Lama aku tak update pasal development progress diaorang nihh..
Jenuh nak jawab kalau kena persoalkan nantii.. huhuh
So sebelum terlupa semua meh aku update skett

Dania 1 year 4 months
Paling aku suka dia sebut 'ten kyuuu' = Thank you!
Senget2 mulut dia nak sebut kyuuu hujung tu.
Memangg aku suka sangat kalau dia sebutt vocab ni huhuh
So far vocab lain yang dia dah pandai sebut
Mama, Papa, Nak
Kalau nampak aku balik kerja terus aaa kena terkam dan terus menyenget
sambil sebut
nakk! nak nenennn.. nak nenennn!!
Lain lain..
Gigi Dania masa 10 bulan dulu dah 8 batangg! Cepat betul naikk
tapi sampai laaa ni masih 8 batangg! dah setengah tahun tak de pertambahan! huuhuh
Dania berjalan masa umur setahun lebih skettttt
Sekarang ni kalau makan tu nak makan dalam pinggan dan nak suap sendiri pakai sudu cam Abangnya jugakk! Kalau tak payah nak suh makan
terpaksalah aku redhaaa kalau bersepah2 nasinya sebab suap sendiri pun aku rasa 25% je masuk mulut selebihnya keatas baju/seluar/kerusi dan lantaii..huhuhu!
Lepas makan kompem kena sapu bawah meja huhuh!
Makanan kegemaran - kek, biskut, nugget dan apa2 yg dia 'pungut'

Pandai merajukkk.........pandai sangatt
Pandai marah orang jugakkk.. siap bleh naik tangan kalau marah sangat
kalau Dania marah dia akan sebut 'TO-O.....TO-OO!'
Pandai mengadu sangat-sangat kalau Abang dia buattt..
Dan.. manjaaaaaaaaa sangattttt. Suka kalau orang main cak-cak dengan dia
suka kalau orang main acah2, geletek2, timang2.. aku pun suka kalau tengok
Dania senyum oo gelakk... sweeeeetttttttttttttttt sangattt!!!

Danish 3 Years 9 months

Danish tahun ni pun pergi tadika.. tadika tu pun Danish yang pilih sendiri
Hari kitaorang survey2 tadika tu, masuk je kawasan tadika dia dah sebut
'Danish tak nak lah sekolah ni..' kalau dia tak berkenann laa
Tapi tadika yg Danish attend ni memang sampai2 je pintu Gate Danish dah cakap
'Danish nak sekolah sini.. sekolahhh ni besstt!'Penyudahnya dah habis jumpa teacher pun dia excited nak tadika tu so kitaorg pun
ikut je la interest Danish dan masuk le ke Tadika tu.
Danish lebih berdikari.. pakai seluar & baju sendiri
Urusan toilet pun pandai settle sendiri cuma masih kena tolong
hidupkan lampu toilet kalau gelap *sbb tak sampai* and settle kan urusan 'besar' *sbb tangan tak berapa nak sampai lagi*
Dah pandai mandi sendiri - ikut mood
Dah boleh disuruh2 ambil kan barangggg - kena guide dgn betul.
Ringan tangan gak la tapi still ikut mood. kalau mood tak ok jawabyer
- Ala.. Danish penatt laaaa
Still minum 'susu milo' - Susu Sustagen or apa2 yg coklat sahaja
Peberet Nasi Lemak - kalau boleh pagi petang siang malam nak mengadap nasi lemak je! Iskk iskk iskk
Kuat makan pedasss anak papa sorang ni.. cam bapaknyer jugakkk

Kalau pergi sekolah sekarang demand suh buatkan rambut pacak.Bak kata Abang.. kat dlm keta tu tengok cermin asyik bela rambut
kalau tak berapa pacak siap komplen
'Ala.. nape rambut Danish dah tak pacakk?'
Kuat merajuk gakk.. kalau merajuk tangan silang kat dada gitu.
Suka gak buli adik.. iskk iskk iskkk tapi jgn memain adik dah pandai balas
kekadang Danish lak yg nangisss akakakkaka

2 sweet comments:

umeboshi said...

dah pandai cakap dania, eh? afiq khair, bertuah sungguh. entah apa2 disebut nye. sebut susu pun, kuat bunyi "ssssss" je. lain2 ada lah bahasa asing. ekkekek... lawa baju school danish eh!

Unknown said...

Danish school mana tu? dah tak ker montessory lagi ker? Aina continue jer last year's school...maklumlah dah ramai kawan...satgi pindah tempat baru episode sebak pagi2 berulang balik plak...heheheh