Pagi semalam dengar HOT FM sambil drive. Topicnya AKU JUARA..
Pagi ni dengar HOT FM jugak sambil drive. Topicnya Hot FM Telematch - TARIK TALI hari Sabtu ni kat Taman Tasik Titiwangsa so ramai la caller call bagi tips kat AM crew to fight Jawa Ranger.. memang terhibur gak la dengar

Dalam pada tu aku pun teringatla kenangan kira-kira lebih sedekad tahun yang lalu...
Zaman sekolah menengah. Aku adalah salah sorang Ahli Kadet Laut perempuan. Ketika itu
di Malaysia ni cuma ada 4 sekolah perempuan seluruh Malaysia yang menjadi Ahli Kadet Laut perempuan selebihnya lelaki belaka iaitu SIGS, Seri puteri, Tun Fatimah & Tengku Afzan.

Peristiwa berlaku ialah sewaktu KEM Latihan Kadet Laut selama 2 minggu di KEM Latihan TLDM Tanjung Gelang tahun 1993. Peserta adalah dari Ahli Kadet Laut sekolah-sekolah Menengah pantai timur dan cuma kadet Laut dari sekolah aku je perempuan. Banyakla latihan ketenteraan tentera laut yang kitaorg undergo termasuk kawad kaki, belayar naik KD Muystari ke Laut China Selatan sejauh 90 not dari persisiran, denda2 ala tentera termasuk startjump, bumping etc dan paling tak lupa latihan menembak di lapang sasar sampai 2 hari telinga aku tak boleh pakai. Rasa berdengung mcm pesawat nak berlepas dari airport! Gara-gara menembak 4 kelopak peluru M-16!! Satu kelopak = 20 peluru. Sebaris 8 orang menembak. Bayangkan satu das tembakan aku akan dengar 7 lagi tembakan yang lain.. so kira je lah 1 x 8 (org) x 20(peluru) x 4 (kelopak) = 640 bunyi das tembakan!!! Memang aku ingat aku pekak dah lepas tuuu walopon masa tembak tu ada gak la sumbat telinga pakai peluru kosong..huhuhuh!

Berbalik pada topic pagi HOTFM Aku juara vs Tarik Tali ( salah satu acara telematch).
Aku ingat antara hari hari terakhir kitaorg pun ada gak acara telematch dan acara utamanya ialah tarik tali antara semua pasukan kadet dari semua sekolah! Bayangkan pasukan aku je masa tu ahlinya semua perempuan... so berentap la acara tarik tali antara kitaorang girl-girl ni dgn semua kadet2 lelaki yang lain...huhh!!
Masa acara berlangsung memang hiruk pikuk laa dgn terikan orang yg saling bersorak. Aku masih ingat lagi teknik kitaorang PACAK & TAHAN ketika di tarik pihak lawan dan balas tarik bila diorg dah letih tarikk. Lepas tu satu persatu pasukan kadet lelaki tumbanggg.... sampai akhirnya tinggal final antara sekolah aku dan satu sekolah lain aku pun tak ingat tapi tak silap sekolah dari Terengganu. Bayangkan lah tarik tali lelaki & perempuan tapi pasukan lelaki yg gagah2 tu yg jatuh tersungkurr.. *HAHAHAHHAHAHAHAHAH*.
Acara semakin sengitttt... pasukan lelaki dengan ego yang perlu dipertahankan berentap dgn pasukan kitaorang yg bersemangat semakin kentall...PACAK & TAHAN dan TARIKK!!! TARIKKK!! dan TARIKKKK LAGIIIII!!!!! akhirnya korang nak tauu.... agaknya pasukan lawan kitaorg pun dah tak dayo nak bertahan last2 diorg buat satu trick....
Masa kitaorg duk tarik tarik hujung2 tu diorg duk pakat lepaskan tali ! Apalagi kitarg yg tengah kerah semua tenaga menarik terus terduduk, terlentang + bergelimpangan kebelakanggg semuaa! KAH KAH KAH...!! Kurang asemmm sungguhhhh!! Tapi terduduk dengan KEMENANGAN!!!! Kamilah JUARAAAAAAAAAAAAAAA!!! hohohohohohoho!!! Camno pasukan perempuan leh juara acara tarik tali menentang pasukan lelaki nihh... huhuhuhu

Errr.. trick lain kitaorg ... sebenarnya pasukan kitaorg, dgn kebenaran, perempuan 15 orang lawan lelaki 10 orangggg! Tu yg kitaorg leh menanggg kott!! Anyway, Tough tough jugak kitaorng ni yekkk!! Wahahahahahhahahah!!!!

Tu lah antara kenangan terindah yg tak akan aku lupakannnnn...huhuhuhu

3 sweet comments:

umeboshi said...

alamak..terharu lak baca entry kali ni. dok bayangkan semangat kental satu-satu nye team pompuan tu, buleh kalahkan lelaki2 dlm lwn tarik tali. tahniah!!!

Unknown said...

Hi...mengimbau kenangan silam nampak....Happy Anniversary!...

Nice slideshow...

*∽ IZAN ∽* said...

To Umeboshii..
Tu la pasall.. tak sangka kitaorg leh jadi juaraaa.. lawakk betull laaa huhuhu

To Aleyn..
Ma kaseh ma kasehh... sedar2 dah 5 tahun dahhh huhu