Lately ada activity baru kat rumah... iaitu bermain badminton...!
Danish ada sepasang racket badminton macam orang dewasa tapi pemegangnyer pendek sikit
dari raket biasa. Kalau petang-petang or hujung minggu tu seronok jugak layan Danish main badminton. Kebetulan kat rumah tu memang ada sepasang racket badminton dewasa.. satu tu aku baru belikan sempena hari jadi Abang yang lepas .. kalau main berdua dgn Danish main kat car porch rumah je. Tapi kalu main ngan Abang- bertiga, Abang ngan Danish masuk car porch rumah sebelah yg kosong dan pagar pembahagi antara rumah kami tu jadi net lah! Seronok jugak main badminton ni.. Danish aaa riuh sekali. Kalau dia serve tu yok yok o jek, tapi OK jugak la.. lepas jugak la 'net' kekadang aku yg tak dapat sambut sebab dekattt.. kalau aku ngan Abang dah sambut menyambut bola, kalau Danish nak sambut pulak nanti dia akan cakap 'Danish pulak! Danish pulak!' sambil melompat excited dan kadang2 dapat jugak dia sambut bola tu ngan raket dia..!! Cayala Danish!!



Dan kadang2 kalau tersilap smash naik jugak atas bumbung.. apa lagi, Abang kena panjat tangga la turunkan bola.. ehhehe. Dania lak jadi pemerhati jek dlm walker dia yg diikat ngan bench chair. Sedar-sedar habis bunga dalam pasu di petik2 nyerr.. ehhehehe

0 sweet comments: