Setiap pagi bila aku keluar bekerja, aku akan melalui 'jalan dalam' dan cuba mengelak untuk lalu LDP-Hicom apatah lagi jalan depan proton yang sememanggnya terkenal dengan tahap kesesakan lalulintas terlampau! Entah berapa kali aku menanggung rasa geram dan terkilan bila ada polis2 traffic yang tak mampu nak mengawal lalulintas dpn proton - shortcut ke Sharp dengan lancar dan aku sedia maklum semuanya pun gara2 kesesakan terlampau dekat flyover masuk shah alam dari KESAS tu. Jalan short cut ke SHARP tu pun dah berapa kali di tutup supaya traffic dari simpang 3 Hicom boleh terus je masuk ke Sri Muda-Bulatan JVC tapi cubaan ntah berapa kali tu pun tetap GAGAL dan itu tak termasuk pulak traffic jam kalau ada accident dan sebagainya pendek kata memang tertekan jiwa ragalahhh!!. Makanya sebagai alternatif aku memilih 'jalan dalam' demi memastikan aku boleh sampai office sebelum jam 8:30 pagi!
Jalan dalam yang aku lalui ni pun berkat info dari ex-ofis mate lama aku yg duk setaman dulu. Jalannya melalui kawasan kampung.... kebun-kebun.... menyusuri sungai Klangggg.. jeng jeng jenggg... melalui bawah Highway Elite... dan akan keluar ke Sri Muda... Jalan memang tak berapa elok.. ada jugak kena merentas jalan tidak bertar. Dan yang bagusnya tidak perlu melalui tol tapi sebagai timbal balikk.. mantenance kereta aku pun naik la skettt.. huhuh. Tapi jauh berbaloi dengan ketenangan minda yang aku perolehi kerana jalan ini jauhhhhhhhhhhhhhhhh dari kesesakan lalu lintassss sewaktu peak hour pagi hatta hujan sekalipun... cuma kalau hujan memang berdebu tepu lah kereta aku tuhh.. uhuk!. Balik kerja petang baru aku ikut jalan biasa Hicom-LDP dan terpaksa kebalkan diri juga merempuh kesesakan. Kalau nak tau 'jalan dalam tu'.. cuba2lah cari di google mapp ya.. heheheheh
Anyway apa yang nak aku ceritakan ialah... sepanjang aku melalui jalan ni yang entah dah berapa bulan nak dekat setahun pun.. aku selalu terserempak dengan seorang pakcik menunggang basikal tua...

Pak cik ni akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan. Kadang2 aku terserempak dia mengusung basikal sambil berjalan.. kadang2 dia mengayuh basikal.. dan aku sempat kira jarak terdekat dan terjauh pakcik ni pernah pergi..
3.5 KM! Jauh tuu utk menunggang dan berbasikalll untuk seorang yang dah berumur! Dan berbulan jugak la sampai aku dapat snap 2 foto ni pada arah yang berbeza sebab kekadang aku lalu terlupa nak ready camera lah, kekadang aku snap ada kereta lain lalu lah al maklum aku pun tengah drive!

Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah... pakcik ni .. setiap kali aku terserempak walaupun sejak berbulan yang lalu...akan berkopiah, mengenakan baju melayu warna marroon dan berkain pelekat kecoklatan.
Setiap kali!!!
Tak pernah walau sekali pun aku jumpa pakcik ni dengan pakaian lain!!!

Dan itu membuatkan aku sering tertanya-tanya...

Siapakah pakcik ni
Dimanakah dia tinggal
Siapakah keluarganya
Siapakah anak-anaknya
Kemanakah dia hendak pergi setiap hari.....
Kenapakah aku tak pernah nampak dia dengan pakaian lain setiap kali aku terserempak..?

Dan persoalan masih dan sentiasa terus berlegar dalam minda aku....
Agaknya siapa pakcik ni ya....?

Namun, walau siapapun Pakcik ni aku doakan semoga dia sentiasa diberikan kekuatan dan kemudahan untuk menempuh sisa-sisa kehidupannya..

6 sweet comments:

Anonymous said...

izan ni begitew perihatin kat jalan.. siap nampak sumer menda.. bagus la.. sian pakcik tuh kan.. kena kayuh basikal.. ke mana dia nak pergi

Mjkhir said...

apakah itu.... jeng jeng jeng...

adakah .... jeng jeng jeng...

☆ lieya latif ☆ said...

ye la izan, lieya bace citer izan ni pun dah buat lieya tertanye2..siape gerangan pakcik tu....timbul plak perasaan kesian dlm hati nie.....

amboi hang, sempat jadi paparazi time drive yeak...bahaye tau!!

Unknown said...

Pakcik tu sebenornyer axercise kot....yer lah...nak jogging tak larat....basikal tu standby jer ...biler dah penat jalan kayuh lak...heheh

*∽ IZAN ∽* said...

Re As,
Tu la pasalll. kesiann kat Pakcik tu. iskk iskk iskkk

Re MJKhir,
Jeng jeng jengg.. tapi confirm kaki dia jejak tanahh...

Re Lieya,
Ha ha ha.. lieya cakap baru tersedar.. ehh 'ter'jadi paparazi plak!!! tapi musykilll laaaa huhuh

Testing said...

nak tya la...shorcut ni dari mn ke mn? teringin plak nk tau..hehe