5 Dec 2008
Bangun pagi dengan 3 agenda dalam kepala.. semuanya dalam satu hari!
Mujur masih ada cuti yang bersisa.. kalau tak 4 agenda la aku nak kena handle!
Minggu2 terakhir ni memang kepala aku jammed dek fikir pasal JLPT. Rasanya tak larat aku nak fikir pasal benda lain... sarat dah minda aku ni berfikirrrr...

PAGI
1. Breakfast
Bangun pagi siapkan sarapan dengan harapan Abang tak perlu keluar pukul 10
ke kedai mamak pagi ni sebab ada special
delivery yg dah aku aturkan ke ofis Abang!

PAGI-TGHRI-PETANG
2. JLPT
Selesai Abang bersarapan dan pergi ofis, aku bersiap pulak ke library Tun Uda
di Shah Alam menghabiskan sisa-sisa masa menelaah buku2 untuk persediaan JLPT lusa
bersamaan 7 Dec iaitu sehari sebelum Aidil Adha. Jam 10 pagi terima panggilan dari Abang mengatakan kiriman Bunga dan coklat yand dah aku atur sejak hari Isnin telah pun sampai... gembira sungguh Abang dan aku tentunya lebih gembira. Terima kasih kepada Mr. Leong Aiflorist.com sebab sudi melayan permintaan package yang aku request yg tak ada pun dalam list website dia.. Good job Aiflorist.com! hu! hu!

Cuti2 sekolah ni boleh tahan juga penuh library. Bahagian kanak2 tentunya lebih meriah! Aku biasanya akan Floor bawah. Ramai gak la student2 buat study group.
Dalam pada kedamaian yg aku cari kat library ada gak la satu study group yg yg aku tak tau la nak tunjuk terror atau nak kuang ajarrr... dah nama library dan ada pun sign TOLONG SENYAP kat sebelah pun dgn muka bebal memekak jugakkk..! Bila dia dok explain aku yg duk selang 5 meja pun boleh dengar sebutir-sebutir... siap bleh sembang gelak2 lagi! Aku tengok bila depa bersuara orang keliling pun pandang2 tapi depa buat muka tak bersalah jeee - muka bebal... bila depa keluar baru
la aman... tu pun bila depa masuk balik memang haru biru laaa.. memang tersangat la selfish nyerr... last2 aku chow cari tempat lain... Sedih la masih ada orang yg HIGH education but LOW sivikkk especially in public area cam nihhh.. tak dek etika langsung!

PETANG

Birthday celebration

Habis study balik petang tu sempat aku singgah beli Kek birthday Abang. Memula plan nak makan satay. Aku mintak tolong Idie(BIL) belikan tapi tah samada Idie tak jumpa tempat atau memang petang tu hujan satay yg diorder tak jumpa. Penyudahnya aku beli variety bucket KFC.. hu hu hu! Abang sampai rumah dulu dan dalam pada bersiap utk ke Dinner Amal Yayasan Sultanah Bahiyah malam ni aku bersiap celebration kat living.
Keluar kereta Danish dah sibuk tanya mana hadiah papa.. mana hadiah papa dia excited nak bagi. Macam biasa Danish la excited lebih macam dia punya bufday plak. So selesai bersiap, celebrate birtday Abang sekejap dan kami terus bertolak ke Hotel Shangri La KL dan kena sampai seawal jam 7:30 petang! Happy birtday Abang..!



MALAM
Cuaca hujan.. apalagi jalan jammed. Lebih sejam terperangkap dlm jammed akhirnya la sampai ke Hotel Shangri La. Majlis malam ini ialah Majlis makan malam amal bersempena Jubli Emas 50 KDYMM Tuanku Sultan Negeri.

Secara ringkasnya Yayasan Sultanah Bahiyah ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan penaung DiRajanya yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah dan kini diterajui oleh YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai pengerusi.

Makanya malam itu kerabat-kerabat diRaja Sultan kedah hadir termasuk lah Datin Sri Rusmah Mansur isteri kepada TPM. Kenapa aku pun ada dimajlis ini ialah sebab MD Abang - Dato' Zulkifli salah seorang donator dan beli 2 meja untuk majlis yang berharga 5 angka. Makanya tahun ini spouse staff ofis Abang pun dapat la undangan sekali. Yang aku respect, salah satu donator tahun ni ialah Dato' Paduka Syed Mansor dari Yayasan AlBukhari .. donation sebanyak RM200K ke Yayasan Sultanah Bahiyah. Kiranya Yayasan donate ke Yayasan... Tumpang gembira ada donator2 yang sungguh bermurah hati seperti beliau

Majlis diserikan dengan majlis sambutan ulangtahun keputeraan Sultan Kedah dan persembahan dari Adibah Nor disertai YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz . Memang best! Disebabkan majlis ni ialah majlis berprotokol makanya aku pun memang tak bergerak jauh dari kerusi dan terpaksalah snap gambar pun bersopan santun..huhu!

2 sweet comments:

aku said...

wahh
bz nye izan
padat tul schedule nye

hehehe....hapi belated birthday oso for ur hubby
farah nye besday lagi 2weeks!
hehhe
bulan dec jugak!

*∽ IZAN ∽* said...

thank you thank you!