Hari berkerja, 8:00-9:00 malam adalah waktu rutin aku memasak lauk makan malam. Kebiasaannya pukul 9:00++ baru kami sekeluarga mula makan malam dengan menu rutin jugak, nasi putih dan lauk pauk yg simple dimple. Cuma kadang-kadang je tukar selera masak mee etc or tapau kat kedai. Semalam pun rutin yang sama... menu - kupang tomyam berlada (resepi campak-campak) & sayur campur ditambah sambal ikan bilis semalam. Hampir pukul 9:00mlm aku pun selesai masak. Kemas dapur dan meja sebelum menghidang makanan.

Sedang aku menyusun pinggan yang baru di basuh ke atas rak pinggan, entah macamana tutup periuk yg dah sedia ada kat rak tu terjatuh kebawah dan terhasillah satu bunyi yang membinggitkan telinga
'..maa maaaaaaaaaaa....!!!!' tiba-tiba terdengar teriak satu suara dari ruang tamu memberi amaran
'..janganlaaa! Nantii pecahhh......!!!' sambung suara itu lagi memberi satu lagi amaran.
Siapa lagi kalau bukan Danishhh!
'..HA HA HA HA HA HAAAA ..!!!' segera suara amaran tu disambut pula oleh deraian ketawa Abang yang sedang memangku Dania
'Opssss! OK... sorrryy!' sahut aku dari dapur sambil menjeling Danish. Amboiii..dok ralit-ralit main depan TV tu pun sempat lagi 'sound' mamanyer! Saborrr je laaaa....

Haiii..tu la pasall...sejak sejak akhir ni pantang kita buat silap sikit.. cepat je si mulut comel Danish mengomel... dah pandai pulak bagi warning kat kitaa. Haiii.. anak bujang sorang ni, cepat betulll belajarrr!!
Malam semalam...

Terjaga beberapa minit sebelum pukul 4:00 pagi dek rengekan Dania yang kelaparan. Aku angkat Dania dari buaian dan susukan kat sebelah. Tak lama Danish pulak merengek, ntah apa yang tak kena.. situ gatal sini gatal...Last2 Abang salinkan baju Danish & gantikan diapers nyer sekali. Lepas agak2 15 minit kemudian, Danish pun terlelap semula begitu jugak Dania.. keadaan senyap sunyi seketika..
'Alamakk, mama terlapar laa..' bisik ku pada Abang
'Kan ada roti kat bawah...' balas papa
'tulah...' sahutku
'ha ah, kalau dapat minum air panas pun OK jugakkk..'
'ye ke..? Papa nak minum?! ' tanya aku girang dengan harapan ada la orang nak teman aku minum kat bawah
'Boleh jugakk.. tapi papa nak minum kat atas je.. he he he' balas papa mengusik
sempat aku muncung sebelum bergegas ke dapur. Tak kisahla, janji ada genggg.. getus aku

Tak sampai 10 minit aku naik semula kebilik membawa dulang bersama2 mug milo panas, satu bungkus roti gardenia & semangkuk mamee slurpp kari yang dipecah telur... bau harum maggi menusuk hidungggg.. hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm... sedappnyerrr!
Sekali sekaler makan maggi memang besttttt!!

Lampu bilik dicerahkan sedikit. Abang pun bingkas dari katil melihat aku datang membawa milo panas... Kejap lagii..
'paaapaaaaaaa....!' terdengar rengekan Danish.
sedar-sedar Danish pun dah bangun, turun ke tilam Supermannyer dihujung katil
'nak sikitt..! nak sikit mee sedapppp...!!' Tiba-tiba Danish yang terus bulat biji mata bersuara dan menyibuk dicelah-celah aku dan Abang.
Aku dan Abang memandang penuh hairann... Aikkk..! tadikan dah lena balik tidur, bau mee maggi boleh bangun balik...?Penyudahnyer terpaksalah aku turun semula ke dapur ambil mangkuk bob the builder kegemaran Danish bersama set sudu & garpu. TV dipasang dan kami menikmati juadah yang tak seberapa tu sambil menonton.

Danish makan penuh selera... tak cukup maggi yang aku cedukkan dalam mangkuk dia.
Dah la itu je bungkusan maggi terakhir yang ada. Penyudahnyer, milo aku & abang pun abis kena pau dengan Danishh...
Danish.. Danishhhh......
Balik dari ofis, dah masuk susur ke Taman PP aku ternampak gerai jual durian tepi jalan disebelah kiri. Mase tu aku duk line yang paling kanan.. sempat minda berfikir
' alamakk.. duriann la! Mase pregnant dulu nak makan durian meluap2 tapi banyak kali kena bersabar takut panas.. ni dah boleh makan takkan tak nak sambar kottt..!'
Segera aku buat U turn then U turn lagi sekali lantas berhenti di tepi jalan
Ada 3 longgok durian
1) RM8/kg 2)RM10/kg 3)12/kg
Aku pilih sebiji dari longgokan ke-3... timbang lebih kurang 1.5kg = RM 17...
duit bertukar tangan. Aku balik dengan senang hati. Bau durian menusuk hidung..
biasa beli memang tak banyak, sekali makan je sbb Abang pun bukan hantu durian sangat. Beli banyak2 tak habis jap lagi berbau satu rumah! So beli sebiji, sekali hadappp.. sampah terus buanggg!
Sampai rumah aku balun la durian ngan Abang.. Danish jakun.. kalau hulur dijawabnyer 'iyekk'!
Buka-buka tengok ada la 7 ulas... termasuk beberapa biji 'kucing tidur'... rasa sedapppp..nyum nyummm tapi 7 ulas jekkkk..? Abang geleng kepala... mahalllllnyerrrrrr. Seulas RM2.42!
Anyway.. aku tetap puas hatiiii.....he he
karya 'seni' terbaru dari Danish..
Aku berikan nama 'awan larat'...

*sila tengok bebetul*
Material yang digunakan :-
Kanvas - 3 rak laci almari solek (set bilik tidur kawin aku & hubby)
Pena - 1 batang lipstik color pink (aku punyerrrr..!)
grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..... nak bersihkan ngan aper nihhh!
Sabor je lahhh.... *lagiii...*




Sekarang ni Danish pantang dapat capai kamera, suka sangat ambik gambar itu ini. Tau pulak nak tekan yang mana.. antara hasilnyer? Err...bleh tahan jugak ekkk.. hehe