Welcome to the world Fahim Luqman! Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan ayah. Tahniah kepada Ma & Ijad (my BIL/SIL).. akhirnya
dapat jugak Danish sepupu boy out of 11! Setakat ni ada sorang sepupu sulung Danish yg boy itupun beza umur 7 tahun dah!
Date of birth : 5th Feb 2009
Day of birth : Thursday
Time : 7:40pm
weight : 3.2kg

Anyway, Fahim dilahirkan di Hospital Batu Pahat... Mama Fahim pelatih PLKN yg sepatutnya dibawa balik ke Jengka oleh Atuk n nenek pada 6hb Feb (Friday).
Papa Fahim berada diIpoh dalam program kursus Air Crew Team untuk MARITIM yg dalam T&C nya tidak dibenarkan berada diluar kawasan lebih 20KM radius! (Kejam sungguh)
Pelepasan hanya diberi dgn surat pengesahan kelahiran anak dari hospital.

Tenghari tu Aku dan Abang dapat call yang mengatakan Ma (Mak Lang) dah dimasukkan ke Wad. Aku & Abang terus bergegas sehelai sepinggang dari ofis menuju ke batu Pahat mengenangkan Ma tak ada saudara terdekat yg menemankan..
Bertolak dari Shah Alam kul 2:30, pick up Abang kat Serdang n sampai kat Hospital Batu Pahat kira-kira kul 6:00ptg. Ma dah masuk bilik bersalin setengah jam sebelum...
tunggu punya tunggu akhirnya pukul 8:20 baru diberitahu yang Ma dah bersalin pukul 7:40maghrib tadi dan dapat baby boy! Bila nurse bawak keluar baby, berebut2 la orang nak azankan baby menwakili papanya termasuk la Abang... dapat la Papa Fahim bervideo call 3G tgk wajah comel Fahim on phone! Sampai bukakkan pampers nak compemkan jantina..hu! hu!

Malam tu pukul 10:00mlm baru parents Ma sampai dari Jengka.. keesokan hari semua
datang ke Puchong. Ijad yg dapat perlepasan 2 hari sabtu Ahad sempat la jumpa baby
kat Puchong gak... sian Ma & Fahim.. lepas ni terpaksa berjauhan 9 bulan ngan papanya demi tugassss..

Anyway, semoga Fahim membesar sebagai anak yg soleh dan sentiasa menggembirakan hati papa & Mama!

0 sweet comments: