat dlm 'mini entertaiment room' ... aku & Abang lak keluar rumah ikut pintu belakangg.. hehehehehhehe.

Kul 8 kitaorg dah sampai kat rumah jiran belakang.. rupernya open house sempena keluarga dia yg datang ke selangor so alang2 dia jemput jiran2 terdekat. Ada nasi lemak, bihun singapore, rojak buah, ayam + ikan + kerang bakar dan koktail. Sedar2 setengah jam gak lepak kat rumah jiran tuuu.. dah kul 8:30pm! terus la kitaorang gerak ke GSC IOI puchong. Sampai sana nak dekat kul 9:00mlm... mak aiii malam minggu, ramai betul orang queue beli ticket. Since aku bawak coupon free tu Abang pun sarankan aku pergi terus ke kaunter redemtion & reservation.
So terus la aku ke kaunter redeemtion & reservation sambil Abang queue just in case kalau kena queue jugak. Counter salesgirl pun explain kat aku macamana nak redeem ticket GSC tu.. Yang aku tau dalam T & C kater boleh guna kat semua GSC, untuk movie bertanda * sahaja (of course not including new movie yang baru masuk panggung), lepas tu only 1 ticket redeemtion per year. Sebelum keluar aku dah cek kat website file apa yg bertanda * mlm ni kat IOI Puchong - Terminator salvation & Jangan pandang belakang - CONGKAK. Tengah aku berkira-kira nak tengok movie mana tetiba ada satu couple datang kat sebelah aku sambil dengan nada marah nyer bercakap dengan counter salesgirl tu.. yg pasti nya both couple and salesgirl tu bukan mim lam alif ya wau kita...

Unknown couple : Can you proceed with my ticket first because I'm queing *grrrrrrrr!*
Counter salesgirl : Oh.. but this is reservation counter
Unknown couple : So...?!!!
Aku : It's Ok. Please proceed with their ticket first.. *malas nak kecoh-kecoh*
Counter salesgirl : Terus settlekan ticket for the couple sambil aku tunggu kat sebelah.
Unknown couple tu lak memang communicate dengan nada marah.. nak bayar pun aku tengok dia campak je duit tu kat counter salesgirl tuhh..
Counter salesgirl :' Haiii.. diaorang ni kadang-kadang tak faham bahasa!' rungut salesgirl tuh
Aku : Hmm.. biasalah tu...

Anyway aku pun terus la pilih movie mana nak tengok.. since Abang baru beli DVD terminator Salvation last2 kitaorang setuju nak tengok Jangan Pandang belakang- CONGKAK! Dalam kepala aku 1 ticket je free 1 ticket kena bayar.. tengah nak keluarkan duit tu..
Counter salesgirl : It's OK. This is FREE ticket.
Aku : For 2 ...?
Counter Salesgirl : Yesss..!
Aku : Oh Ok. Thank you very muchhhh! *Wah ni dah cukuppp baekkk!*

Aku pun tak pernah redeem birthday treat coupon ni.. anyway semua benda berlaku ada hikmahnyerrr.. aku rasa T&C kata FREE 1 ticket ONLY tapi dapat 2 FREE ticket plakk.. rezekii.. huhuhu. Dah la nak pergi tadi planning sampai nak dinner dulu ngan Abang tapi since dah 'dinner' kat open house rumah orang.. perut pun dah kenyangg terus la kitaorg masuk panggunggg..kira Dating kali ni di taja penuh cuma bayar parking RM 1 je hehehehe..Lepas ni nak suh Abang lak sign GSC members kot2 dapat ticket FREE lagi Dec nih.. huhuhuh
Jangan Pandang Belakang- CONGKAK ialah filem genre komedi seram... memang tengok audience pun tergelak-gelak la dlm panggung. Komen aku - best gak citer nih & dah lama pun ditayangkan di pawagam tapi since free ticket belasah je la. Walaupun filem komedi tapi kualiti gambar dan 'hantu' memang real abesss.. Filem melayu dah makin maju sekaranggg.. sokonglah filem tempatan kitaa.. heheheheh!
Dalam 10:30 pm movie tamat.. GSC IOI Puchong pun nak extended to new wing.. dah makin besar. Kitaorng pun dapat duk hall baru hari ni.. keluar-keluar terus nampak Red-BOX. Teringat aku dapat SMS last 2 days - Red Box IOI FREE Head Charge Voucher. Terus pergi kaunter and redeem FREE Voucher. FREE lagii... best bestt! huhuhuhuhu

5 sweet comments:

☆ lieya latif ☆ said...

wow sok dpt tiket free...2 plak tu .....mmg berbaloi2...keh keh keh...

seb baik couple kuang ajo tu bukan melayu...kalo melayu ..wat malu kaum jek kan....kalo bangse lain tu tak leh nak ckp ape laa...kdg2 dieorg ni ek sikit...

fiziskandarz said...

fullamakk dapat free movie + free food!! nice!! :D

*∽ IZAN ∽* said...

Re Lieya..
tu la pasalll.. best gak dating sponsor nih.. huhuhu. Ntahh.. tu Izan pun malas nak ambik portt.

Re Zakie...
Sekaler sekalerrr memang besttt.. tapi kalau selalu2 lagi bestt! hahahha

ambrynaa said...

cam mana lah dpt free voucher red box tuh izan? aku yg members pun x dapek apa2 nih..:(

*∽ IZAN ∽* said...

Re Zalie..
aku jadi members card sempena new Red Box opening kat IOI puchong. Voucher pun valid kat IOI & SUnway nyer red box jekk huhuhu